Review Filem Volkswagen Kuning Misteri di Jalan Karak

~Assalamualaikum~

Sebenarnya citer melayu aku kureng minat nak tengok, tapi disebabkan satu filem nih yang berjudul Volkswagen Kuning membuat aku tertarik nak tahu jalan citer dy berdasarkan kisah sebenar. Misteri Volkswagen kuning di jalan lama karak masih tidak dapat dirungkaikan sehingga hari ini. 


Kisah sebenar misteri Volkswagen Kuning

KISAH sebuah kereta Volkswagen berwarna kuning tanpa pemandu yang sering muncul di jalan lama Karak dan mengganggu pengguna jalan raya antara kisah legenda hangat sekitar 1956.

Kereta berkenaan dikatakan sering memandu perlahan dan apabila ia dipotong, secara tiba-tiba ia akan berada di depan semula. Bahkan, beberapa nahas di jalan itu sering dikaitkan dengan Volkswagen kuning.


Malah kisah Volkswagen kuning semakin hangat diperkatakan setelah Lebuhraya Utara Selatan merentasi kawasan Jelapang dibina.

Diinspirasikan kisah itulah memberi idea kepada penerbit dan pengarah terkenal, Raja Azmi menghasilkan skrip Volkswagen Kuning.

Ia diangkat ke filem berjudul sama diarahkan Shadan Hashim dan dijayakan pelakon Pekin Ibrahim, Atikah Suhaimie, Fatin Afifah, Sharolnizam dan Mak Jah.

Review filem Volkswagen Kuning

Dari segi penceritaan, pada pandangan aku, ia tampil dengan sesuatu yang agak menarik dan rasanya boleh tahan walaupun citer hantu di Malaysia macam sama ja.


Secara keseluruhan, filem ini masih menarik ditonton jika anda ingin mengetahui kisah di sebalik misteri Volkswagen kuning ini. Boleh lah tahan kalau anda nak tonton.

Kenapa ia sering mengganggu pemandu di jalan raya itu? Jangan lupa untuk menyaksikan filem ini di pawagam.

Volkswagen Kuning

Pengarah : Shadan Hashim
Pelakon : Pekin Ibrahim, Atikah Suhaimie, Fatin Afifah, Sharolnizam & Mak Jah.
Genre : Seram
Durasi : 1jam 24minit
Klasifikasi : P13
Tayangan : 22 Sept 2016
Keseluruhan: 3.5 bintang

0 comment... add one now