Header Ads

Hasil Google Adsense Tinggi Dari Kanada

Malam-malam ni aku rasanya ingin kongsikan mengenai Google Adsense yang makin lama aku rasa gembira dengan peningkatan yang sangat mendadak. Sebagai buktinya bulan Jun 2016 pendapatan adsense aku mencanak sehingga $43.


Apa yang mengembirakan kan aku sebenarnya aku dah boleh cashout akaun adsense, tapi aku rasanya lepas raya gi cashout melalui Western Union. Tak pa lah lepas raya rasa $100. Tapi apa yang aku ingin sampaikan terkejut jugak la buat pertama kali dalam sehari naik sampai $5.92, kalau lah boleh konsisten macam tu memang sangat beruntung. Tapi apa kan daya dapat maintain setakat ni $1.5 ke atas.


Sebenarnya memang sudah tahu pasti sumber yang aku dapat majoriti dari Malaysia. Tapi apa yang mengembirakan 29 Jun yang lalu ada click dari Kanada. Hasil dari satu klik itu menyebabkan aku dapat hampir $3 dolar lebih. Banyakkan!!! Betoi lah apa yang blogger Hasrul Hassan katakan Kanada lubuk duit Adsense. Cuba lihat entri beliau memang benar. Itu telah terbukti dalam adsense blog saya.


Duk nampak lepas ni aku nak citer lebih pasal Kanada, tak kira entri jenis apa. Sebabnya nilai Kanada 6 kali ganda dari negara kita. So memang untung kalau dapat sekali Pay Per Click dari negara Kanada. Nasihat aku pada newbie yang ingin adsense, perkayakan artikel anda dengan tajuk yang berkualiti.

No comments

Powered by Blogger.