Header Ads

Kenapa blog harus pasang captcha di komentar?

Salam pembuka bicara...

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat ilahi diberi kesempatan untuk menulis lagi. Apa ya tajuk entri kali ini? Nampak suspen ja!!! Haha... entri kali ini sebenarnya agak lain pada yang lain. Aku nak kongsi kepada anda kenapa seorang blogger perlu memasang captcha di komentar blog mereka.


Persoalannya, pentingkah memakai captcha? Apa itu captcha?

Untuk menjawab persoalan ini, bagi yang belum mengetahui apa itu Captcha, meh aku kenalkan dulu. Captcha yang merupakan singkatan dari 'Completely Automated Public Turing test to the Computers and Humans Apart' adalah sejenis kaedah challenge respons untuk memastikan bahawa respons yang dihasilkan hanya boleh dibuat oleh manusia dan bukannya komputer.

Captcha jugak tidak hanya ada pada ruang komen blogspot saja, tapi pada isian data yang memerlukan authentication bahawa anda yang menuliskan benar-benar manusia BERAKAL! Contohnya, korang pi lah godek2 sendiri di blog yang ada sebegitu.

Kenapa blog harus pasang captcha?

Bagi pendapat aku, blogger yang blognya memiliki jumlah pengunjung yang ramai, CAPTCHA nih sebenarnya membantu sekali menghalau atau mengusir komen SPAM dari 'robot'. Sekurang-kurangnya komen spam sedikit sebanyak dapat kurangkan walaupun masih dapat dipecahkan komen spam yang 'manual'. Bagi aku ia sangat penting untuk blog yang memiliki jumlah ribuan pengunjung.

Kenapa aku kata penting, terjadi kepada blog aku sendiri kena SPAM. Aku pernah buang satu SPAMMER di ruangan komen, di mana terdapat link atau laman web SEX telah ditinggalkan jejak. Masa tu aku memang PANAS!!! Mana tidaknya buta2 ja pihak Google Adsense beri notis amaran ada link lucah di ruangan komen aku. Tak agak2 aku terus buang terus artikel tu....geram punya pasal. Kesilapannya adalah tak pasang captcha di ruangan komentar. Nampak tak kenapa ia sangat penting!

Buktinya anda boleh lihat sendiri blog yang memiliki jutaan pageviews, mesti adanya captcha di ruangan komentar mereka.

Tapi, bagi blogger baru mereka akan anggap captcha nih sepertinya kurang penting. Bahkan, mungkin bagi mereka captcha akan mengganggu orang yang hendak berkomentar.

SAY NO SPAM 
Bagi aku, tak semestinya semua blogger memilikinya, tapi adanya ini ia dapat mengurangkan komentar dari robot yang hanya membuat spam. Masa kini, blog aku pun masih belum pasang captcha. Mungkin nanti aku gunakan captcha nih. Bagaimana dengan blog anda?

4 comments:

  1. Susah nak komen

    ReplyDelete
  2. Susah nak komen

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Untuk yang ramai visitors tinggalkan komen, memang seeloknya letak. Kalau tidak letih nak padam satu persatu..


    Sekurangnya bila letak dapat memudahkan owner blog. Cuma.. Ada sesetengah visitors tak minat ada CAPTCHA.. bagi mereka ianya agak melecehkan dan akhirnya visitors tidak tinggalkan komen.. Acano tu..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.