Doa berbuka puasa untuk seorang dan berjemaah dalam rumi

Alhamdulillah...syukur ke hadrat ilahi dapat sekali lagi kita diberi peluang dan nafas untuk melalui puasa Ramadhan tahun ini. Apabila puasa kita hanya tahu niat puasa Ramadan, tapi kurang tahu untuk baca doa berbuka puasa. Saya kongsikan doa berbuka secara sendirian atau pun berjemaah.

Doa berbuka untuk seorang :

Lafaz : Allahumma laka suomtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthortu birahmatika ya arhamarrohimin..

Maksud : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa berbuka untuk berjemaah / sekeluarga / beramai ramai :

Yang atas ni untuk ber seorangan, untuk ramai ramai sila tukar perkataan "tu (ta + wau)" kepada "na ( nun +alif). Barulah maksud ayat "aku" bertukar kepada "kami". Contoh nya seperti dibawah : 


Lafaz : Allahumma laka suomna wa bika amannawa ‘alaa rizqika afthorna birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud : Ya Allah bagi Engkau Kami berpuasa dan dengan Engkau beriman Kami dengan rezeki Engkau Kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Kredit - lanunsepet 

0 comment... add one now