Header Ads

SKEP Permohonan Kemasukan ke IPTS Online

Mesti ramai lagi khususnya pelajar yang tidak tahu apa itu SKEP? SKEP atau pun Sistem Kemasukan Pelajar adalah sistem kemasukan pelajar yang berfungsi untuk mengendalikan kemasukan pelajar ke instituti pengajian tinggi swasta (IPTS).

Sebenarnya pemohonan online ke IPTS melalui SKEP baru dilancarkan dan dibangunkan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Promosi sedang dijalankan dan difahamkan ia akan beroperasi sepenuhnya selepas pengumuman keputusan SPM 2015 pada bulan Mac 2016 nanti.

Permohonan Online ke IPTS melalui SKEP 

Antara lain sistem ini dapat membantu pelajar lulusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang tidak berpeluang melanjutkan ke universiti awam (UA) / IPTA melalui permohonan UPU untuk belajar ke peringkat pengajian yang lebih tinggi di IPTS.

Mudah kan teknologi masa kini semuanya hanya guna jari di keyboard ja. Okey ar..oga-moga info ini memberi manfaat kepada pelajar SPM yang akan datang untuk menggunakan sistem ini sebagai medium untuk menyambungkan pelajaran anda semua.

No comments

Powered by Blogger.