Header Ads

Panduan Harga Tiket Feri ke Langkawi 2017

Panduan Harga Tiket Feri ke Langkawi 2017. Pernah anda melancong ke Langkawi? Kalau anda yang tak pernah pergi, tahu tak bagaimana cara ke Langkawi? Berapa harga tiket feri ke Langkawi? Percutian ke Langkawi sebenarnya sangat disukai dan diidam-idamkan oleh rakyat Malaysia. Hal ini, kerana Langkawi amat popular dengan keindahan alam semulajadi yang sangat mempesonakan dan juga tarikan zon bebas cukai membeli belah.


Panduan Harga Tiket Feri ke Langkawi 2017



Panduan Harga Tiket Feri ke Langkawi 2017

Artikel ini sangat penting untuk anda yang ingin bercuti di Langkawi buat pertama kali melancong. Di sini ada dua cara untuk pergi ke Langkawi iaitu dengan feri dan kapal terbang. Jika feri jadi pilihan bagi anda, artikel adalah rujukan harga tiket feri ke Langkawi.


Harga Tiket Feri Ke Langkawi 


Dari Jeti Kuala Kedah ke Langkawi


Jangka Masa : 1 jam 45 minit

Dewasa : RM23.00
Kanak-Kanak (Umur 3-11) : RM17.00

Dari Kuala Perlis ke Langkawi


Jangka Masa : 1 jam 15 minit

Dewasa : RM18.00
Kanak-Kanak : RM13.00

Jeti Pulau Payar, Penang ke Langkawi 


Jangka Masa : 2 jam 45 minit

Dewasa : RM36.00
Kanak-Kanak : RM26.00

Saya syorkan anda guna laluan dari Jeti dari kuala Perlis ke Langkawi. Sebabnya ia paling cepat untuk sampai ke Langkawi. Untuk anda ingin dapatkan makluman lebih lanjut boleh layari laman web : http://ticket.langkawiferryline.com/.

3 comments:

  1. wow da p penang bulan 3 ni, boleh la naik p lagkawi sekali tu.. thks info

    ReplyDelete

Powered by Blogger.