Header Ads

6 Tips Menjadi Seorang Airline Pilot

Saya yakin masa kini kan ramai orang tergila-gila tonton drama bersiri di saluran Astro, Suri Hati Mr. Pilot yang menyebabkan ramai mengimpikan kerjaya ingin menjadi seorang juruterbang.


Disebalik itu, saya terjumpa satu kenyataan dari seorang juruterbang dari FB The Pilot, Mohd Hairul Sanot yang kongsikan mengenai tips menjadi seorang airline pilot.

Bagaimana untuk menjadi juruterbang?


6 Tips Menjadi Seorang Airline Pilot 


Berikut adalah 6 tip yang dikongsikan The Pilot untuk menjadi Airline Pilot:

1. Kelayakan yang diperlukan adalah SPM. Fokus 3 subjek dalam SPM. Hanya 3 subjek sahaja, amat mudah. Subjek tersebut ialah Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains (atau Fizik), selain subjek Bahasa Melayu yang wajib lulus.

2. Cari sekolah penerbangan yang baik. Anda bernasib baik jika dapat mengikuti latihan kadet pilot yang diambil oleh Airline sendiri. Jadi tidak perlu risau untuk mencari kerja selepas mengikuti latihan penerbangan.

3. Jaga kesihatan. Salah satu syarat untuk diambil bekerja ialah anda sihat. Bersukanlah tapi bukan mengikuti sukan yang ekstrim. Tiada gunanya jika sampai cedera. Anggota fizikal anda adalah aset dalam kerjaya ini.

4. Simpan duit. Sekolah penerbangan memerlukan belanja sehingga RM300,000. Oleh itu jika tidak mampu, salah satu caranya ialah anda boleh memohon sebagai kadet pilot airline. Ia diiklankan dari semasa ke semasa.

5. Berlatih soalan interview. Salah satu ujian yang mesti dilepasi ialah interview. Boleh beli dan baca buku-buku interview. Salah satu soalan yang famous ialah, kenapa anda mahu jadi pilot?

6. Tambah ilmu penerbangan. Dunia penerbangan adalah dunia teknologi yang baru. Setiap masa ada sahaja update terkini yang boleh dipelajari. Ini amat membantu anda untuk menjadi seorang juruterbang airline yang berkaliber.

Kredit - FB The Pilot, Mohd Hairul Sanot

2 comments:

  1. nice share.. ada sepupu pernah try nk masuk jadi pilot.. tapi dia tak lepas kat ujian simulasi..

    ReplyDelete
  2. fUH BUKANNYA MUDAH TERUTAMA DENGAN YURAN HAMPIR SETENGAH JUTA :(

    ReplyDelete

Powered by Blogger.