Header Ads

Perbezaan Telco Plan Postpaid Terbaik 2016 - CELCOM VS DIGI VS MAXIS VS UMOBILE?

Adakah anda mencari perbandingan plan postpaid terbaik di Malaysia pada tahun 2016? Jom ikuti ulasan dan perbandingan ringkas pelan postpaid di  Malaysia yang menawarkan jumlah quota data yang tinggi, panggilan tanpa had dan harga yang paling kompetitif.

PLAN POSTPAID TERBAIK 2016

Perbandingan dalam table ini adalah berdasarkan plan postpaid yang menawarkan unlimited call, kuota data yang tinggi dan data adalah diambil dari laman rasmi telco.
celcom vs digi vs maxis vs umobile

CELCOM FIRST GOLD

celcom first gold rm80
Celcom First Gold merupakan plan baru yang menawarkan 10GB data setiap bulan pada harga RM80. Pelanggan boleh menikmati panggilan dan SMS tanpa had kesemua network. Penting bagi anda tahu ialah 10GB data sebenarnya jumlah data untuk all day 5GB dan 5GB untuk setiap hari minggu (Sabtu dan Ahad).
5 GB all day quota + ( 1.25 GB quota hari minggu x 4) = 10 GB Data
Plan ini tiada kontrak dan membenarkan anda bawa baki data ke bulan hadapan.

DIGI SMART PLAN 75

digi smartplan 75
Digi Smart Plan 75 merupakan tawaran waktu terhad sehingga 29 FEB 2016 sahaja. Jika anda pengguna setia Digi dan berada di kawasan coverage Digi yang kuat, jangan terlepas peluang untuk bertukar ke plan ini.
Plan ini menawarkan 7GB all day quota, unlimited call kepada semua network dan beberapa kelebihan lain seperti 12 bulan langganan iflix percuma. Kesemuanya pada harga yang cukup menarik iaitu RM75 sebulan.

UMOBILE HERO P70

umobile hero p70
Dari segi harga, tawaran daripada Umobile adalah paling menarik kerana anda dapat 7GB data, unlimited call ke semua network pada harga RM70. Menurut laman rasmi Umobile, tawaran plan Umobile Hero P70ini dibuka sehingga 30 Jun 2016.

MAXIS ONE PLAN

maxis one plan 2016
Maxis ketika ini masih belum mengumumkan sebarang plan postpaid baru untuk tahun 2016. Dari segi harga, jelas kelihatan bahawa tawaran daripada Celcom, Digi dan Umobile lebih kompetitif.Plan Maxis One RM128 menawarkan 3GB Data dan unlimited call dan sms ke semua network. Untuk mendapatkan kuota tinggi sehingga 8GB, anda perlu melanggan pakej RM188.
Beberapa kenalan saya sudah ramai beralih dari Maxis ke telco lain yang lebih murah dan lebih data. Diharap Maxis boleh tampil dengan plan yang boleh menandingi atau mengatasi plan postpaid dari pesaing mereka.

Saya harap perbandingan ringkas ini membantu anda membuat keputusan untuk melanggan plan postpaid terbaikbagi tahun 2016. Sebarang pertanyaan boleh anda sampaikan di ruangan komen di bawah.
Sumber - einz.my 

15 comments:

  1. Nie namenya telko perang zaman moden :P, tapi kne pndai lah pilih sape akan menag :D ehhehee

    ReplyDelete
  2. im vote Hero P70.. hahaahhaa, masih setia bersama Umobile.. murah pon murah RM 70 je..

    ReplyDelete
  3. RM 80 dapat 10 GB klau celcom, lagi berbaloi rasenya... pakej celom tuh pon bnyak banefit dari yang lain aku tengok.. hurmm

    ReplyDelete
  4. aku pakai prepaid umobile, rasenya ni plan paling murah, ingat nk berpindah ke u70 klau xde halangan lepas raya ni, :D pakai postpaid plak kite :P

    ReplyDelete
  5. aku rase dari plan U dengan plan celcom coverage celcom lagi memuaskan, lagi pon nk ikut murah, RM 80 dapat 10 GB.. klau plan u RM 70 dapat 7GB je, kiraan RM 10 besamaan 1GB .. errrr

    ReplyDelete
  6. amboi buat perbandingan harga ke? masing2 ade kelebihan masing2 lah broder.. tapi yang penting antara semua kelebihan adelah coverage.. aku dah pakai celcom dari kecik lagi, start umo 13 tahun, hehehee! bab krisis line bg aku takde masalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! Coverage sangat penting! :-d

      Delete
  7. nk kate perbandingan harga takde lah, cuma klau di kire balik memang betul pon, dalam banyak2 ni, celcom lebih berpatutan :D.. pakai first gold ke tak ?

    ReplyDelete
  8. pakai prepaid je... nk pakai celcom first gold kan dah abes , so bia je lah prepaid dulu, tunggu ade promosi lagi kat celcom :D

    ReplyDelete
  9. Oi ape pulak dah abes, baik kau pergi cepat join, sbb last hujung bulan 6 ni.. lagi 2 hari je pon, hahaaha.. dia lanjutkan tempoh tamat first gold baru2 ni..

    ReplyDelete
  10. lah eake, esok dah last lah ni -.- aduiii, kau tipu aku jage kau, hahaha!! malam ni aku gi centre celcom, tp aku lupe la celcom boley carry forwar data kan?

    ReplyDelete
  11. buat pe nk tipu, hahhaha.. aku berani kerat jari klau aku salah info, sbb aku baru je pergi minggu lepas centre celcom :P, jadi aku tahu la, kih kih kih, yupz boley tunda data sampai bulan depan, tapi maximum 5GB je, yang lain mcm biase RM 80 dapat 10 GB and SMS unlimited serta Call pon unlimited.. plus ade yonder musix unlimited selame setahun .

    ReplyDelete
  12. Sesiapa tau selepas besokkan ape harga utk Celcom First Gold ni? Kalau mahal sgt lebih baik dpt kan besok last day kan... I guna skrg First Blue shj, rasa mau tukar lebih byk data utk video kan... ade news cakap naik berapa harga lepas ni x?

    ReplyDelete
  13. semlam aku subcribe, tatau lagi nk naik berape, mabye RM 100 tapi itu pon tak sure, pergi je rini masih sempat lagi, lasti rini en :) best wei, line dia memang syokkkkk :D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.