Pentingkah widget shoutbox di blog anda?

Salam pembuka bicara~

Sekadar aku nak berkongsi dan bertanya? Soalannya sejauh mana kepentingan shoutbox pada sesebuah blog? Bukan apa, sekali aku tengok macam tidak ada kegunaannya, dua kali tengok macam ada pulak! Yang paling aku rasa ja nak buang bila ianya diletakkan mesej yang tidak sepatutnya (lebih mudah cerita SPAMMER)...

Jadi apa pandangan anda....

Di sini aku nak cerita apa pentingnya widget shoutbox ni dalam blog aku...ni hanya pandangan peribadi tak ada mengena hidup dan mati.


Pandangan pertama aku, dengan adanya kotak shoutbox ni ia merupakan medium yang sangat berkesan dan berguna untuk kita mengenali antara satu sama lain dalam kalangan blogger dan jugak pembaca blog kita. Dengan menggunakan platform ini, para blogger yang melawat kadang2 akan bertanya khabar, letakkan link blog mereka dan juga sebagai tempat bualan di antara mereka.

Bagi pandangan kedua aku, selain itu ia jugak memudahkan untuk menjejaki para blogger (blogwalking) yang pernah melawat blog kita. Maksudnya kadang2 ada sesetengah blogger yang melawat, mereka tidak meninggalkan komen di ruangan komen, tapi tinggalkan link atau jejak di ruangan chatting di shoutbox. So, dengan adanya widget ini, kita dapat mengenali dan mengunjungi blog tersebut.

Pandangan ketiga aku, kenapa ia masih perlu??? Bagi aku...masih tercari-cari dan lebih nak para blogger mengenali aku...aku bukannya macam Hasrul Hassan, Ben Ashaari atau pun Encik Titan yang dah femes, so bagi aku ia penting, lebih-lebih kepada newbie blogger yang baru dalam dunia blogging. Mungkin satu hari nanti, aku dah dikenali mungkin shoutbox atau peti jerit ni tak sepentingnya lagi.

Akhir kata, ia nya adalah pandangan peribadi sahaja tentang pentingkah widget shoutbox ni. Sebabnya , setakat aku duk blogwalking, rata-rata blogger masih menggunakannya tak kira sama ada sudah dikenali atau pun tidak. So, pandangan anda apa pulak??? Boleh beri pendapat anda di ruangan komen ini.

1 comment... add one now

Maman Reen Maman Reen Oktober 01, 2016
Hanya pandangan seposen Reen.. Reen tak letak dalam blog sebab nak elak dari loading yang lambat (walaupun lambat hanya a few second)..

Sekarang, kalau Reen singgah blog lain.. Reen akan tinggalkan komen. Sebab.. Pada Reen, komen lebih penting dari tinggalkan chat.

Cuma owner blog nak blogwalking susah sikit sebab kena klik nama, klik google plus then baru jumpa blog..