Header Ads

Tutorial cara pos barang dan surat guna Pos Laju di Pejabat Pos

Tutorial cara pos barang dan surat guna Pos Laju di Pejabat Pos|Entri ni sebenarnya aku nak cerita sedikit bagi sesiapa yang tak tahu cara pos barang dan surat guna Pos Laju di Pejabat Pos. Bagi yang sudah biasa pos barang mungkin tiada masalah untuk anda pos barang ke tempat yang lain. Bagaimana nak pos barang guna Pos Laju?

Tutorial cara pos barang dan surat guna Pos Laju di Pejabat Pos

Apa yang anda perlu pastikan adalah balut barang yang ingin dipos kemas-kemas dengan plastik, kertas atau pun sampul surat. Tahu sebab kenapa kena balut barang? Supaya barang kita itu tetap elok dan berkeadaan baik sehingga sampai kepada penerima.

Bagaimana cara pos barang dan surat guna pos laju di pejabat pos? Untuk ini anda perlu dapatkan borang terlebih dahulu di kaunter pejabat pos. Ingat ambil no dahulu lepas tu baru pergi di kaunter. Anda perlukan isi segala butiran dengan penuh dan benar seperti nama penerima, alamat, no.telefon dan alamat penerima yang penting.

Selepas anda dah hantar borang dan barang di kaunter...pekerja kaunter akan berikan borang salinan yang ditulis tadi bersertakan 'tracking code' yang dijadikan panduan untuk anda guna untuk mengetahui progress penghantaran barang anda. Anda boleh semak tracking code untuk mengetahui lokasi semasa penghantaran barang anda ke tempat yang dituju.

Tutorial cara pos barang dan surat guna Pos Laju di Pejabat Pos
Senarai harga mengikut berat barang terkini 2017

Anda boleh menyemak semula status barangan anda secara online. Kebiasaannya, dalam 2 atau 3 hari barang anda akan sampai kepada penerima. Bayaran hanya dikenakan sebanyak RM6 kepada saya sebab hanya hantar surat kepada adik saya. Untuk barangan, bergantung kepada berat barang itu dan lokasi yang hendak dihantar kepada penerima.

Semoga perkongsian ini membantu mereka yang ingin pos barang atau surat guna Pos Laju di Pejabat Pos. Anda boleh bookmark untuk kegunaan anda dan kongsikan kepada rakan kenalan anda. Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan, boleh komen di ruangan bawah. Selamat maju jaya.

3 comments:

  1. Nah kalau begini mah muantappp bisa irit dan cepat tentunya.

    ReplyDelete
  2. Adakah perlu kita letakkan setem dan alamat pada sampul surat berkenaan?

    ReplyDelete
  3. Definitely, what a fantastic website and revealing posts,
    I definitely will bookmark your site.Have an awsome day!

    Click here to chceck my blog :: -->> 부산오피
    (jk)


    ReplyDelete

Powered by Blogger.