Header Ads

Cara Mudah Keluarkan CD Tersekat Pada Pemain CD Kereta

Cara Mudah Keluarkan CD Tersekat Pada Pemain CD KeretaMasa dah berubah dengan era permodenan yang berkembang pesat dan teknologi semakin canggih, kalau dulu kereta hanya boleh guna kaset jer. Tapi, kini zaman sekarang bukan setakat guna CD tapi dah boleh dengar lagu guna bluetooth dan sambung je dengan USB. Semakin mudah sekarang! Tapi anda tahu cara keluarkan CD tersekat pada pemain CD kereta dengan mudah?


Cara Mudah Keluarkan CD Tersekat Pada Pemain CD Kereta

Kadang-kadang terlalu asyik sangat guna CD keluar masuk CD, biasalah ada saja yang tak kena untuk mainkan lagu diminati. Sehinggakan pemain CD kat kereta tu boleh jadi rosak. Pernah terjadi pada diri anda? Bila kita nak keluarkan CD dia macam tersekat. Korang tahu macam mana nak buat? Lihat sepenuhnya saya akan kongsikan bagaimana untuk keluarkan CD yang tersekat pada pemain CD kereta anda.


Cara Mudah Keluarkan CD Tersekat Pada Pemain CD Kereta



Cara Pertama 
1. Matikan enjin kereta
2. Tekan butang 'Power' dan 'Eject'serentak selama beberapa saat. CD akan keluar jika kereta anda ada ciri 'Force Eject'
3. Jika dua cara di atas tak membantu. Ulang semula, tetapi cuba hidupkan enjin kereta. Sebab, sesetengah kereta pemain CD ni tak berfungsi bila enjin tutup.

Cara Kedua 
1. Cari CD kosong atau yang dah tak digunakan lagi kerana berkemungkin CD yang kedua akan rosak.
2. Tempatkan CD kedua sekitar 2,5 cm ke dalam slot. CD harus berada di atas CD yang tersekat. Anda akan rasa CD yang tersekat tu nanti. 
3. Tekan butang 'Eject' dan goyangkan CD dengan lembut. Anda sedang memberikan daya tarik kepada CD yang tersekat pada pemain CD tu. Jika anda rasa CD yang tersekat mulai terkeluar, pastikan CD itu tidak terkepit di antara CD kedua dan tepi slot CD.
Semoga perkongsian ini mengenai cara mudah keluarkan CD tersekat pada pemain CD kereta memberi manfaat kepada pembaca blog ni. Terima kasih kepada anda yang kongsikan informasi ini. Selamat mencuba!
Kredit - id wikihow

4 comments:

  1. good info..btw mcmn lokman buat ni comments fb n blogger? Unni aysik fail je buat.. hihihi ty

    ReplyDelete
  2. This is very good article i like it and want to follow this content. I am also a article writer and i write an article on Happy New Year 2017 Wishes and tell me it is good or not?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.