Header Ads

Senarai Harga Terkini Sampul & Kotak Prabayar Pos Laju Dan Pos Ekspres

Senarai Harga Terkini Sampul & Kotak Prabayar Pos Laju Dan Pos Ekspres. Selepas diumumkan kenaikan kadar baharu harga Pos Laju mulai 15 Oktober lalu, semua harga produk prabayar Pos Laju dan Pos Ekspres turut meningkat termasuklah dengan kadar GST 6%. Kenaikan harga ini memberi sedikit sebanyak tamparan hebat kepada penjual atau pembeli online di Malaysia.

Berikut saya kongsikan adalah senarai harga terkini produk prabayar Poslaju dan Pos Ekspres. Jadual-jadual di bawah menyenaraikan jenis, had berat, ukuran serta harga kotak atau sampul prabayar Pos Laju dan Pos Ekspres yang dikenakan. Semua harga ini tertakluk di bawah GST 6%.

Senarai Harga Terkini Sampul & Kotak Prabayar Pos Laju Dan Pos Ekspres


Senarai Harga Terkini Sampul & Kotak Prabayar Pos Laju Dan Pos Ekspres

Harga Kotak & Sampul Prabayar Merah Pos Laju

Kotak dan sampul prabayar berwarna 
Merah adalah untuk kegunaan pengeposan dalam Semenanjung Malaysia, dalam negeri Sabah dan negeri Sarawak.

JenisUkuran (mm)Had BeratHarga (RM)
Sampul S / Envelope S280 x 200500 gramRM7.31
Sampul L / Envelope L380 x 3201 kgRM10.49
Kotak S / Box S340 x 250 x 802 kgRM13.78
Kotak M / Box M340 x 250 x 1505 kgRM21.20
Kotak L / Box L380 x 320 x 20010 kgRM31.80
Tarikh kemaskini: 16 Oktober 2016

Harga Kotak & Sampul Prabayar Biru Pos Laju

Kotak dan sampul prabayar berwarna Biru adalah untuk kegunaan penghantaran Semenanjung - Sabah, Semenanjung - Sarawak dan Sabah - Sarawak.

JenisUkuran (mm)Had BeratHarga (RM)
Sampul S / Envelope S280 x 200500 gramRM11.55
Sampul L / Envelope L380 x 3201 kgRM16.85
Kotak S / Box S340 x 250 x 802 kgRM26.50
Kotak M / Box M340 x 250 x 1505 kgRM58.30
Kotak L / Box L380 x 320 x 20010 kgRM100.70
Tarikh kemaskini : 16 Oktober 2016

Harga Sampul Prabayar Pos Ekspres 

Sampul prabayar Pos Ekspres adalah untuk kegunaan penghantaran dokumen ke 344 destinasi mel di seluruh negara.

Jenis SampulUkuran [Panjang x Lebar x Tebal]
(mm)
Had Berat
(gram)
Harga
(RM)
Sampul B4353 x 250 x 10500 gRM4.75
Sampul C5229 x 162 x 5250 gRM3.70
Sampul DL1 (tanpa tingkap)220 x 110 x 3100 gRM3.20
Sampul DL2 (dengan tingkap)220 x 110 x 3100 gRM3.20
Sampul PX1340 x 250 x 251000 gRM7.40
Sampul PX2250 x 210 x 25750 gRM6.35
Tarikh kemaskini: 16 Oktober 2016

Masukkan sampul Pos Ekspres yang telah lengkap diisi ke dalam peti surat kuning Pos Ekspres atau serahkan sahaja di kaunter Pejabat Pos.

Semoga informasi ini memberi manfaat dan pengetahuan kepada anda semua yang ingin mengepos barangan di destinasi dalam Malaysia. Sebarang maklumat anda boleh tanya terus di Pejabat Pos untuk mengetahui info lebih lanjut.

1 comment:

  1. Naik ye..
    Akak beli setem baru nie pun terkejut sebab ada extra charge.. Gst katanya.. Redha je la..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.