Header Ads

Apa itu Segmen, Giveaway dan Contest?

Aku terfikir balik kalau dulu aku buat blog ni sebagai diari kehidupan aku, maknanya segala info yang aku perlu tahu semuanya ada di dalam blog ini. Tapi, sekarang aku tukar punya style blog, lebih giat aktif selain menjana pendapatan sampingan.


Pertama kali aku detik rajin mahu blogwalking ke blog lain, aku perasan dengan tiga perkataan iaitu 'SEGMEN' , 'GIVEAWAY' dan 'CONTEST'. Tapi, masa tu masih tercari-cari apa maksud semua ini. Memang time tu satu apa pun aku tak paham nak wat. Makin lama aku dah faham kesemuanya itu.

Kalau sebut sekarang, memang lah dah berubah, aku rajin sertai segmen dan giveaway. Tak silap aku belum join mana2 contest. Alhamdulillah ada juga lah beberapa kali nasib dapat hadiah....hehehe!!!

Bagi blogger baru yang menceburi dunia blogging ni, aku permudahkan korang apa maksud segmen, giveaway dan contest. Baca kat bawah selanjutnya....

SEGMEN

Segmen sebenarnya perkara pertama kali blogger2 nak berkenalan dengan anda. Tanya ja mana2 blogger yang lain first time konfirm mereka buat segmen dahulu. Maknanya ia buat satu segmen khas untuk kongsi tukar-tukar korang punya link blog. Tambahan lagi, korang boleh lah tambah jumlah follower dye orang dan blogwalking blog orang lain dengan komen2.

GIVEAWAY

Giveaway mungkin lebih hebat dari segmen dan lebih kurang dengan contest. Kalau giveaway rata-rata blogger2 akan anjurkan hadiah yang agak hebat. Time ni korang boleh lah dapat baju, keychain, alat kosmetik dan macam-macam lagi. Tapi, kebanyakan giveaway cara  nak tahu sapa menang, guna sisten random.org. Maknanya guna cabut undi macam lucky draw korang masa kecik-kecik time sekolah...hehhe...

CONTEST

Tengok perkataan pun dah tahu pertandingan, nama pun contest. Hadiah kat sini memang lumayan, rata-rata nilai ratusan Ringgit. Ada hadiah yang disediakan oleh sponsor dekat tuan yang buat contest ini. Lepas tu korang kena lah like sponsor, klik iklan yang tuan punya contest join, letak banner dan sebenarnya ia banyak bergantung korang punya entri.

Mudah-mudahan korang faham apa yang aku jelaskan.


1 comment:

  1. Paham 😄 dengan itu jemput Join bukan GA, tapi tukar2 sampul dan kad raya yang mek anjurkan 📮

    ReplyDelete

Powered by Blogger.