Mohon Kad Debit-i Bank Islam Visa Kedah FA Edisi Lang Merah

Assalamualaikum kepada pembaca blog lokmanamirul.com....malam ni aku nak kongsi sedikit tentang kad debit Bank Islam edisi khas bola sepak Kedah FA. Korang boleh baca lebih lanjut....


Untuk pengetahuan, anda boleh dapatkan Kad Debit-i eksklusif dari Bank Islam di cawangan seluruh Kedah dan terpilih di Lembah Klang. Sebenarnya, Kad Debit-i Bank Islam Visa Kedah FA "Lang Merah" ini baru dilancarkan kelmarin pada 18 Oktober 2016.

Untuk makluman, anda boleh mendapatkan kad Debit-i Bank Islam edisi Lang Merah ini dengan caj dikenakan hanya RM12.72 dan boleh digunakan bersama dengan kad Debit-i asal. Bagi yang tidak ada lagi akuan Kad Debit Bank Islam , boleh daftarkan terlebih dahulu dengan bayaran RM100.


Setiap kad dikenakan caj RM12.72 (termasuk GST). Kad Debit-i Islam edisi khas ini boleh didapati dari semua cawangan bermula hari ini dan esok di cawangan Alor Setar.


Jangan lepas peluang ini!

Kredit gambar : FB Official Kedah FA

0 comment... add one now