Header Ads

Germany All-Time Best Team

JERMAN

GELARAN
FORMASI : 4 3 3

1. OLIVER KAHN - GOAL KEEPER (1994 - 2006)



Oliver kahn adalah bekas penjaga gol pasukan Jerman. Dia memulakan kerjayanya di Karlsruher sehingga berakhir tahun 1994. Selepas 12 tahun, dia berhijrah ke Bayern Munich sebagai pemain profesional. Di pasukan ini, Kahn menunjuk prestasi cemerlang dengan gayanya yang agresif sehingga digelar 'Der Titan' oleh peminat. Kahn merupakan salah satu pemain terbaik Jerman sepanjang zaman hasil kejayaannya memenangi 8 kali juara Bundesliga ,6 kali DFB-Pokals , Piala UEFA tahun 1996 dan juga UEFA Champions League. Kahn juga mewakili pasukan negaranya sebanyak 86 caps di mana Piala Dunia 2002, beliau mendapat gelaran golden ball untuk kejuaraan itu.

2. PHILIPP LAHM - RIGHT BACK (2004 - 2014)



Philipp Lahm merupakan pemain profesional Jerman yang baru bersara pada tahun 2014. Beliau beraksi sebagai right back atau defensive midfielder di Bundesliga. Beliau juga digelar salah satu right back terbaik ketika era beliau di mana beliau memenangi 1 kejuaraan Piala Dunia 2014 dan 2 kali tempat ketiga Piala Dunia tahun 2006 dan 2010. Walaupun dia bertubuh kecil tetapi memiliki dribbling yang baik dan juga tackle yang tepat sehingga digelar ' Magic Dwarf '. Ketika bersama kelab, beliau mulakan kariernya di akademi Bayern Munich, di mana ia berjaya digilap ke Bayern Munich II dan seterusnya diberi kepercayaan oleh jurulatihnya untuk di bawa ke pasukan senior iaitu Bayern Munich. Beliau juga bermain sekejap selama dua tahun bersama Stuttgart secara pemain pinjaman. Sehingga kini, beliau masih bermain dengan pasukan Bayern Munich walaupun berusia 30 an.


3. JURGEN KOLLER - CENTRAL DEFENDER (1986 - 1998)



Jurgen Koller ialah pemain pertahanan tengah pasukan Jerman pada era 80 dan 90 an. Ia memiliki kekuatan pertahanan yang kebal, marking dan perebutan bola tinggi. Sebanyak 105 caps yang diwakilinya untuk pasukan kebangsaan, dimana pasukan beliau berjaya meraih kejuaraan Piala Dunia tahun 1990. Di kelab pula, banyak kelab yang disertainya seperti SV Waldhof Mannheim, FC Koln, Bayern Munich, Juventus dan juga Borussia Dortmund .Selepas beliau bersara dalam arena bola sepak, Koller telah menukarkan khidmatnya sebagai jurulatih dan kini beliau melatih pasukan SC Hauenstein.
4. FRANZ BENKENBAUER - DEFENSIVE @ SWEEPER (1965 - 1977)



Franz Benkenbauer ialah bekas pemain profesional bola sepak Jerman. Beliau mendapat julukan 'The Emperor ' kerana gayanya yang elegan ,dominan dan leadership di atas padang. Beliau merupakan salah satu pemain yang hebat dalam sejarah bola sepak kerana penampilannya yang versatile dan boleh bertindak sebagai sweeper atau libero. Beliau mewakili 103 caps untuk pasukan Jerman dan bermain sebanyak 3 kali piala dunia. Di peringkat kelab, beliau bermain bersama pasukan kelab Bayern Munich. Masa kini, beliau menjawat sebagai presiden kelab Bayern Munich


5. ANDREAS BREHME - LEFT BACK (1984 - 1994)



Andreas Brehme adalah bekas pemain pertahanan bola sepak Jerman, di mana namanya sangat dikenali kerana menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan akhir menentang Argentina dalam kejohanan Piala Dunia 1990. Beliau dikatakan salah satu tendangan free-kick dan crosser terbaik sepanjang zaman. Tambahan lagi, beliau juga boleh beraksi dalam posisi sayap kiri dan juga tengah kiri. Sepanjang bersama pasukan negara, beliau bermain sebanyak 86 caps dengan 8 gol. Di peringkat kelab, beliau memulakan kariernya bersama kelab HSV Barmbek-Uhlenhorst dan berhijrah ke FC Saarbrucken. Selepas itu, beliau bermain dengan kelab FC Kaiserlautern sebagai pemain profesional dari tahun 1981 hingga tahun 1986 dan kembali semula dari tahun 1993-1998. Selain itu, beliau juga pernah bermain dengan kelab Bayern Munich dan Real Zaragoza.

6. MICHAEL BALLACK - MIDFIELDER (1999 - 2010)



Michael Ballack adalah bekas pemain bola sepak Jerman. Beliau dikenali kerana terkenal dengan pelbagai hantaran, tendangan yang kencang, fizikal yang kuat dan kehadirannya menguasai di bahagian tengah. Di peringkat national, beliau beraksi sebanyak 98 caps dengan 42 gol yang dihasilnya, di mana beliau antara top scorer dalam pasukan Jerman. Beliau memulakan kariernya sebagai pemain muda di kelab tempatan iaitu Chemnitz. Tahun 1997, beliau berhijrah ke FC Kaiserslautern dan berpindah ke Bayern Leverkusen dua tahun selepas itu. Selain itu, beliau juga pernah bermain bersama dengan kelab Bayern Munich dan Chelsea sebelum beliau menamatkan kariernya kembali semula ke kelab Bayern Leverkusen.

7. LOTHAR MATTHAUS - MIDFIELDER (1980 - 2000)



Lothar Matthaus adalah bekas pemain bola sepak Jerman, di mana beliau memegang rekod sebagai pemain Jerman yang paling banyak caps iaitu dengan 150 penampilan dan 23 gol. Beliau juga pernah beraksi sebanyak lima kali Piala dunia dan dikenali kerana seorang pemain yang versatile, mempunyai hantaran yang tepat dan sepakan yang kuat. Sepanjang kariernya, selalunya bermain di bahagian tengah dalam kotak ke kotak walaupun lewat kariernya beliau beraksi di posisi sweeper. Di peringkat kelab, beliau bermula dengan kelab Borussia Monchengladbach pada tahun 1979 sehingga 1984. Kemudian, dia berpindah ke Bayern Munich, Inter Milan dan MetroStars. Selepas bersara, beliau menjadi manager beberapa kelab dan juga negara seperti Hungary dan Bulgaria.

8. THOMAS MUELLER - MIDFIELDER (2010 - KINI)



Thomas Muller dianggap layak sebaris dengan lagenda yang lain kerana masa kini beliau merupakan pemain bola sepak Jerman yang cukup menyinar sama ada di dalam pasukan negara dan juga kelab. Beliau boleh bermain sebagai pemain tengah dan penyerang dan telah digunakan dalam pelbagai peranan menyerang sebagai pemain tengah menyerang, penyerang kedua dan penyerang tengah. Beliau telah dipuji kerana kematangannya di atas padang, teknik yang baik, kerja berpasukan dan stamina, dan juga menunjukkan konsistensi melakukan jaringan gol. Di peringkat kelab, beliau adalah produk dalam akademi remaja kelab Bayern Munich , di mana beliau digilap ke Bayern Munich II dalam hanya setahun dan seterusnya dia layak bermain dalam skuad utama kelab Bayern Munich sehingga masa kini. Tidak diragukan lagi, beliau boleh mencipta beberapa kejayaan yang luar biasa jika beliau masih mengekalkan momentum dalam setiap permainan.

9. KARL-HEINZ RUMMENIGGE - STRIKER (1976 - 1986)



Karl-Heinz Rummenigge yang digelar 'King Kalle' adalah bekas pemain penyerang pasukan bola sepak Jerman. Beliau merupakan salah satu pemain yang bermain dengan West Germany, di mana pasukannya memenangi 1980 European Championship dan tempat kedua Piala Dunia tahun 1982. Sepanjang kariernya bersama pasukan negara, ia berjaya menghasilkan 45 gol dari 95 perlawanan. Kejayaan paling terbesar beliau ketika bersama kelab Bayern Munich, yakni kelabnya menjuarai Intercontinental Cup dan European Cup serta 2 title Bundesliga dan 2 title piala domestik. Beliau kini merupakan ketua pegawai eksekutif FC Bayern Muchen AG dan juga Pengerusi Persatuan Kelab Eropah.

10. MIROSLAV KLOSE - STRIKER (2001 - 2014)



Miroslav Klose adalah pemain bola sepak profesional Jerman yang masih bermain bersama kelab dan sudah retired untuk pasukan kebangsaan. Beliau dikenali kerana performance yang terbaik bersama pasukan negara. Beliau bermain sebanyak 4 kali kejohanan Piala Dunia 2002, 2006, 2010 dan 2014, di mana kejohanan 2014 ini pasukan beliau menjuarai piala. Beliau merupakan penjaring gol terbanyak dengan 16 gol dalam sejarah kejohanan Piala Dunia dan juga penjaring gol terbanyak dalam pasukan Jerman. Di peringkat kelab, beliau tidaklah segah seperti pasukan Jerman, tetapi masih menghasilkan jaringan gol. Beliau memulakan kariernya bersama FC 08 Homburg sebelum berhijrah ke kelab FC Kaiserlautern. Seterusnya, beliau bermain dengan kelab Wender Bremen dan Bayern Munich sebelum berpindah ke Itali kerana kekurangan prestasinya ketika dengan kelab Bayern. Kini, Klose masih bermain dengan kelab Lazio dari tahun 2011.

11. GERD MULLER - STRIKER (1966 - 1974)



Gerd Muller merupakan bekas pemain penyerang prolifik yang tersohor. Beliau dikenali kerana mempunyai penyudah gol yang tajam terutama dalam kotak penalti, di mana beliau dikatakan sebagai salah satu penyerang yang terbaik sepanjang zaman. Di peringkat negara, beliau menghasilkan jaringan sebanyak 68 gol dalam 62 penampilan, yakni beliau berjaya mengekalkan rekodnya sebagai penjaring gol terbanyak dalam kejohanan Piala Dunia sebanyak 14 gol selama 32 tahun sebelum rekodnya dipecahkan oleh Ronaldo dan Klose. Di peringkat kelab, beliau bermain selama 15 tahun dalam kelab Bayern Munich dengan 398 gol dari 453 games. Beberapa kejuaraan yang beliau kecapi seperti juara Bundesliga dan piala domestik. Sebelum menamatkan kariernya, beliau bermain dengan kelab Fort Lauderdale Strikers.



No comments

Powered by Blogger.