Header Ads

10 Filem Bollywood Genre Romantik Terbaik

10 Filem Bollywood Genre Romantik Terbaik | Amat sukar untuk memilih filem romantis bollywood sebagai yang terbaik kerana terlalu banyak pilihan yang rata - ratanya semuanya menarik dan layak menjadi yang terbaik . Di sini saya hanya menampilkan filem Bollywood genre romantis yang menjadi pilihan saya sebagai terbaik di antara yang terbaik.

10 Filem Bollywood Genre Romantik Terbaik 


1. Kuch Kuch Hota Hai (1998)



Kuch Kuch Hota Hai atau lebih mudah fahami maksudnya 'Something Happens' adalah sebuah filem cinta yang telah menjadi satu fenomena ketika masa dahulu umumnya di Malaysia. Filem ini mengisahkan tentang cinta tiga segi yang membabitkan antara Shah Rukh Khan, Rani Mukerji dan Kajol, di mana Kajol merupakan rakan karib SRK di satu kolej yang sama memendam perasaan cintanya terhadap SRK apabila dia merasa dirinya telah berjauhan dengan SRK kerana dia(SRK) telah jatuh cinta terhadap Rani dan berkahwin. Dari situ kisah selanjutnya di mana anak kepada SRK dan Rani iaitu Anjali mengetahui kisah percintaan antara SRK dan Kajol dengan menyatukan mereka semula. Perjalanan dan plot kisah cinta ini sungguh menarik dan ia berhak menjadi filem romantik terbaik bagi perfileman Hindi sehingga masa kini.

2. Diawale Dulhania Le Jayenge (1995)



Diawale Dulhania Le Jayenge atau 'The Brave-Hearted Will Take Away the Bride' merupakan filem romantis yang cukup popular dalam kalangan masyarakat khususnya hindustan kerana salah satu filem terbaik sepanjang zaman di India. Kisah ini menceritakan tentang Raj (SRK) dan Simran (Kajol), di mana mereka telah jatuh cinta semasa bercuti melalui di Eropah dengan rakan-rakan mereka. Tetapi cinta mereka mendapat tentangan daripada ayah Simran kerana ingin mengahwinkan anaknya kepada anak rakannya. Apa kesudahan kisah percintaan ini??? lihat sendiri filem tersebut ...

3. Hum Aapke Hain Koun..! (1994)



Hum Aapke Hain Koun atau juga 'Who am I to you' adalah filem romantik yang dilakonkan oleh Salman Khan dan Madhurit Dixit, di mana ia meraikan tradisi perkahwinan India dengan menghubungkan kepada kisah pasangan suami isteri dan hubungan antara keluarga mereka. Cerita ini mengisahkan tentang pengorbanan cinta kepada satu keluarga yang lain. Filem ini mendapat kutipan meletop di mana memegang rekod kutipan paling tinggi pada tahun 90 an dan masih salah satu kutipan tertinggi sepanjang masa.

4. Veer Zaara (2004)



Filem ini lagi sekali dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Preity Zinta, di mana kisah ini menceritakan tentang percintaan konflik antara dua negara yang berbeza, yakni cerita malang cinta seorang juruterbang Tentera Udara India, Ketua Squadron Veer Pratap Singh dan seorang wanita Pakistan berasal dari keluarga politik yang kaya di Lahore, Zaara Hayat Khan yang dipisahkan selama 22 tahun. Dari kisah itu, Saamiya Siddiqui yang dilakonkan oleh Rani Mukerji, seorang peguam Pakistani mendapati Veer dalam penjara dan setelah mendengar cerita beliau, cuba untuk mendapatkan dia dibebaskan.

5. Mohabbatein (2000)



Mohabbatein atau 'love story' merupakan salah satu filem genre romantik yang popular di kalangan masyarakat. Filem ini dibintangi oleh Amitabh Bachchan dan Shah Rukh Khan dalam peranan penting, bersama-sama dengan enam debutant. Cerita ini mengisahkan tentang 3 love stories digambarkan dalam filem. Ashwarya Rai muncul dalam imbasan sebagai kekasih Khan. Filem ini juga mendapat kritikan hebat dan pujian kerana jalan penceritaannya yang menarik.

6. Kaho Naa...Pyaar Hai (2000)



Kaho Naa...Pyaar Hai atau Say...You Love me adalah filem Bollywood yang paling berjaya dalam tahun 2000. Dibintangi oleh Hrithik Roshan dan Ameesha Patel mengisahkan seorang gadis kaya yang penyanyi yang lemah dan sebaliknya. Tetapi nasib mempunyai dua kejutan di kedai. Apa kesudahannya lihatlah sendiri???

7. Jab We Met (2007)



Jab We Met atau When We Met adalah sebuah filem yang merupakan salah satu filem romantik yang popular di Bollywood membabitkan lakonan Shahid Kapoor dan Kareena Kapoor mengisahkan tentang seorang gadis Punjabi Feisty yang dihantar di luar trek apabila dia bertembung dengan seorang ahli perniagaan Mumbai pada kereta api semalaman ke Delhi. Filem ini sungguh menarik dalam penceritaannya sehingga diilhamkan untuk filem Hollywood iaitu Leap Year tahun 2010.

8. Mann (1999)



Mann atau maksodnya 'heart' tidaklah popular sangat di India berbanding dengan filem romantis yang lain mungkin disebabkan pelakonnya yang masih baru bergandingan. Tapi, jalan penceritaan filem ini dianggap masih terbaik dan plot yang menarik. Filem ini dibintangi oleh Aamir Khan dan Manisha Koirala, di mana mengisahkan yang Dev (Aamir Khan) seorang kasanova dan pelukis yang bercita-cita tinggi untuk membayar hutang dan bersetuju berkahwin dengan seorang wanita keluarga yang kaya. Dari situ, muncul seorang gadis iaitu Priya (Manisha) yang jatuh hati kepada Dev ketika di atas kapal mewah. Kisah percintaan mereka ini penuh dengan emosi dan cabaran sehingga akhirnya mereka dipertemukan semula di mana Priya kakinya telah tiada akibat kemalangan jalan raya.

9. Kal Ho Na Ho (2003)



Kal Ho Naa Ho atau 'There May or May Not Be A Tomorrow' sebuah filem romantis yang mengisahkan percintaan antara Shah Rukh Khan dan Saif Ali Khan yang turut sama menyukai seorang wanita yang dilakonkan oleh Preity Zinta. Cerita ini bermula dengan seorang pelajar tegang pesimis(tidak senyum), Naina Kapur (Preity) yang jatuh cinta dengan jirannya, Aman Mathur (SRK) seorang pesakit yang telah berada di tahap yang serius cuba untuk menyatukan Naina dengan rakannya, Rohit Patel (Saif). Filem ini juga telah diisytiharkan sebagai blockbuster di India dan 'All Time Blockbuster' di luar negara.

10. Aashiqui 2 (2013)



Aashiqui atau 'lover' merupakan filem romantis yang masih baru dikeluarkan tahun 2013 di mana filem ini merupakan sequel dari blockbuster muzikal Aashiqui 1990. Aashiqui 2 mengisahkan cinta tertumpu pada hubungan bergelora antara pemuzik Rahul (Aditya Roy Kapoor) dan Aarohi (Shraddha Kapoor), hubungan yang terlibat dengan sikap Rahul sendiri yang tidak dapat tinggalkan tabiatnya yang seorang penagih alkohol dan sikap panas baran. Kisah ini berakhir, yakni Rahul membunuh diri di atas jambatan kerana tidak sanggup menyusahkan atau memberi bebanan pada kekasihnya iaitu Aarohi. Sountrack filem ini iaitu 'Tum Hi Ho' dan 'Sun Raha Hai' telah menjadi satu fenomena di mana lagu-lagu itu mendapat tempat teratas carta lagu di India.

Terima kasih membaca artikel 10 Filem Bollywood Genre Romantik Terbaik.

No comments

Powered by Blogger.