Header Ads

10 Wooden Roller Coasters Yang Terbaik Di Dunia

10 Wooden Roller Coasters Yang Terbaik Di Dunia | Anda berminat menunggang Roller Coaster? Roller coaster adalah sejenis permainan tunggangan yang menggunakan kereta api di atas rel litar ini. Ia merupakan permainan yang sangat menghiburkan dan menyeronokkan bagi setiap orang yang menunggangnya. Tetapi, risiko yang bakal hadapi juga sangat tinggi jika ia berlaku masalah teknikal dan kecuaian individu. Roller coaster terdapat dua jenis iaitu wooden dan steel. Tahukah anda,wooden roller coaster yang terdapat di dunia ini sangat banyak tetapi di sini saya ingin ungkapkan hanya 10 wooden roller coaster yang terbaik di dunia.


10 Wooden Roller Coasters Yang Terbaik Di Dunia


1.El Toro

KingdaEltoro.JPG

El Toro atau dalam bahasa Spanish bermaksud The Bull merupakan wooden roller coaster di Six Flags Great Adventure di Jackson,New Jersey. Rekabentuknya direka oleh Intamin dari Swizerland, dimana ia mula dibuka pada 11 Jun 2006 kepada orang umum. Intamin juga bekerjasama dengan rakannya daripada Rocky Mountain Construction untuk membina litar roller coaster ini. Apabila ia dibuka,tahap kecerunan jatuhan roller coaster ini adalah yang paling cerun di dunia dengan 76 degree sehingga rekodnya telah dipecah oleh T Express pada tahun 2008 dengan 1 degree.Kos pembinaan roller coaster ini dianggarkan mencecah 12 juta dollar Amerika.Secara Keseluruhannya, struktur ini mempunyai ketinggian mencecah 55 meter dan mempunyai kelajuan maksimum iaitu 110 km/h,dimana ia menduduki tempat pertama dari segi kelajuan antara wooden roller coaster di dunia.El toro dianggap sebagai wooden roller coaster yang terbaik di dunia dengan suasana dan kelebihan yang ada padanya.

2.The Voyage




The Voyage merupakan wooden roller coaster di Holiday World & Splashin' Safari di Santa Claus,Indiana,Amerika Syarikat.Ia telah direkabentuk dan dibangunkan pada tahun 2005 oleh The Gravity Group dengan bantuan pereka bentuk seperti Mike Graham,Korey Kiepert,Chad Miller,Larry Bill dan pengusaha taman ini iaitu Presiden Will Koch yang mula dibuka kepada umum pada 6 Mei 2006.Kos pembinaan ini dianggarkan berjumlah 6.5 juta dollar Amerika.Roller coaster ini mempunyai ketinggian mencecah 50 meter dan panjang litar rel ini iaitu 1,942 meter.Pada tahun 2012,Golden Ticket Awards menganalisa The Voyage adalah wooden roller coaster menduduki tempat kedua yang terbaik di dunia.

3.Phoenix




The Phoenix adalah wooden roller coaster yang terletak di Knoebels Amusement Resort di Elysburg, Pennsylvania. Rekabentuk ini telah direka dan dibina oleh Herb Paul Schmerk dan Philadelphia Toboggan Coasters(PTC),dimana roller coaster ini beroperasi dengan nama panggilan "The Rocket"di Playland Park di San Antonio sejak tahun 1947 sehingga taman tema ini ditutup pada tahun 1980.Apabila ia dibuka semula pada 15 Jun 1985 setelah diubahsuai,The Phoenix menunjukkan sebagai roller coaster yang terpanjang di dunia iaitu 980 meter. Dianggarkan ia mempunyai ketinggian mencecah 24 meter dan tercatat kelajuan maksimum iaitu 48 mph.The Phoenix pernah mencatat sejarah apabila ia menduduki tempat kedua yang paling popular di dunia pada tahun 2011 oleh Golden Ticket Awards.

4.Boulder Dash




Boulder Dash adalah wooden roller coaster yang terletak di Lake Compounce di Bristol, Connecticut. Ia pertama kali dibuka pada 21 Mei 2000 kepada orang awam yang dibina oleh Custom Coasters International. Kereta api roller coaster ini dibina oleh Philadelphia Toboggan Coasters. Struktur roller coaster ini mempunyai ketinggian mencecah 15 meter di atas tanah dengan kepanjangan litar ini hampir 1,440 meter.Pada tahun 2013,roller coaster Boulder Dash menduduki tempat pertama sebagai wooden roller coaster yang terbaik di dunia yang dianalisa oleh Golden Ticket Awards.Roller coaster ini dianggap terbaik oleh orang ramai kerana suasananya yang menarik dan menghiburkan.

5.Thunderhead



Thunderhead adalah wooden roller coaster yang terletak di Dollywood di Pigeon Forge,Tennessee.Pereka bentuk roller coaster ini adalah Mike Boodley yang mencipta litar seperti twister.Ia mula dibuka pada 3 April 2004 dengan anggaran kos pembinaan mencecah 8.74 juta dollar Amerika pada tahun 2014.Kelajuan maksimum kereta api roller coaster ini dianggarkan 89 km/h.Di samping itu,ketinggian struktur roller coaster ini mencecah 3o meter dan kepanjangan litar ini sekitar 980 meter.Keputusannya yang terbaik sebagai wooden roller coaster yang terbaik di dunia berjaya pada tahun 2005 dan 2006 dengan menduduki tempat pertama oleh Golden Ticket Awards.

6.The Beast



The Beast merupakan wooden roller coaster yang terletak di Kings Island di Mason,Ohio,Amerika Syarikat.Roller coaster ini dianggap sudah lama kerana pertama kali dibuka kepada kyalayak ramai pada 14 April 1979 yang direkabentuk oleh Al Collins,Jeff Gramke dan John C.Allen.Ia masih dianggap sebagai litar wooden roller coaster yang paling terpanjang di dunia iaitu 2,243 meter. Anggaran kos pembinaan roller coaster ini mencecah jumlah 4 juta dollar Amerika. Selepas lebih 30 tahun,ia masih tetap menjadi salah satu tarikan di Kings Island.Ketinggian struktur roller coaster ini mencapai 34 meter dengan kelajuan maksimum mencapai 65 mph.

7.Ravine Flyer II



Ravine Flyer II adalah hybrid wooden roller coaster yang terletak di Waldameer Park di Erie,Pennsylvania,Amerika Syarikat.Ia mula dibuka pada 17 Mei 2008 kepada orang awam dengan kos pembinaan mencapai 6 juta dollar Amerika.Ketinggian strukturnya mencecah 26 meter dengan kepanjangan litar mencapai 880 meter. Ravine Flyer II pernah mendapat sebagai "Best New Ride" pada tahun 2008 oleh Amusement Today Magazine.Ia telah dibangunkan dan direka oleh The Gravity Group.

8.The Raven



The Raven adalah wooden roller coaster di Holiday World & Splashin' Safari's Halloween di Santa Claus,Indiana,Amerika Syarikat.Ia tekah direka dan dibina sekitar awal tahun 1994 oleh Custom Coasters International dengan bantuan pereka bentuk ini iaitu Dennis McNulty dan Larry Bill.Ia mula dibuka pada orang awam pada 6 Mei 1995 dengan anggaran kos pembinaan mencecah 2 juta dollar Amerika. Nama roller coaster ini iaitu The Raven diambil daripada sajak "The Raven " yang dicipta oleh Edgar Allan. Bermula daripada tahun 2000 sehingga 2003,The Raven dicalon sebagai "Best Wooden Roller Coaster" di dunia pada Golden Ticket Awards.Panjang litar ini mencapai 850 meter dengan ketinggian strukturnya mencecah 24 meter. Kemalangan juga pernah berlaku pada 31 Mei 2003,iaitu Tamar Fellner yang berusia 32 tahun dari New York City,NW mati selepas terpelanting keluar daripada The Raven roller coaster.

9.Shivering Timbers



Shivering Timbers adalah wooden roller coaster yang terletak di Michigan's Adventure di Muskegon County,Michigan.Ia mula dibangunkan dan dibina oleh Custom Coasters International.Pembukaannya bermula pada 23 Mei 1998,Shivering Timbers merangkul sebagai taman yang berjaya selama tiga puluh tahun. Pembinaan ia bermula pada tahun 1997 dengan anggaran kos pembinaan mencapai 4.5 juta dollar Amerika. Dengan kepanjangan litar mencapai 1,641 meter menyebabkan ia tercatat sebagai keenam terpanjang litar bagi wooden roller coaster di dunia.Shivering Timbers masih konsisten sebagai wooden roller coaster terbaik di dunia.

10.Balder



Balder adalah wooden roller coaster di Liseberg amusement park di Gothenburg, Sweden. Ia dibuka pada tahun 2003 dan masih kekal berjaya.Balder mempunyai perbezaan daripada wooden roller coaster yang lama kerana ia dibuat daripada prefabricated. Balder banyak mendapat pujian oleh orang ramai sehingga ia tercalon salah satu roller coaster terbaik di Eropah.Ketinggian struktur roller coaster ini mencecah 36 meter di atas tanah dan mempunyai kepanjangan litar mencapai 1,070 meter.

Semoga perkongsian ini memberi informasi tentang senarai wooden roller coasters terbaik di dunia.

No comments

Powered by Blogger.