Harga Minyak Masak Terkini Malaysia Mulai 1 November 2016

Harga Minyak Masak Terkini Malaysia Mulai 1 November 2016 | Ura-ura tentang kenaikan harga minyak masak sebelum pembentangan Bajet 2017 adalah benar. Mulai 1 November ini, subsidi akan dihapuskan untuk minyak masak dalam botol lebih 1 kg akan dikuatkuasakan kecuali untuk paket 1 kg kekal pada harga RM2.50.


Langkah ini adalah untuk penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada hari Rabu 26 Oktober 2016.

Harga Minyak Masak Terkini Malaysia Mulai 1 November 2016

Berikut dikongsikan harga terkini minyak masak di Malaysia bermula 1 November 2016. Kategori minyak masak yang terjejas antara lain adalah minyak masak 2kg, 3kg dan 5kg termasuklah produk minyak campuran serta minyak sawit tulen yang dijual dalam botol besar.

1. Harga minyak masak paket 1 kg : harga kekal RM2.50 1 kilogram

2. Harga minyak masak dalam botol melebihi 1kg : Harga adalah mengikut harga pasaran mulai 1 November 2016.

Semoga dengan pengumuman harga minyak masak terkini yang berkuatkuasa mulai 1 November ini, pihak penjual tidak sewenang-wenang naikkan harga barangan makanan dan pembeli harus buat pilihan yang bijak.








0 comment... add one now