Header Ads

10 Gunung Tertinggi Di Dunia

10 Gunung Tertinggi Di Dunia | Anda tahu gunung tertinggi di dunia? Mungkin anda tahu Gunung Everest sebagai gunung tertinggi di dunia. Tapi, sebenarnya terdapat beberapa gunung yang lain turut berada dalam senarai gunung tinggi dunia.

10 Gunung Tertinggi Di Dunia


1.Gunung Everest,Himalaya

Mount Everest - highest mountain in the world
Gunung Everest yang juga dikenali sebagai Sagarmatha dalam bahasa Nepal merupakan gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian iaitu 8,848 meter dari aras laut.Rabung kemuncak gunung ini menandakan terletak sempadan antara Nepal dan Tibet,puncaknya berada di Tibet,China.Gunung ini mendapat nama bahasa inggrisnya dari nama Sir George Everest.

2.K2,Baltoro Karakoram

K2 Mountain. Second highest in the world
K2 juga dikenali sebagai Gunung Godwin-Austen yang merupakan gunung kedua tertinggi di dunia yang terletak di bahagian Karakoram dari Himalaya antara Pakistan dan China.Ketinggian gunung ini mencapai 8,611 meter.K2 juga dikenali Savage Mountain kerana pendakian yang sangat ekstrem untuk didaki.

3.Kangchenjunga,Himalaya

10 Highest Mountains In The World: Kanchenjunga Mountain
Kangchenjunga ialah gunung ketiga tertinggi di dunia selepas Gunung Everest dan K2 dengan ketinggian 8,586 meter.Gunung ini merupakan gunung ke-2 tertinggi di Nepal.Kangchenjunga beerti "Lima Harta Karun Salji",kerana ia terdiri dari 5 puncak.Kangchenjunga terletak di antara sempadan Nepal dengan negeri India iaitu Sikkim.

4.Lhotse,Himalaya

10 Highest Mountains In The World: Lhotse
Lhotse ialah gunung keempat tertinggi di dunia dengan ketinggian mencapai 8,516 meter yang terletak sempadan di antara Tibet dan bahagian Khumbu,Nepal.Lhotse beerti "South Peak" dalam bahasa Tibet.

5.Makalu,Himalaya

10 Highest Mountains In The World: Makalu
Makalu ialah gunung yang kelima tertinggi di dunia dengan ketinggian mencapai 8,463 meter(27,776 kaki).Gunung ini terletak di Mahalangur Himalaya bersempadan antara Nepal dan China.Puncak gunung Makalu ini mempunyai empat sisi iaitu piramid.

6.Cho Oyu,Himalaya

10 Highest Mountains In The World: Cho Oyu
Cho Oyu ialah gunung keenam tertinggidi dunia dengak ketinggian iaitu 8,201 meter dari aras laut.Cho Oyu bermaksud "Turquoise Goddess" dalam bahasa Tibet.Gunung Cho Oyu terletak di Himalaya,20 km di barat Gunung Everest,sempadan di antara Nepal dan Tibet.

7.Dhaulagiri,Himalaya

10 Highest Mountains In The World: Dhaulagiri, view from Ramrekha
Dhaulagiri merupakan gunung ketujuh tertinggi di dunia yang terletak di Nepal.Dhaulagiri berasal daripada perkataan dalam bahasa Nepal.Ia berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu "dhawala" bermaksud dazzling,white,beautiful dan "giri" bermaksud mountain.Ketinggian gunung ini mencapai 8,167 meter dari aras laut.

8.Manaslu,Himalaya

10 Highest Mountains In The World: Manaslu, Himalya, at sunrise
Manaslu atau juga disebut sebagai Kutang dalam bahasa Nepal adalah gunung yang kelapan tertinggi di dunia yang terletak di Mansiri Himal,bahagian daripada pegunungan Himalaya,Nepal.Manaslu bermaksud "Mountain of The Spirit".Manaslu pertama kali didaki oleh Toshio Imanishi dan Gyalzen Norbu yang merupakan anggota ekspedisi Jepun pada 9 Mei 1956.Gunung ini mempunyai ketinggian iaitu 8,156 meter daripada aras laut merupakan puncak tertinggi di daerah Lamjung.

9.Nanga Parbat,Himalaya

10 Highest Mountains In The World: Nanga Parbat, Himalaya
Nanga Parbat merupakan gunung kesembilan tertinggi di dunia.Ia terletak di bahagian Gilgit-Baltistan,Pakistan dan dikenali sebagai "Deo Mir".Gunung ini mencapai ketinggian iaitu 8,126 meter(26,660 kaki).Orang pertama yang mendaki di gunung ini ialah Herrman Buhl pada 3 Julai 1953.

10.Annapurna,Himalaya 

10 Highest Mountains In The World: Annapurna I, Himalaya
Annapurna merupakan gunung yang ke-10 tertinggi di dunia yang terletak di bahagian tengah Nepal.Annapurna dalam bahasa Sanskrit beerti "full of food" dengan ketinggian mencecah 8,091 meter.Puncak gunung Annapurna sangat berbahaya untuk didaki oleh para pendaki kerana risiko kemalangan sangat tinggi berbanding gunung yang lain.

No comments

Powered by Blogger.