Header Ads

Cara Buka Akaun Tabung Haji Dengan Mudah

Cara-cara Buka Akaun Tabung Haji | Anda tahu cara buka akaun Tabung Haji? Sudah kah anda miliki akaun tabunh haji? Setiap Islam yang berkemampuan ada menyimpan impian untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5 iaitu menunaikan haji di Baitullah. Namun sebagai persediaan, anda boleh menyimpan sedikit demi sedikit dengan membuka akaun tabung haji bagi kegunaan masa depan. Disini saya kongsikan cara buka akaun Tabung Haji dengan mudah.

Cara-cara Buka Akaun Tabung Haji


Cara Buka Akaun Tabung Haji Dengan Mudah 



1. Anda boleh hadir salah satu lokasi berikut untuk membuka akaun Tabung Haji:
~ semua cawangan Tabung Haji - rujuk nombor telefon dan alamat cawangan tabung haji.
~ Kaunter Bank Islam
~ Kaunter Bank Rakyat
~ Mobile Kaunter TH

2. Deposit minima RM2.00

3. Syarat-syarat untuk menjadi pendeposit Tabung Haji adalah seperti berikut :
~ Individu yang beragama Islam
~ Warganegara Malaysia

4. Sila bawa Mykad untuk membuka akaun Tabung Haji. Pembukaan akaun kanak-kanak perlu disertakan dengan myKid dan Sijil Kelahiran untuk tujuan pengesahan.

5. Sila lengkapkan borang maklumat ahli, borang penamaan dan borang JP 001 untuk wang simpanan ketika membuka akaun TH.

6. Pembukaan akaun TH menggunakan kad pengenalan sementara dibenarkan. Walaubagaimanapun, kad pengenalan sementara tersebut mestilah belum tamat tempoh penggunaannya.

Terima kasih membaca artikel Cara-cara Buka Akaun Tabung Haji.

No comments

Powered by Blogger.