Header Ads

10 Negara Dengan Penduduk Terbanyak Di Dunia Masa Kini

Negara-negara yang mempunyai populasi yang ramai di dunia ini bergantung juga dengan keluasan tanah negara tersebut.Walaupun negara Rusia memiliki keluasan tanah yang terbesar di dunia,tetapi negara itu bukan negara yang mempunyai penduduk yang terbanyak di dunia.Sebaliknya,negara komunis ini iaitu China mempunyai jumlah penduduk yang terbanyak di dunia ini.Antara 10 negara dengan penduduk terbanyak di dunia pada masa kini:



1)CHINA-Asia


China merupakan negara yang mempunyai penduduk yang terbanyak di dunia dan juga di benua Asia dengan anggaran sebanyak 1,343,239,923 penduduk.

2)INDIA-Asia


India adalah negara yang kedua mempunyai populasi yang terbanyak di dunia dibelakang negara Tanah Besar China dengan anggaran penduduk sebanyak 1,205,073,612.

3)AMERIKA SERIKAT(USA)-Amerika


Di tangga ketiga,Amerika Serikat juga mempunyai jumlah penduduk yang ramai dengan anggaran sebanyak 313,847,465 penduduk di negara Uncle Sam itu.

4)INDONESIA-Asia


Negara Indonesia merupakan sebuah negara dari benua Asia Tenggara juga mempunyai populasi penduduk yang keempat terbanyak di dunia dengan anggaran sebanyak 237,641,326 penduduk.

5)BRAZIL-Amerika


Brazil juga merupakan salah satu negara yang mempunyai jumlah penduduk yang begitu ramai dengan anggaran sebanyak 205,716,890.

6)PAKISTAN-Asia


Negara Pakistan yang bersebelahan  dengan negara India juga mempunyai jumlah penduduk dengan anggaran sebanyak 190,291,129 nyawa.

7)NIGERIA-Afrika


Nigeria merupakan negara yang mempunyai jumlah penduduk terbanyak di benua Afrika dan ketujuh di dunia dengan anggaran sebanyak 170,123,740 penduduk.

8)BANGLADESH-Asia


Negara Bangladesh juga merupakan negara yang mempunyai kepadatan penduduk sehingga sumber keperluan tidak dapat menampung jumlah penduduk negara tersebut dengan anggaran jumlah penduduk negara itu adalah 161,083,804.

9)RUSIA-Eropah


Rusia merupakan negara dari benua Eropah yang mempunyai jumlah penduduk terbanyak di Eropah dan kesembilan di dunia dengan anggaran jumlah penduduk seramai 138,082,178.

10)JEPUN-Asia


Jepun merupakan sebuah negara yang terletak di benua Asia antara salah satu mempunyai jumlah penduduk yang ramai dengan anggaran sebanyak 127,756,412.







No comments

Powered by Blogger.