Header Ads

Konspirasi Pendaratan Manusia Menjejaki Kaki Di Bulan

Benarkah manusia pernah pergi ke bulan?

Atau itu hanya cuma konspirasi?


Betulkah Neil Amstrong dan Pesawat Apollo benar2 menjejakkan kaki di bulan?


Benarkah teknologi zaman dahulu boleh digunakan sehingga menjejaki di bulan?

Jika benar mengapa tiada misi ke bulan lagi di zaman ini yang dilengkapi pelbagai jenis teknologi yang canggih?


Adakah ianya merupakan satu pembohongan(hoax) dari NASA sendiri?





Kontroversi Apollo 11,20 Julai 1969

Ramai di antara kita yang pernah mendengar dan tahu tentang kapal angkasa Apollo 11 yang dikatakan membawa angkasawan Neil Amstrong, Buzz Aldrin dan Michael Collins ke bulan. Dikatakan kapal ini mendarat buat pertama kali di bulan pada 20 Julai 1969 sekaligus mencatat sejarah dunia. Nama Neil Amstrong menjadi sebutan apabila diisytiharkan sebagai manusia pertama di dunia yang menjejakkan kaki di bulan. 


Namun selepas beberapa dekad, khabarnya pendaratan manusia ke bulan telah menjadi isu yang hangat diperkatakan kerana terlalu banyak keraguan dan pelik. Menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Neil Amstrong dan dua rakannya, Edwin Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi.

Menurut Penganut Penafian(HB), Amstrong sebenarnya menjejakkan kakinya di Area 51 sebuah pangkalan tentera di Nevada yang dirahsiakan daripada orang ramai oleh kerajaan AS. Sehingga hari ini, tiada lagi manusia yang mampu melakukannya, walaupun ianya dilihat tidak mustahil untuk diulangi pada zaman sekarang. Kebanyakkan misi angkasa lepas selepas itu hanyalah ke planet-planet lain,tidak ke bulan. Kenapa...?


Neil_Amstrong
Gambar Neil Amstrong


GAMBAR KONTROVERSI:

Ada beberapa argumen yang menguatkan hal itu, yang bererti NASA juga telah melakukan pembohongan terhadap dunia :

1.Foto ini memperlihatkan adanya sumber cahaya tambahan yang menyinari beberapa objek. Jika bahagian depan astronaut itu kelihatan jelas, bagaimana mungkin ada bayangan gelap pekat dibelakangnya.



2.Mengapa bayangan tidak selari:
-Satu-satunya sumber cahaya di bulan adalah matahari,bayang-bayang yang wujud di bulan seharusnya sejajar dan selari.Namun dalam foto ini,kelihatan ada bayangan yang tidak sejajar menunjukkan adanya lebih dari satu sumber pencahayaan seperti di sebuah studio.Seperti beberapa foto yang menunjukkan bayangan batu dan wahana Lunar Lander mengarah ke arah yang berbeza.Ini membuktikan ada banyak sumber cahaya di sana(bulan),suatu yang tidak mungkin berlaku.

Gambar yang menunjukkan bayang-bayang yang tidak selari.

Bayang-bayang yang tidak konsisten membuktikan bahawa terdapat banyak sumber cahaya.Kemungkinan sinaran cahaya dari lampu-lampu spotlight yang dipasng berdekatan.


bayangan_tidak_paralel

3.Kenapa benderanya dapat berkibar:
-Bukti yang sahih menyatakan pendaratan di bulan satu penipuan adalah kerana gambar astronaut yang mengibarkan bendera USA di bulan.Bendera itu kelihatan berkibar-kibar.Sedangkan fakta menunjukkan bahawa tidak ada angin di bulan.Jelas juga kelihatan bayangan yang tidak selari antara astronaut dan kapal angkasa.Yang menjadi tanda tanya,mengapa bendera tersebut tidak ada bayang-bayang?Atau adakah gambar tersebut hanyalah superimpose?


4.Kenapa tiada bintang di angkasa:
-Pada foto-foto pendaraatn di bulan,tidak terlihat adanya bintang-bintang di langit yang menunjukkan bahawa foto tersebut palsu.Ini kerana para astronaut tidak ke bulan untuk mengambil foto-foto bintang.Kerana itu kamera disetel dengan eksposure yang pendek untuk menghindari gambar-gambar yang over eksposure.

Gambar yang menunjukkan astronaut berdiri di atas bulan dan pemandangan di belakang tidak kelihatan bintang-bintang di langit.

5.Kenapa batu dengan huruf 'C' di atasnya:
-Foto dari misi Apollo 16 menunjukkan sebuah batu dengan huruf 'C' di atasnya yang menyimbolkan tanda properti studio.Pertanyaan ini telah diselidiki dan dijawab oleh sebuah web yang menginvestigasi anomali bulan.Huruf C itu adalah akibat sehelai rambut yang tersangkut di kertas ketika foto ini diproses.Foto sama yang diproses berikutnya tidak menunjukkan huruf itu.Para pemercaya teori konspirasi mengambil foto ini dan menjadikannya senjata untuk menyerang NASA.

Foto Original AS16-107-17445


Foto original AS16-107-17446


Hasil close-up dari generasi berikutnya yang kemudian dicetak dengan nombor 17446.


6.Kenapa tiada kawah:
-Gambar Neil Amstrong yang mula-mula turun ke permukaan bulan diambil dari luar Lunar Module.Siapakah yang mengambil gambar itu?Jika dilihat bawah lunar module itu,langsung tiada kesan api roket pada permukaan bulan.Tidak ada kawah pendaratan dibakar ke dalam tanah di bulan.Padahal tenaga sebesar itu akan cukup membuat sebuah lubang,seperti helikopter mendarat di padang pasir.Ketika gambar diambil,keadaan bulan adalah vakum dan sepatutnya baju ruang angkasa akan meletup.Tetapi ianya tidak berlaku,sungguh menghairankan.Manakala cahaya matahari kononnya terang macam lampu spotlight hanya di kawasan kapal angkasa tetapi latar belakang gelap gelita.Juga langsung tidak kelihatan bintang-bintang di angkasa.

Apollo 16 Lunar Module ketika di bulan

Neil Amstrong turun dari Lunar Module

Pandangan sekitar lunar module

7.Kenapa ada cahaya yang memantul di helmet depan para astronaut:
-Pada gambar,nampak ada cahaya yang memantul di helmet depan para astronaut.Cahaya yang kuat dan dekat.Ini suatu yang tidak mungkin ada sumber cahaya lain di bulan melainkan terdapat lampu yang dipasang.Mustahil cahaya dari matahari muncul dari pelbagai arah di bulan.

Biasan atau pantulan yang dapat dilihat pada helmet astronaut


Di sisi kiri bahagian atas kelihatan cahaya seperti dari lampu 'single spotlight' yang biasanya digunakan dalam mini studio.Juga sinaran cahaya lampu yang jelas kelihatan pada helmet astronaut(gambar bawah).Adakah ini yang dikatakan cahaya matahari?


Gambar matahari yang diambil juga mencetuskan tanda tanya.Mengapa ianya diambil berhampiran dengan Lunar Module,sepatutnya lebih menyakinkan jika diambil dari tempat lapang juga jika diperhatikan secara teliti,kelihatan terdapat tanda seperti salib dalam bulatan cahaya tersebut.Persilangan dalam bayangan,ini adalah komposisi imej fotografi yang buruk.

Sinar cahaya matahari kononnya

Gambar dekat menunjukkan tanda salib

Cahaya dari lampu Lunar Module

8.Kenapa ada jejak kaki Edwin Aldrin di bulan :
-Edwin Aldrin meninggalkan jejak kaki yang begitu sempurna seakan-akan permukaan bulan memiliki debu tanah yang bercampur air.Apabila permukaan bulan kering,bagaimana mungkin jejak itu terbentuk begitu sempurna,apalagi gravitasi bulan hanya 1/6 bumi.Bahkan manusia seberat 200 kg pun tidak akan dapat meninggalkan jejak seperti itu.

Gambar jejak kaki Edwin Aldrin

9.Kerana batu rahsia terbongkar
-Batu tersebut yang dikatakan diambil dari bulan dianalisis oleh Professor John L.Parker iaitu pakar geologi di Universiti Maine bersama seorang saintis bernama Nelly Wason.Beberapa tahun kemudian,Parker meninggal dunia dan Nelly yang masih tidak berpuas hati meneruskan kajiannya.
Akhirnya beliau mendapati batu bulan tersebut mempunyai komposisi yang sama seperti batu yang terdapat di Gurun Acatama,utara Chile. 

Dalam laporannya, Nelly menyatakan Parker bersengkongkol dengan NASA untuk menyembunyikan kebenaran. Sebenarnya Parker sudah pun mengetahui tentang batu bulan tersebut tetapi merahsiakannya. Rumusannya, batu ulan tersebut diambil dari Gurun Acatama dan gambar-gambar Amstrong di bulan adalah juga palsu. Ianya ibarat seperti satu pengambaran filem sains fiksyen yang direka dan diedit menampakkan suasana sebenar.

Senang ceritanya,apa-apa yang boleh dibuat oleh Amerika Syarikat hanyalah untuk membuatkan negara mereka dikagumi seluruh dunia walaupun mereka menggunakan tipu muslihat ataupun hoax.

No comments

Powered by Blogger.