Header Ads

Tips cara tingkatkan pendapatan Google Adsense anda

Sejak kebelakangan ini, Google Adsense mula mendapat tempat dalam blog di Malaysia sejak apabila pihak Google menerima blog bahasa Malaysia dalam Google Adsense. Siapa tak mahu memiliki Google Adsense? Saya percaya korang pun mesti mahu jugak!


Sebenarnya, saya pun salah sorang pendaftar Google Adsense semenjak tahun lepas lagi. Alhamdullilah setakat ni saya dah berjaya cashout. Tahukah apa Google Adsense? Ia merupakan servis pengiklanan yang popular dalam kalangan blogger dengan kadar bayaran yang tinggi serta dibayar dalam bentuk wang dollar Amerika (USD).

Di sini saya nak kongsi pengalaman saya bagaimana cara tingkatkan pendapatan Google Adsense anda?

1. Pilih 3 posisi iklan terbaik

Posisi perletakan iklan adsense di blog anda adalah satu perkara yang penting kerana posisi yang mudah dilihat adalah posisi paling mudah untuk dapatkan klik dari pengunjung. Secara tepatnya, anda patut letakkan iklan di bahagian sidebar, tengah dan bahagian atas. Bukannya di bahagian bawah yang sukar mendapat klik. Ingat hanya boleh guna tiga iklan sahaja!


2. Gunakan template yang cerah

Penggunaan template satu perkara asas yang sangat penting, di mana anda patut guna template yang cerah bukannya warna gelap. Ini kerana dengan membuat iklan adsense akan lebih nampak jelas apabila template blog berwarna cerah, saya sarankan warna template yang bagus adalah berwarna putih. Dengan itu, memudahkan iklan dilihat oleh pengunjung sekaligus penghasilan yang dapat dari Google Adsense lebih optima.

3. Menambah trafik blog anda

Faktor utama kejayaan sesebuah blog adalah trafik atau pengunjung blog anda. Begitu juga dengan pendapatan yang anda akan raih, semakin banyak pengunjung blog atau laman web anda, maka akan semakin besar peluang anda untuk mendapatkan penghasilan dari Google Adsense.

Tips tambahan:

Jangan letak iklan lain

Google Adsense satu-satunya kadar per klik yang agak tinggi, jika anda memasang iklan lain dengan nilai klik rendah, membuatkan peluang pengunjung untuk klik iklan adsense anda sangat tipis. Oleh itu, saya sarankan hanya setia kepada Google Adsense, terpulang kepada anda.

Saya harap pengalaman yang telah kongsikan kepada anda, mudah-mudahan anda boleh manfaatkan tips ini. InshaAllah anda akan berjaya.

No comments

Powered by Blogger.