Bella Devyatkina, Budak Rusia 4 Tahun Fasih Cakap 7 Bahasa!

Bella Devyatkina, Budak Rusia 4 Tahun Fasih Cakap 7 Bahasa! | Cukup luar biasa hanyalah kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun , Bella Devyatkina mampu bertutur 7 bahasa dengan fasih. Dia mengejutkan banyak pihak apabila mampu menguasai tujuh bahasa iaitu Jerman, Inggeris, Cina, Perancis, Sepanyol, Arab dan bahasa ibundanya iaitu Rusia.


Kehebatan Bella Devyatkina didedahkan melalui satu program pertandingan realiti popular terbitan stesen televisyen nasional Channel One Russia yang berjudul Udivitelniye Lyudi.


Video aksi hebat si cilik ini juga dimuat naik menerusi laman Youtube dan telah ditonton hampir 1.2 juta kali. Aku sendiri lihat video ni pun tercengang, bahasa Arab pun boleh bertutur sekali. Korang lihat sendiri... korang pula boleh cakap berapa banyak bahasa?



Sumber - FB In The Now

1 comment... add one now

Elih Japahar Elih Japahar Oktober 23, 2016
Memang berbakat budak ni..umur 5 tahun dah pandai 7 bahasa huh...kalaulah anak ku dikurniakan kelebihan ini, Amin..