Header Ads

Kereta Mewah Milik Polis Dubai

Kereta Mewah Milik Polis Dubai |Anda tahu polis Dubai memiliki kereta mewah atau kereta sport yang sangat cantik? Tidak mustahil polis UAE memiliki kereta sport yang mewah untuk kegunaan polis mereka kerana lihat la saja ekonomi mereka yang maju disebabkan faktor pengeluaran minyak yang sangat banyak. Lebih - lebih lagi polis Dubai berlumba - lumba untuk membeli kereta mewah ini sehingga ke hari ini. Tambahan pula, penduduk mereka pun mampu miliki kereta mewah ini sebagai aset yang paling penting bagi mereka. So, saya senaraikan kereta peronda polis Dubai dibanjiri dengan kereta mewah yang telah menjadi kebanggaan buat mereka dan amnya di UAE.

Kereta Mewah Milik Polis Dubai 


1. Porsche 918 Spyder



Porsche 918 Spyder adalah yang baru dibeli beberapa bulan yang lalu dalam perkhidmayan polis Dubai. Kereta ini digunakan tujuannya untuk menjaga kawasan persekitaran di Dubai.

2. Porsche Panamera SE Hybrid



Polis Dubai telah membeli 3 buah Porsche Panamera SE Hybrid untuk tujuan menjaga kawsasan persekitaran di Dubai di mana ia juga terbaru sebelum polis Dubai membeli Porsche Spyder.

3. Bugatti Veyron

Bugatti Veyron adalah kereta sport yang mempunyai kelajuan semata - mata. Ia dianggap kereta terpantas di dunia pada masa kini. Bugatti Veyron diletakkan di dalam kelas supercars dan kereta Grand Tourer. Setakat ini, tiada lagi yang boleh menandingi kelajuan kereta ini.

4. Lamborghini Aventador



Lamborghini Aventador salah satu kereta yang paling mahal yang dimiliki oleh polis Dubai. Ia dianggap sebagai kereta yang paling elegan di dunia dan ia adalah benar. Ia mempunyai kuasa 700 hp dan boleh mencapai kelajuan 350 km/sejam.

5. BMW i8



BM i8 dianggap sebagai kereta perdana BMW i8. Ini kerana kereta ini merupakan kereta sport hibrid plug - in yang mengandungi bateri 7.1 lithium - ion. Tambahan lagi, ia mempunyai motor elektrik 98 kw.

6. Aston Martin One -77



Aston Martin One - 77 adalah kereta sport keluaran Amerika Syarikat yang kali pertama dibuat pada tahun 2009. Ini lah yang membuat Aston Martin ini begitu unik dalam kedua - dua gaya dan keanggunannya. Kereta ini boleh mencapai kelajuan 150 mph di atas bantuan enjin 7.3L V12.

7. McLaren MP4 12C



McLaren MP4 12C mempunyai kelasnya yang tersendiri kerana keretanya yang elegan dan awesome. Apa yang membuat kereta ini begitu pantas adalah V8 3.8L yang boleh menghulurkan kepada kira - kira 616 HP.

8. Audi R8 V10



Audi R8 V10 adalah salah satu kereta yang tergolong dalam kereta mewah. Audi R8 telah dibuat pada 8 Disember tahun 2009. Kereta ini mudah menunjukkan 525 Hp kerana enjinnya yang power.

9. Ferrari FF



Ferrari FF  adalah sebahagian daripada kelas Grand Tourer dan mempunyai susun atur FM4. Kereta ini mampu menghulurkan kepada hampir 651 Hp dengan bantuan V12 6.3 L itu membuatkannya begitu pantas sekali. Sebenarnya, kereta ini mudah didapati temui di Dubai.

10. Mercedes Benz SLS AMG

Mercedes Benz SLS AMG dengan Bentley Continental GT adalah sebahagian kereta dalam kelas Grand Tourer. Kereta ini dipenuhi dengan 583 Hp dan disenarai salah satu kereta termahal milik polis Dubai.

11. Nissan GT - R

Nissan GT - R keluaran Jepun sudah ramai ketahui memiliki kelajuan yang tinggi dan mempunyai kelasnya yang tersendiri. Dengan kuasa enjin berkembar 3.8 L V6 mampu mencapai sehingga 600 Hp. Selain itu, Nissan GT - R adalah keluaran yang paling laris dijual di dunia.

12. Bentley Continental GT



Bentley Continental Gt buatan Britain mempunyai kelas dalam grand Tourer, di mana ia mempunyai kelajuan yang agak laju. Continental Gt ini membuatkan jenama Bentley berubah ke pasaran popular di dunia.

13.  Ford Mustang GT



Ford Mustang walaupun jenama yang tua tetapi fizikal dan kekuatan kereta buatan Amerika ini sangat la mantap dan laju. Kereta ini telah masuj dalam perkhidmatan polis Dubai sudah sekian lama.

Kini dah tahu koleksi kereta mewah milik polis Dubai? Anda boleh bookmark dimana kereta mewah polis Dubai akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Baca juga : 10 Superbike Paling Laju Di Dunia 2017

No comments

Powered by Blogger.