Apa itu Alexa Rank dan pentingkah?

Assalamualaikum pembaca blog lokmanamirulcom...

Sebelum ini, aku pernah kongsikan Alexa Rank blog lokmanamirul.com setakat bulan September. Alhamdulillah result menunjukkan blog aku dalam keadaan baik dan stabil. Mungkin disebabkan aku telah menjalani beberapa langkah SEO. Tapi, persoalannya pentingkah Alexa Rank? Sebelum aku menjawab, terlebih dahulu aku terangkan apa itu Alexa Rank?....

Alexa Rank merupakan sebuah laman web yang mengandungi maklumat tentang rank / peringkat sebuah laman web berdasarkan jumlah trafik pengunjung yang masuk ke laman web tersebut. Di mana semakin besar trafik sebuah website /blog maka semakin tinggi kedudukan dari laman web tersebut.

Alexa Rank mempunyai nilai penilaian dari nilai terkecil iaitu angka 1 (satu) sampai dengan seterusnya, semakin besar rank sebuah website maka laman tersebut mempunyai kedudukan yang buruk, namun semakin kecil rank sebuah laman web di alexa maka semakin baik kedudukan laman web tersebut. Bagi anda yang ingin mengetahui rank website anda sila masuk ke alexa.com, kemudian masukan url laman web anda lalu Go, untuk mendapatkan maklumat ranking laman web anda. Free sahaja checking!



Adakah Alexa Rank itu penting bagi blog kita?

Soalan seperti ini sering dilontarkan, dan jawapan yang pasti atas pertanyaan ini adalah seberapa pentingkah website yang anda uruskan? Maksudnya begini, apa tujuan laman web atau blog yang anda uruskan? sama ada dengan tujuan moneytizing(jana duit) atau hanya sekadar untuk kongsikan hobi anda? Kalau memang dengan tujuan moneytizing maka alexa rank sangat penting, kerana berkaca pada kedudukan rank anda di alexa maka menunjukan seberapa popular website / blog yang anda kelola, yang menyebabkan banyak advertiser (pengiklan) yang berminat untuk memasang iklan pada website / blog anda. Namun apabila website / blog yang anda kelola hanya merupakan tempat anda luangkan untuk hobi, maka alexa rank bukan lah sesuatu yang perlu anda fikirkan.

Selain itu, alexa rank juga mempunyai kesan psikologi terhadap pengunjung mahupun pembaca website / blog anda, kerana semakin baik kedudukan alexa rank anda menunjukkan bahawa anda memang benar-benar berniat untuk menguruskan website / blog anda, dan memastikan pembaca akan mendapatkan info-info terbaru dari website anda, sehingga membuat pembaca anda setia membaca terhadap website / blog anda.


Demikianlah jawapan atas pertanyaan Pentingkah Alexa Rank...


3 comments.. read them below or add one

Mas Mas September 24, 2016
oh mcm tu.tq 4 shring
Icah Banjarmasin Icah Banjarmasin September 25, 2016
Aku rasa Alexa Rank tidak penting..yang sangat penting itu ARTICLE.
Maman Reen Maman Reen September 25, 2016
Emmmmm... Alexa dan article.. masing-masing memainkan perasanan tersendiri.