Header Ads

Resepi Spaghetti Aglio Olio Pedas dan Mudah

SPAGHETTI AGLIO E OLIO | Hari ni saya ingin kongsikan resepi makanan berasal dari Itali iaitu spaghetti aglio e olio. Tahu masakan spaghetti Aglio Olio? Ia sangat sesuai dihidangkan pada waktu petang dan malam. Resepi spaghetti aglio olio ini adalah atas perkongsian bukannya pengalaman dari penulis ini sendiri. Untuk pengetahuan anda Aglio E Olio adalah bahasa Perancis yang bermaksud "spaghetti bersama bawang putih dan minyak". Dengan mudah masakan spaghetti aglio olio ini sangat sesuai dihidangkan seisi keluarga anda lebih-lebih lagi ketika waktu petang.

Foto -rasamalaysia.com
Foto -rasamalaysia.com

Resepi Spaghetti Aglio Olio Pedas dan Mudah


Bahan:
  • 1 paket pasta spaghetti (saiz normal)
  • 10 butir bawang putih (dicincang)
  • Emping cili (kisar cili kering)
  • 10 butir udang segar (belah tanpa putus untuk buang kekotor hitam)
  • Minyak zaitun digalakkan guna 
  • Garam secukup rasa 
  • Baby tomato segar (dibelah dua setiap satu)
  • Keju parmesan parut 
  • Daun parsli yang telah dihiris 
Cara Membuat :

Foto -sumptuousblog.wordpress.com
Foto -sumptuousblog.wordpress.com

  1. Rebus spaghetti terlebih dahulu sehingga teksturnya anjal. Mudah kata sudah lembut seperti mee.
  2. Panaskan minyak zaitun secukupnya di dalam kuali.
  3. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan.
  4. Masukkan udang yang telah siap dibersihkan dengan sedikit garam sebagai perasa. Masak sehingga udang sedikit garing.
  5. Akhir sekali masukkan spaghetti sedikit demi sedikit diselangi tomato kecil yang telah dibelah dua.
  6. Masak sehingga semuanya sebati.
  7. Angkat dan alihkan dari api.
  8. Jangan lupa taburkan emping cili, keju parmesan parut dengan hirisan daun parsli di atas hidangan perseorangan sebelum menjamu tetamu anda! 
Tips!
Jika anda rasa lubang tengah yang ada pada senduk adalah untuk menapis hidangan berkuah, anda salah!
  • Lubang yang ada pada sesetengah jenis senduk seperti di dalam gambar di bawah sebenarnya adalah berfungsi untuk menyukatdan menganggar saiz hidangan spaghetti. Cool! Jadi lepas ini, tiada masalah lagi untuk anda mengagak berapa banyak spaghetti kah yang harus direbus.

Foto -popsugar.com
Kebiasaannya, satu lubang bersamaan satu hidangan perseorangan/satu pinggan. Foto -popsugar.com

  • Ingat,tidak perlu patahkan pasta untuk direbus. Biarkan ia berdiri di keliling periuk kerana ia akan layu dan lembut dengan sendirinya apabila direbus di dalam air mendidih. Barulah hidangan pasta anda nampak rapi dan cantik.

Jangan sesekali mematahkan pasta anda ketika direbus. Foto -quora.com
Jangan sesekali mematahkan pasta anda ketika direbus. Foto -quora.com

  • Tambahkan satu camca teh minyak zaitun ke dalam air rebusan pasta supaya pastu itu kemudiannya tidak melekat sesama sendiri ketika ditoskan nanti.
Mudahkan masakan spaghetti aglio olio sedap dan pedas?

Selamat mencuba resepi spaghetti aglio olio yang sedap dimakan bersama family anda dan sesuai dihidangkan untuk tetamu.

No comments

Powered by Blogger.