Header Ads

10 Kapal Selam Tempur Terbaik Di Dunia Tahun 2017

10 Kapal Selam Tempur Terbaik Di Dunia Tahun 2017Kapal selam adalah kenderaan yang bergerak di bawah air selalunya untuk tujuan ketenteraan.Kapal selam ketenteraan biasanya terbahagi kepada dua jenis iaitu kapal selam pengangkut peluru berpandu balistik dan kapal selam penyerang.Terdapat dua jenis kuasa yang digunakan kapal selam tempur pada masa kini seperti diesel-elektrik dan nuklear.

Menurut kajian yang dianalisa kombinasi kekuatan kapal selam mengikut dari segi halimunannya,persenjataan offensive dan ciri-ciri yang lain. Berikut 10 kapal selam tempur terbaik di dunia pada masa kini:


10 Kapal Selam Tempur Terbaik Di Dunia Tahun 2017


1.Seawolf-Class submarine



Kapal selam Kelas Seawolf adalah sebuah kapal selam penyerang(SSN) berkuasa nuklear yang telah dioperasi oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.Pada asalnya,kapal selam ini dibina bagi menggantikan kapal selam Kelas Los Angeles.Pada suatu ketika,ia telah dicadangkan untuk dibina sebanyak 29 dalam masa 10 tahun,walaubagaimanapun jumlahnya kemudian dikurangkan kepada 12 buah.Berakhirnya Perang Dingin dan kekangan dana menjadikan projek ini dibatalkan pada tahun 1995,membuatkan hanya tiga buah kapal selam Kelas Seawolf yang sempat siap dibina dan masih aktif.Kapal selam Seawolf yang pertama mula masuk perkhidmatan pada tahun 1997.Kini terdapat tiga kapal selam Seawolf yang beroperasi seperti USS Seawolf,USS Connecticut dan USS Jimmy Carter.Sebagai gantinya,kapal selam yang bersaiz lebih kecil iaitu Kelas Virginia dibangunkan.Berbanding dengan kapal selam Kelas Los Angeles,kapal selam Seawolf lebih besar,maju,cepat dan lebih bersifat senyap serta merupakan kapal selam tempur pembunuh yang termahal di dunia.Malah,kapal selam ini mampu membawa lebih senjata dan lebih banyak tiub torpedo dengan jumlah 8 biji keseluruhannya.Kapal selam Seawolf dirancang untuk melihat dan menghancurkan kapal selam peluru berpandu balistik Soviet yang lama seperti Kelas Typhoon dan kapal selam tempur iaitu Kelas Akula.Dengan kemampuan kapal selam Seawolf,ia layak untuk bertempur dengan kapal selam pihak lawan.

CIRI-CIRI:

*PANJANG: 107.6 meter
*LEBAR: 12.9 meter
*KELAJUAN: 30-35 knot ketika menyelam dan 18 knot di permukaan
*JARAK: tiada had
*KREW: 14 pegawai dan 126 lain-lain pangkat
*PERSENJATAAN: 8 x 660 mm tiub torpedo(550 peluru berpandu Tomahawk/Sub Harpoon anti-ship/torpedo Mk-48) dan lebih 100 tempat simpanan untuk torpedo atau peluru berpandu

2.Virginia-Class submarine



Kapal selam Kelas Virginia merupakan sebuah kapal selam penyerang(SSN) berkuasa nuklear yang dioperasi oleh Tentera Laut Amerika Syarikat..Kapal selam Virginia juga direka lebih kecil,lebih murah dan lebih serba guna sebagai alternatif kepada kapal selam penyerang era Perang Dingin iaitu Kelas Seawolf dan ia dirancang untuk menggantikan kapal selam lebih lama iaitu Kelas Los Angeles.Kapal selam Virginia berupaya bertindak sebagai halimunan dengan pelbagai guna misi untuk kelengkapan perkhidmatan deep-ocean berperanan anti kapal selam dan juga beroperasi di dalam air dalam kawasan yang ditetapkan.Keseluruhan perancangan pembinaan kapal selam ini sebanyak 30 buah.Kini,terdapat 10 buah kapal selam Kelas Virginia yang sedang beroperasi dan aktif seperti USS Virginia,USS Texas,USS Hawaii,USS North Carolina,USS New Hamphire,USS New Mexico,USS Missouri,USS California,USS Mississipi dan USS Minnesota.Malah,terdapat empat buah lagi kapal selam ini dalam proses pembinaan dan empat buah lagi dalam perancangan dan perundingan.Kapal Selam Virginia dijangka akan disediakan sehingga tahun 2043, dan dijangka masih beroperasi dalam perkhidmatan menjelang tahun 2060.

CIRI-CIRI:

*PANJANG: 114.91 meter
*LEBAR: 10.36 meter
*KELAJUAN: lebih daripada 25 knot(46 km/h,29 mph) di permukaan dan 32 knot ketika menyelam
*JARAK: tiada had
*KREW: 14 pegawai dan 120 lain-lain pangkat
*PERSENJATAAN: 12 VLS untuk peluru berpandu Tomahawk UGM-109,4 x 533 tiub bow untuk peluru berpandu Mk 48 dan ada tempat simpanan torpedo

3.Astute-Class submarine



Kapal selam Kelas Astute adalah sebuah kapal selam penyelam berkuasa nuklear generasi baru dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Britain.Apabila ia siap,kapal selam ini akan menjadi standard baru bagi Tentera Laut Diraja Britain dari segi muatan persenjataan,penambaikan kemudahan komunikasi dan halimunan.Kapal selam ini sedang dibina oleh BAE Syatems Submarine Solutions di Barrow-in-Furness.Sebanyak 7 buah kapal selam ini dirancang untuk dibangunkan.Rekabentuk kapal selam ini direka untuk menggantikan kapal selam Kelas Swiftsure.Setakat masa kini terdapat hanya dua buah kapal selam ini yang aktif dan beroperasi iaitu HMS Astute dan HMS Ambush.Lima buah kapal selam ini lagi iaitu HMS Artful,HMS Audacious,HMS Anson,HMS Agamemnon dan HMS Ajax yang masih dalam prosos pembinaan.Kapal selam ini dianggap masih baru kerana kapal selam yang pertama mula beroperasi pada tahun 2010.

CIRI-CIRI:

*PANJANG: 97 meter
*LEBAR: 11.3 meter
*KELAJUAN: lebih daripada 30 knot(56 km/h) ketika menyelam
*JARAK: batasan oleh bekalan makanan dan keperluan penyelenggaraan
*KREW: 98 pegawai dan anak kapal(kapasiti sehingga 109)
*PERSENJATAAN: 6 x tiub torpedo 21 inci(533 mm),38 torpedo Spearfish,peluru berpandu serangan-daratan Tomahawk Block IV dan terdapat tempat simpanan peluru berpandu

4.Graney-Class submarine



Kapal selam Kelas Graney atau Projek 885 Yasen merupakan sebuah kapal selam penyerang pelbagai guna berkuasa nuklear baru Rusia.Rekabentuk kapal selam ini adalah berdasarkan kapal selam Kelas Akula dan Kelas Alfa dan dijangka akan menggantikan kapal selam penyerang era Soviet seperti Akula dan kapal selam Kelas Oscar.Kapal selam Graney yang pertama dengan namanya Severodvinsk disediakan untuk pembinaan pada tahun 1993,namun projek ini diberhentikan pada tahun 1996 kerana masalah kewangan.Pada tahun 2003,projek ini menerima tambahan dana kewangan dan kerja disambung semula.Pada tahun 2013,ia diberi kuasa dalam perkhidmatan Tentera Laut Rusia untuk dioperasi.Kapal selam ini lebih besar daripada kapal selam Kelas Akula.Kapal selam yang kedua dengan namanya Kazan ditangguhkan pada tahun 2009 untuk mengukuhkan projek Yasen-M dan dijangka beroperasi pada tahun 2015 dan kapal selam yang ketiga iaitu Novosibirsk ditangguhkan pada tahun 2013 dan dijangka beroperasi tahun 2017.

CIRI-CIRI:

*PANJANG: 120 meter
*LEBAR: 15 meter
*KELAJUAN: 20 knot di permukaan dan 31-35 knot ketika menyelam
*JARAK: tiada had kecuali keperluan bahan makanan
*KREW: 90(32 pegawai)
*PERSENJATAAN: 8 x 650 mm tiub torpedo untuk torpedo dan anti-peluru berpandu kapal selam,peluru berpandu 24 VLS dengan peluru berpandu belayar dan ada tempat penyimpanan torpedo

5.Sierra II-Class submarine



Kapal selam Kelas Sierra II atau Projek 954A merupakan sebuah kapal selam berkuasa nuklear yang mempunyai bentuk hampir sama dengan kapal selam yang sebelumnya iaitu Kelas Sierra I.Kapal selam Sierra II menunjukan menyelam lebih dalam dan penambahbaikan tahap bunyi daripada Sierra I.Sebenarnya,kapal selam Kelas Sierra dibangunkan bagi menentang kapal selam berkuasa nuklear Amerika Syarikat yang beroperasi mencari dan memusnahkan.Kini,hanya terdapat 2 buah kapal selam Sierra II yang aktif dan beroperasi dalam Tentera Laut Rusia iaitu Nizhny Novgorod dan Pskov pada tahun 1992,namun kapal selam yang ketiga dengan namanya Mars belum masuk dalam perkhidmatan lagi kerana ia dibina untuk menambahbaikan Projek 945B dan merupakan rekabentuk kapal selam Sierra III.

CIRI-CIRI:

*PANJANG: 111.0 meter
*LEBAR: 14.2 meter
*KELAJUAN: 10 knot di permukaan dan 32 knot ketika menyelam
*JARAK: tiada had kecuali keperluan bahan makanan
*KREW: 61 orang lelaki
*PERSENJATAAN: 4 x 650 mm dan 4 x 533 mm tiub torpedo,SS-N-15 Starfish atau SS-N-16 Stallion anti peluru berpandu kapal selam,SS-N-21 Samson peluru berpandu belayar dan 42 tempat simpanan torpedo

6.Los Angeles-Class submarine



Kapal selam Kelas Los Angeles atau kadang kala juga dipanggil Kelas-LA atau Kelas-688 adalah sebuah kapal selam serangan pantas berkuasa nuklear(SNN) yang menjadi tulang belakang bagi armada kapal selam Amerika Syarikat dengan sebanyak 62 buah kapal selam ini yang telah siap dibina.Kapal selam ini dianggap sudah lama kerana pertama kali beroperasi pada tahun 1976,tetapi ia tetap hebat bertempur di medan perang pada masa kini disebabkan penambahbaikan dengan teknologi moden.Sehingga akhir tahun 2013,sebanyak 41 buah kapal selam ini yang masih beroperasi dan 21 buah lagi yang telah bersara dalam perkhidmatan.Kapal selam Kelas Los Angeles mempunyai puluhan kapal selam di mana ia menjadi kapal selam yang paling banyak dibina berbanding dengan mana-mana kelas kapal selam berkuasa nuklear lain di dunia.Kapal selam di dalam kelas ini telah dinamakan sempena dengan nama bandar-bandar di Amerika Syarikat.23 buah kapal selam terakhir,dirujuk sebagai 688i adalah lebih senyap berbanding dengan siri-siri terdahulu dan menggabungkan sistem tempur yang lebih maju.Kapal selam 688i ini juga direkabentuk untuk beroperasi si bawah ais.

CIRI-CIRI:

*PANJANG: 110 meter
*LEBAR: 10 meter
*KELAJUAN: 20 knot di permukaan dan 32 knot ketika menyelam
*JARAK: bahan api perlu ditukar selepas 30 tahun
*KREW:133 orang
*PERSENJATAAN: 4 x 533mm tiub torpedo untuk 26 peluru berpandu atau torpedo dan 12x tiub di dalam untuk peluru berpandu Tomahawk

7.Victor III-Class submarine



Kapal selam Kelas Victor III merupakan kapal selam tempur berkuasa nuklear yang asalnya telah digunakan dan dioperasi oleh Soviet Union sekitar tahun 1967.USSR menghasilkan Projek 671 untuk pembinaan kapal selam Victor.Rekabentuk kapal selam Kelas Victor III dicipta dengan Projek 671RTM Shchuka(Pike).Kapal selam Victor III mula dilancarkan pada 1976 dan masuk perkhidmatan pada tahun 1979.Setakat ini kapal selam versi ketiga ini telah menbangunkan 26 buah kapal selam bermula dari tahun 1978 sehingga 1992.Malah,kapal selam ini lebih senyap berbanding kapal yang terdahulu dengan sensor yang lebih efektif.Di samping itu,jumlah keseluruhan kapal selam Kelas Victor termasuk semua jenis dianggarkan mempunyai 49 buah kapal selam yang telah dibangunkan.

CIRI-CIRI:

*PANJANG: 107.2 meter
*LEBAR: 10.8 meter
*KELAJAUN: 18 knot di permukaan dan 30 knot ketika menyelam
*JARAK: -
*KREW: sekitar 100(27 pegawai,34 pegawai waran dan 35 lain-lain pangkat)
*PERSENJATAAN: 2 x 650 mm dan 6 x 533 mm tiub bow(dua 533-mm tiub dengan 406 mm liner),2 x SS-N-15 'Starfish' anti peluru berpandu kapal selam,tambahan dengan 2 x SS-N-21 'Sampson' peluru berpandu belayar atau 2 x SS-N-16 'Stallion' peluru berpandu termasuk dengan 36 tempat simpanan peluru berpandu

8.Trafalgar-Class submarine



Kapal selam Kelas Trafalgar adalah kapal selam penyelam berkuasa nuklear yang dioperasikan oleh Tentera Laut Diraja Britain.HMS Torbay,HMS Trenchant,HMS Talent dan HMS Triumph telah dipasang dengan Sonar 2076,di mana berdasarkan pihak Tentera Laut Diraja merupakan sonar termaju di dalam dunia.Kapal selam daripada kelas ini mampu beroperasi dengan jarak keluasan yang lebar di suatu kawasan dan melancarkan peluru berpandu yang menyasarkandi Afghanistan,Iraq dan Libya.Sebanyak 7 buah kapal selam Trafalgar ini yang telah dibangunkan seperti HMS Talent,HMS Tireless,HMS Torbay,HMS Trenchant,HMS Triumph dan HMS Turbulent.Kapal selam yang pertama kali pertama dilancarkan pada tahun 1981 dan telah beroperasi dalam Tentera Laut Diraja pada tahun 1983.Kapal selam ini mempunyai penambahbaikan lebih baik daripada kapal selam Kelas Swiftsure iaitu mempunyai kelengkapan untuk mengurangkan kebisingan di dalam air.Tugasan pertama kapal selam Trafalgar ini adalah untuk anti kapal selam ketika peperangan dan juga berperanan anti-kapal di permukaan sebagai peranan yang kedua.

9.Soryu-Class submarine

Hakuryu-130412-N-LS794-166.jpg

Kapal selam Kelas Soryu adalah kapal selam tempur berkuasa diesel-elektrik yang masuk perkhidmatan dalam Japan Maritime Self-Defense Force.Rekabentuknya berkembang daripada kapal selam Kelas Oyashio.Kapal selam pertama dengan gelaran Soryu yang bermaksud Blue Dragon mula aktif dan beroperasi pada tahun 2009.Japan Maritime Self-Defense Force(JMSFD) merancang untuk membina 10 buah kapal selam ini.Kini,hanya terdapat 5 buah kapal selam ini yang aktif dan beroperasi antaranya seperti Unryu,Hakuryu,Kenryu,Zuiryu termasuklah Soryu.Tetapi,kapal selam keenam yang sedang dalam proses pembinaan dijangka akan beroperasi pada tahun 2015 dengan gelaran Kokuryu.Rekabentuk kapal selam ini berbentuk hydrodinamik dan terbina dengan anechoic coating.Malah,kapal selam Soryu ini juga lebih besar berbanding dengan kapal selam Kelas Oyashio.

CIRI-CIRI:

*PANJANG: 84.0 meter
*LEBAR: 9.1 meter
*KELAJUAN: 13 knot di permukaan dan 20 knot ketika menyelam
*JARAK: AIP endurance(anggaran):6100 batu nautikal(11297.2 km,7060.75 batu) pada 6.5 knot
*KREW: 65(9 pegawai dan 56 lain-lain pangkat)
*PERSENJATAAN: 6 x 533 mm tiub torpedo untuk torpedo dan peluru berpandu Type 89 dan UGM-84 Sub-Harpoon dilancarkan daripada tiub torpedo

10.Shang-Class submarine



Type 093 atau lebih dikenali sebagai Kelas Shang merupakan kapal selam tempur berkuasa nuklear yang dibangunkan sejak pertengahan 1980-an dalam Tentera Laut China.Ia dibina untuk menggantikan kapal selam yang sudah uzur iaitu Type 091(Kelas Han).Type 093 mempunyai persenjataan dengan pelbagai torpedo dan anti peluru berpandu kapal selam.Kapal selam ini kali pertama dilancarkan pada tahun 2002 dan beroperasi pada tahun 2006.Kapal selam yang kedua dilancarkan pada tahun 2003.Dijangka 6 atau 8 buah kapal selam Kelas Shang akan dibangunkan.Dikatakan Type 093 akan ditambahbaikan yang akan dilancarkan kemungkinan pada tahun 2013 dengan VLS.Kapal selam ini dianggap cukup bagus untuk bertempur dengan kapal selam yang lain.

CIRI-CIRI:

*PANJANG: 110 meter
*LEBAR: 11 meter
*KELAJUAN: 30 knot ketika menyelam
*JARAK: tiada had
*KREW: 100 orang lelaki
*PERSENJATAAN: 6 x 533 mm tiub torpedo dan YJ-82 anti peluru berpandu kapal selam

Terima kasih membaca artikel 10 Kapal Selam Tempur Terbaik Di Dunia Tahun 2017.

No comments

Powered by Blogger.