Header Ads

10 Model kereta 'mobil' paling popular di Malaysia 2015

Pelbagai model baru kenderaan telah diperkenalkan sepanjang tahun 2015 oleh pelbagai jenama pengeluar telah merancakkan industri automotif negara.

Namun kejatuhan nilai RM telah merencatkan sedikit kemeriahan ini apabila mula memberi kesan kepada pembeli dan pengeluar kenderaan. Tahun 2016 nanti, beberapa jenama telah mengeluakan kenyataan rasmi tentang kenaikan harga kenderaanmereka akibat dari kejatuhan nilai RM ini.

Selain dari itu, pengeluar kereta nasional iaitu Proton dan Perodua juga tidak ada mengeluarkan sebarang model baru. Hanya model-model sedia ada yang diubahsuai (facelift) menjadi pemangkin untuk mencuri tumpuan pasaran.
10 Kereta Paling Popular Di Malaysia 2015

Tahun 2015 juga telah menyaksikan satu fenomena baru melanda dunia automotif tempatan apabila satu segmen baru kenderaan telah mencuri perhatian umum sehingga menjadi trending atau paling popular dan hangat diperkatakan di dunia maya mahupun realiti.

Segmen kenderaan yang dimaksudkan adalah Kenderaan Utiliti Sukan Kompak @ SUV Kompak (Compact Sport Utility Vehicle @ Compact SUV). Ianya merupakan SUV bersaiz sederhana yang mempunyai 5 tempat duduk. Dipacu sama ada 4 roda ataupun 2 roda.

Cara dan gaya hidup aktif, interaktif dan bergaya telah menjadikan kenderaan SUV satu pilihan paling popular untuk menepati citarasa hidup pada masa kini.

Top 10 Malaysia Most Popular Car

Berikut adalah senarai Top 10 model kereta paling trending di Google Search Malaysia dan paling popular menjadi sebutan dan tarikan oleh rakyat Malaysia bagi tahun 2015.

10. Audi S8
10 Kereta Paling Popular Di Malaysia 2015

Model Audi S8 merupakan model paling mewah keluaran Audi. Ianya merupakan saingan kepada Mercedes S Class dan BMW 7 Series.

Agak sukar melihat model ini dijalan raya Malaysia kerana ianya belum dapat mengatasi populariti dua model tersebut. Namun ianya hangat menjadi sebutan dan popular dikalangan pengguna enjin carian.

9. Honda Civic 2016
10 Kereta Paling Popular Di Malaysia 2015

Honda Civic generasi ke-10 ini sudah dilancarkan di Amerika Utara sejak bulan September yang lalu. Ia dijangkakan akan memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2016.

Honda Civic 2016 adalah anjakan baru dalam siri model Civic dengan rekabentuk moden serba baru sepenuhnya disamping penggunaan enjin Honda terkini yang lebih canggih dan efisyen.

Dijangkakan juga model ini akan menjadi antara model terhangat dan popular di Malaysia apabila dipasarkan nanti.

8. Honda City 2015
10 Kereta Paling Popular Di Malaysia 2015

Honda City kini menjadi model kereta sedan bukan Nasional palis laris di Malaysia mengatasi Toyota Vios yang menguasai segmen ini sejak hampir dua dekad yang lalu. Maka, tidak hairanlah Honda City 2015 menjadi popular dan sering diperkatakan.

Dengan menampilkan rekabentuk yang menarik, Honda City generasi ke 4 ini menawarkan segala ciri-ciri kereta idaman buat golongan pertengahan dengan harga yang kompetitif.

7. Pajero Sport
10 Kereta Paling Popular Di Malaysia 2015

Pada tahun 2015, Mitsubishi Pajero Sport kembali meraih perhatian umum sejak pelancarannya pada tahun 2009. Ini mungkin berikutan model Pajero Sport 2016 yang merupakan model terkini dan serba baru sudah pun dilancarkan di Thailand pada Ogos 2015 yang lalu dan dijangka akan masuk ke pasaran Malaysia pada tahun 2016.

Selain itu tragedi menyayat hati kemalangan ngeri di Lebuhraya Duke pada 2 Mei 2015 melibatkan Myvi yang berlumba haram telah menyebabkan sebuah Pajero Sport terbalik dan mengorbankan 3 nyawa juga menjadikan Pajero Sport antara carian popular di Malaysia.

6. Proton Perdana 2016
10 Kereta Paling Popular Di Malaysia 2015

Sudah lebih 20 tahun model Proton Perdana tiada model gantian. Apabila Proton mengumumkan akan mengeluarkan versi terbaru model ini dan akan dilancarkan pada 2016, Proton Perdana 2016 terus menjadi popular dan hangat diperkatakan.

Proton Perdana 2016 walaupun menggunakan model Honda Accord generasi ke-8 sebagai asas namun ianya tidaklah serupa dengan model Perdana yang dikeluarkan khas oleh Proton untuk Pegawai Kerajaan sebelum ini.

Honda Accord tersebut telah diubahsuai hampir keseluruhan rekaan luarannya sehingga menjadi sebuah model baru yang lebih menarik sebagai model terbaru Proton Perdana 2016.

5. Proton Iriz
10 Kereta Paling Popular Di Malaysia 2015

Proton Iriz masih menjadi tarikan dan popular dicari oleh rakyat Malaysia. Kereta kompak keluaran Proton ini berjaya meraih perhatian kerana pelbagai faktor.

Selain rekabentuk dan ciri-ciri kereta yang berjaya memberi saingan kepada model Myvi ini, Proton Iriz juga diguna pakai untuk kereta ujian Proton bagi model SUV Kompak dan EV.

Selain itu casis Proton Iriz turut digunakan untuk model terbaru Proton Persona 2016 nanti. Walaupun Proton Iriz sentiasa hangat diperkatakan namun jualannya tidaklah hebat dan sehangat seperti yang dijangkakan.

4. Honda Civic
10 Kereta Paling Popular Di Malaysia 2015

Honda Civic adalah antara model kereta yang sentiasa menjadi perhatian rakyat Malaysia. Model kereta dalam kategori segmen C ini menjadi kereta idaman ramai pengguna. Selain rekaannya yang sentiasa memikat, selesa dan ciri-ciri teknikal model ini telah menjadikan Honda Civic kereta paling laris dalam segmennya.

Popularitinya semakin meningkat apabila model generasi ke-10 Honda Civic ini akan berada dipasaran Malaysia pada tahun 2016 nanti.

3. Perodua Axia
10 Kereta Paling Popular Di Malaysia 2015

Model kereta paling laris dan popular dikalangan pengguna Malaysia sudah tentunya Perodua Axia. Model gantian kepada Perodua Viva ini memenuhi kehendak rakyat dari pelbagai golongan.

Bukan hanya kerana tawaran harga yang mampu milik tetapi ciri-ciri praktikal, jimat minyak dan faktor keyakinan menjadikan ianya model pilihan ramai.

Maka, tidak hairanlah apabila Perodua Axia masih berada di top 3 model kereta paling trending dan popular di Malaysia walaupun jatuh dari kedudukan tempat pertama pada tahun sebelumnya.

2. Lykan Hypersport
10 Kereta Paling Popular Di Malaysia 2015

Penangan filem Furious 7 sangat hebat dan memberi impak yang sangat besar kepada peminat dunia automotif di Malaysia. Jika tidak masakan modelLykan Hypersport ini menjadi popular dan menduduki tempat ke-2 trending di Malaysia.

Model kereta sport yang sangat raredan dikatakan paling ganas yang pernah dihasilkan ini adalah model terhad yang dikeluarkan oleh W Motor yang berpengkalan di UAE pada tahun 2013~2014. Hanya 7 buah Lykan Hipersport dihasilkan dan ianya berharga USD3.4 juta sebuah!

1. Honda HRV
10 Kereta Paling Popular Di Malaysia 2015

Model Honda HR-V merupakan kereta fenomena pada tahun 2015. Kereta SUV Kompak Honda ini mula dilancarkan pada Februari 2015 telah menjadi trending dan paling popular diperkatakan di dunia automotif Malaysia.

Jelas sekali, Honda sangat bijak dalam mencuri tumpuan dan hati peminat serta pengguna kenderaan dan setiap kali model baharu keluaran mereka pasti sentiasa mendapat sambutan dan perhatian bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Honda HR-V, adalah kereta paling popular dan menjadi idaman generasi masa kini!

Sumber - dammahumnib 

No comments

Powered by Blogger.