Header Ads

Lepasan SPM - nak sambung apa?

Bagi budak lepasan SPM, halatuju yang mana yakni anda perlu ikuti. Pening kepala duk pikir yang mana nak masuk. Nak ambil diploma ke? Atau asasi? Matrik dan SPTM.



Apa beza yer antara keempat-empat tu. Still kebanyakan student akan menghadapi masalah nak cus course apa?

Okey, entri ni saya akan terangkan. Saja bosan tu beralih tulis entri ni. Hehe!!! For those budak SPM 2015 yang nak sambung pelajaran lagi.

1. DIPLOMA

Diploma bagi aku la, sebab aq pun ambil diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam di Politeknik. Sebenarnya, ia tak la stress sangat jangka masa pembelajaran selama 3 tahun. So, belajar tak la terlalu rush... lecturer pun cool ja. Kebaikan nya korang akan dapat sijil diploma dan peluang cerah terus bekerja. Tapi yang korengnya!!! Kena tunggu lama sikit berbanding yang ambil matrik dan asasi.

2. MATRIKULASI

Kebanyakan yang ambil matrik ni sebenarnya nak rush masa belajar. Tak mau la nak belajar macam ambil diploma selama tiga tahun. Kalau ambil matrik setahun lebih camtu dah abeh belajar. So, lepastu korang boleh sambung ke universiti dengan cepat. Tapi, masalah dia kalau korang result low jawabnya memang kena lelong la. Macam juai baju la pula. Hehe!!!. Tapi, kalau korang result gempak memang senang-senang la dapat sambung ijazah di universiti.

3. ASASI

Asasi bagi saya jarang-jarang dengar orang ambil. Kalau matrik dengan diploma memang berlambak la. Asasi ni sebenarnya macam matrik ja. Masa dia pun singkat gak dalam setahun lebih camtu ja, lepas tu korang boleh dah grade. Tapi orang kata sijil asasi dengan matrik tak laku nak mintak kerja. Yang tu korengnya. Tapi bezanya, kebaikan korang akan ada bound dengan sesebuah universiti.

4. SPTM

SPTM ni ramai yang paling tak suka sebab macam budak-budak pula pakai baju sekolah, ada spot-cek la and then ikut masa pun waktu sekolah. Orang kata tak smart kalau dah umur 18 tahun lepasan SPM still di sekolah. Tapi, bagaimanapun kebaikannya kalau korang result dapat 2.80 ja pun dah layak boleh sambung ijazah di universiti. Sebab standard exam SPTM adalah ke-4 paling susah di Asia. So kalau korang tak dapat pointer 3 ke atas pun dah leh sambung. Lagi satu ia akan menjadi keutamaan kepada mana-mana universiti.

Akhir kata, bagi saya sama ja mana-mana pun korang nak sambung sebab niat nak belajar tu yang penting. Kalau korang nak belajar sambil lewa memang korang ke laut la. So, biarlah korang suggest sendiri dan dapat nasihat ibu bapa, tanya pendapat yang mana korang sesuai untuk sambung pelajaran. Gudluck yaa!!! yang baru nak sambung pelajaran.





1 comment:

  1. Lelaki sangat diperlukan dalam kursus memasak.ehe : P !

    ReplyDelete

Powered by Blogger.