5 Top Web Hosting Terbaik Malaysia

Sebagai seorang blogger tak kan lepas nak tukarkan perkataan blogspot kepada lebih mudah disebut contohnya www.???.com bukannya ???.blogspot.com. Mungkin lihat perkataan blogspot tak nampak sempoi. Tapi pendapat aku, orang yang guna domain sendiri sebenarnya ke arah bersifat profesional. Maknanya ia benar-benar serius nak blogging atau marketer.


Secara jujurnya aku pun sebenarnya masih guna blogspot, walaupun aku dah mula serius dalam dunia blogging. Bukan apa masih duk cari penyedia web hosting terbaik untuk aku gunakan. Kalau ikut pandangan blogger lain, ada yang katakan atau syorkan seperti Serverfreak, NetKL, Syokhost dan Hostgator. Tapi persoalannya web hosting mana yang terbaik di Malaysia? 

Setelah aku research di Google, aku cuba listkan web hosting terbaik yang ada di Malaysia. Ni bagi pendapat aku dan pandangan orang lain. Berikut 5 web hosting terbaik Malaysia:

1. Serverfreak


Serverfreak adalah penyedia hosting yang mula bertapak pada tahun 2003 dan salah satu pembekal hosting yang paling pesat berkembang di Malaysia. Mereka sangat profesional dan bertujuan membalas tiket sokongan anda dalam tempoh 30 minit. Malah, jika anda memerlukab sokongan teknikal dan profesional, setakat ini Serverfreak adalah pilihan terbaik.

2. Exabytes


Exabytes sebenarnya telah bertapak lebih lama daripada Serverfreak bermula tahun 2001 dan antara penyedia hosting terbaik di Malaysia. Exabytes menyediakan kedua-dua perkhidmatan pemilikan nama domain dan juga penyediaan web hosting. Memang tidak hairanlah Exabytes memiliki pelanggan yang ramai kerana telah dianugerahi pengiktirafan ISO 9001-2008 pada November 2011.

3. NetKL


NetKL adalah penyedia hosting berkualiti dan terkenal antara yang termurah bermula dengan harga RM60 (percuma satu nama domain). Ia memudahkan kepada blogger baru yang ingin bertapak dan blogger yang masih student. NetKL juga turut menyediakan web design bagi yang meminati.

4. DataKL

DataKL adalah penyedia hosting yang berpusat di Kuala Lumpur. Hanya serendah RM50 anda boleh dapat domain untuk setahun.

5. Syokhost

Syokhost adalah penyedia web hosting yang masih baru bermula April tahun 2010 dan ianya anak syarikat baru di bawah Syok Computer Centre yang menyediakan webhosting yang berkualiti dan murah. Ia menawarkan webhosting serendah RM30 setahun (percuma +50 scripting, tiada had email, 500mb webspace dan 20Gb bandwidth).

Spesifikasi server:
* Linux operating system 
* Installation app
* Softaculous app 
* Location: Cyberjaya 

Kesimpulannya semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu anda memilih penyedia web hosting terbaik di Malaysia amnya untuk saya jugak. Segala kesilapan saya mohon maaf dan silakan beri komen atas pandangan anda.

0 comment... add one now