Header Ads

10 Tempat menarik di Cameron Highland patut dilawati tahun 2016

Pernah pergi melancong di Cameron Highlands? Tahu tips berguna melancong ke sana. Penulis ingin kongsikan 10 Tempat Menarik di Cameron Highland yang mungkin anda tidak tahu !


10 Tempat Menarik di Cameron Highlands 


surprise Agro Technology Park MARDI

Agro-Technology Park MARDI ni merupakan sebuah tempat penyelidikan agricultural dan telah dibuka dan diuruskan oleh institut kerajaan. Agro Park ini mempunyai keluasan dalam 42 hektar dan pengunjung boleh melihat sendiri keindahan alam semula jadi kerana disini mempunyai pelbagai jenis kebun bunga,tapak penyemaian, ladang dan juga tempat terdapat penanaman kecil untuk pokok teh.Untuk memasuki Agro-Technology Park Mardi ini dikenakan bayaran. Untuk dewasa ialah RM 5 dan kanak-kanak ialah RM 3.Waktu operasi pula dibuka setiap hari kecuali hari isnin.


surprise Taman Rama-Rama

Jika anda ke Cameron Highland, berkunjunglah ke taman rama-rama yang terletak di KEA Farm Cameron Highland. Disini terdapat pelbagai jenis rama-rama yang pelik dan juga yang cantik Anda pasti akan teruja apabila dapat melihat rama-rama yang banyak dan cantik ini. Taman rama-rama ini dibuat seperti mini zoo ini yang terletak lebih kurang 4 km selepas Bandar Brinchang dan 6km daripada Tanah Rata. Taman rama-rama ini sangat sesuai untuk membawa anak-anak anda dan juga sesuai untuk membuat lawatan sambil belajar. Harga tiket untuk masuk di taman rama-rama ini hanya RM 5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak.

surprise Ladang Teh BOH
Bagi anda yang penggemar teh dan juga suka akan kehijauan alam semulajadi. Cameron Highland merupakan destinasi terbaik untuk anda kerana disana mempunyai ladang teh yang sangat besar. Antara ladang teh yang menjadi tarikan adalah ladang teh BOH. Apabila anda berada di ladang teh ini, anda boleh juga mencuba memetik daun teh ! Keluasan ladang teh ini adalah di dalam 8000 ekar,sangat besar! Ladang teh BOH ini juga merupakan ladang teh yang terbesar di Asia Tenggara. Untuk memasuki ladang teh ini tiada dikenakan bayaran dan ladang teh ini dibuka setiap hari kecuali hari isnin dari pukul 9.30 pagi sehingga 4.30 ptg.

Pautan : Tips berguna jika melancong ke Cameron Highlands

surprise Cactus Valley
Jika anda menyukai pokok kaktus, anda bolehlah berkunjung di Cactus Valley ini kerana di sini mempunyai pelbagai jenis pokok kaktus yang mungkin ada yang anda tidak pernah lihat. Malahan, di cactus valley ini dikatakan mempunyai pokok kaktus yang berusia 60 tahun !Di cactus valley ini bukan sahaja mempunyai pokok kaktus, tetapi juga mempunyai pelbagai jenis pokok bunga yang boleh anda lihat.Selain daripada pokok bunga, terdapat juga pokok epal yang boleh anda lihat sendiri cara penanaman pokok epal. Cactus Valley ini dibuka setiap hari dari pukul 8pagi sehingga ke pukul 6 petang dan untuk masuk dikenakan bayaran ialah RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.


surprise Big Red Strawberry Farm
Big Red Strawberry ini terletak berhampiran dengan Cactus Valley. Ladang strawberry ini dikenali sebagai Taman Agro Tourism Cameron Highland! Disini merupakan tempat yang sangat lengkap kerana mempunyai tempat untuk berehat bagi mereka yang sudah keletihan berjalan di ladang strawberry ini dan anda juga boleh menikmati alam sekitar yang sangat tenang dengan suasana yang nyaman dan sejuk. Big Red Strawberry dibuka pada 8.30 pagi sehingga ke 4.30 petang setiap hari. Selain itu,anda juga boleh memetik sendiri buah strawberry, tetapi harganya lebih mahal berbanding anda beli yang sudah siap dibungkus.

surprise Lavender Garden
Lavender garden yang terletak di Cameron Highland ini telah dibuka pda tahun 2013.terdapat banyak pokok lavender dan juga terdapat pokok bunga jenis yang lain antaranya mawar,daisy, camelia dan sebagainya.Untuk melawat di Lavender ini, bayaran akan dikenakan iaitu RM 5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak. Lavender Garden dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 6 malam dan pada hujung minggu pula dibuka pada 9 pagi hingga 7 malam. Anda juga boleh membeli cenderahati apabila berada disini yang kebanyakannya berasaskan pokok bunga lavender. Anda juga boleh merasakan ice cream lavender dan juga milk shake strawberry yang segar dan sangat sedap. Lavender garden ini terletak di antara Kuala Terla dan Tringkap.


surprise KEA Farm di Brinchang
Kea Farm merupakan kawasan pasar bagi mereka yang ingin membeli barangan cenderahati, buah, bunga ataupun sayuran yang sangat segar.Selain itu juga terdapat madu dan buah tangan yang lain.Selalunya disini agak sesak dengan para pengunjung. Kea farm tidak jauh dari pekan Brinchang lebih kurang dalam 3 km. Kea farm sangat dekat dengan kawasan yang menarik seperti Rose Center, Bee Farm dan juga taman rama-rama. Anda pasti akan membeli banyak barangan apabila berkunjung disini.

surprise Ladang Lebah
Bee Farm sangat dengan  Kea Farm dan terletak dekat sangat dengan Equatorial Resort.Disini tempatnya sangat menarik untuk anda lawati terutamanya bagi kanak-kanak.  Bee Farm mempunyai muzium  mini, pasar sayuran dan juga tapak permainan untuk kanak-kanak.Disamping itu juga, anda boleh melihat sendiri madu yang dihasilkan oleh lebah di sini dan anda boleh membeli madu yang sangat fresh. Tiada dikenakan bayaran jika anda ingin memasuki di bee farm ini dan akan dibuka setiap hari dari pagi hingga pada malam hari.


surprise Fragrance Nursery

Fragrance Nursery merupakan tempat bagi mereka yang menggemarkan bunga kerana Fragrance Nursery adalah tapak penyemaian bunga. Bunga-bunga disini kebanyakkan akan diimport ke negeri-negeri lain di Malaysia.Anda juga boleh memetik bunga yang anda inginkan jika anda hendak membelinya. Selain daripada bunga, terdapat juga buah strawberi dan aggur yang boleh anda beli. Fragrance Nursery merupakan tempat menarik di Cameron Highland kerana merupakan paling awal menghasilkan buah anggur.


surprise Muzium Time Tunnel
Muzium Time Tunnel yang terletak di Brinchang ini berada di tingkat bawah di dalam Ladang Strawberry Kok Lim. Ianya dibina adalah untuk mengekalkan memori sejarah dan warisan budaya untuk Cameron Highland sendiri.Muzium ini memaparkan barangan koleksi peribadi See Kok Chan iaitu seorang penduduk setempat di Cameron Highland.Beliau seorang yang sangat sukakan benda-benda yang antik atau barangan lama. Muzium ini sangat sesuai dilawati pada mereka yang ingin mengetahui sejarah tentang Cameron Highland. Untuk memasuki muzium ini,dikenakan bayaran sebanyak RM 5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak. Muzium Time Tunnel dibuka pada 9 pagi sehingga 6 petang setiap hari.

No comments

Powered by Blogger.