Header Ads

10 Filem Mencatatkan Kutipan Tertinggi Di Dunia

Pelbagai filem dari negara Amerika Syarikat atau lebih dikeali sebagai Hollywood mempunyai jalan cerita yang menarik terutamanya filem dalam genre sains fiksyen dan aksi.Filem mereka mesti mendapat pulangan yang berbaloi dan dapat melebihi bajet filem tersebut.Berikut merupakan filem-filem yang mencapai Box-Office dan mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman dunia.Filem yang paling mendapat tumpuan dan kutipan yang paling tinggi di dunia adalah filem Avatar mengatasi filem epik romantik iaitu Titanic 1997 dimana kedua-dua filem ini diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu James Cameroon.

1.Avatar(2009)-$2,782,275,172



Avatar(2009) adalah sebuah filem epik sains fiksyen yang ditulis dan diarah oleh James Cameroon yang dibintangi oleh Sam Worthington,Zoe Saldana,Stephan Lang,Sigourner Weaver dan Michelle Rodriguez.Filem ini berlatarkan tahun 2154,apabila manusia terlibat dalam usaha perlombongan rizab galian berharga unobtanium di bulan Pandora dalam sistem bintang Alpha Centauri.Perluasan koloni manusia di situ mengancam kemandirian kaum peribumi Na'vi di Pandora dan juga seluruh ekosistem bumi.Judul filem ini menyentuh tindakan sesetengah manusia memakai jasad Na'vi rekaan genetik untuk berinteraksi dengan kaum peribumi Pandora.

2.Titanic(1997)-$2,186,772,302



Titanic ialah sebuah filem epik romantik yang ditulis dan diarahkan oleh James Cameroon.Filem ini dibintangi oleh Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet yang menceritakan mereka mempunyai perbezaan sosial kelas.Filem ini merupakan sebuah filem pemenang Anugerah Akademi 1997 yang dikeluarkan oleh 20th Century Fox dan Paramount Pictures.Filem ini menceritakan nasib malang yang menimpa RMS Titanic ketika pelayaran sulungnya pada 1912.

3.The Avengers(2012)-$1,518,594,910



Marvel's The Avengers atau hanya The Avengers adalah filem Amerika superhero yang diproduksi oleh Marvel Studios dan didistribusikan oleh Walt Disney Studio Motion Pictures yang mengadaptasi pada komik Marvel dengan pasukan superhero yang sama.Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Joss Whedon dan beberapa pelakon yang membintangi filem ini iaitu Robert Downey,Jr.,Chris Evans,Mark Ruffalo dan lain-lain lagi.

4.Harry Potter and the Deathly Hallows-Part 2(2011)-$1,341,511,219



Harry Potter and the Deathly Hallows-Part 2 adalah filem fantasi yang diarahkan oleh David Yates dan distrikbusi oleh Warner Bros.Pictures.Filem ini diadaptasi dari novel karangan J.K. Rowling.Filem ini dibintangi oleh Daniel Radcliffe sebagai Harry Potter,Rupert Grint dan Emma Watson sebagai kawan karib Harry,Ron Weasley dan banyak lagi.

5.Transformers:Dark of the Moon(2011)-$1,123,794,079



Transformers:Dark of the Moon juga dikenali sebagai Transformers 3 ialah sebuah filem cereka sains-aksi 2011 Amerika.Ia merupakan filem ketiga aksi langsung siri filem Transformers,arahan Michael Bay dan terbitan Steven Spielberg.Shia LaBeouf,Josh Duhamel,Tyrese Gibson dan John Turturro memainkan semula watak bintangan mereka,bersama kepulangan Peter Cullen sebagai suara Optimus Prime dan Hugo Weaving sebagai suara Megatron.Model Inggeris Rosie Huntington-Whiteley menggantikan Megan Fox sebagai karakter watak utama.

6.The Lords of the Rings:The Return of the King(2003)-$1,119,929,521



The Lord of the Rings:The Return of the King ialah filem drama fantasi epik tahun 2003 yang diarahkan oleh Peter Jackson berdasarkan jilid 2 dan 3 The Lord of the Rings oleh J.R.R Tolkien.Filem ini dibintangi oleh Elijah Wood sebagai Frodo Baggins,Sean Astin sebagai Samwise Gamgee,Viggo Mortensen sebagai Aragorn dan ramai lagi yang membintangi filem ini.

7.Pirates of the Caribbean:Dead Man's Chest(2006)-$1,066,179,725



Pirates of the Caribbean:Dead Man's Chest  ialah filem pengembaraan fantasi tahun 2006 susulan kepada filem Pirates of the Caribbean:The Curse of the Black Pearl pada tahun 2003.Filem ini diarahkan oleh Gore Verbinski dan ditulis oleh Ted Elliott dan Terry Rossio.Filem ini dibintangi oleh Johnny Depp sebagai Kapten Jack Sparrow,Orlando Bloom sebagai Will Turner dan Elizabeth Swann sebagai Keira Knighley.

8.Toy Story 3(2010)-$1,063,171,911



Toy Story 3 adalah sebuah filem animasi komedi komputer 3D Amerika Syarikat pada tahun 2010.Filem ini dihasilkan oleh Pixar Animation Studios dan dikeluarkan oleh Walt Disney Pictures.Filem ini diarahkan oleh Lee Unkrich.Filem ini dibintangi oleh Tom Hanks sebagai Woody,Tim Allen sebagai Buzz Lightyear,Joan Cusack sebagai Lots-O'-Huggin'Bear dan ramai lagi.

9.Pirates of the Caribbean:On Stranger Tides(2011)-$1,045,713,802



Pirates of the Carribean:On Stranger Tides adalah sebuah filem pengembaraan fantasi tahun 2011 dan filem ini merupakan siri keempat dalam filem ini.Dalam filem tersebut,Kapten Jack Sparrow(Johnny Depp) bergabung dengan Angelica(Penelope Cruz) untuk mencari Fountain of Youth,menghadapi bajak laut Blackbeard(Ian McShane).Plot cerita filem ini sangat menarik dan menghiburkan kepada penonton.

10.Star Wars Episode I:The Phantom Menace(1999)-$1,027,044,677



Star Wars Episode I:The Phantom Menace adalah sebuah filem opera angkasa lepas 1999 yang ditulis dan diarahkan oleh George Lucas.Ia merupakan filem keempat dikeluarkan dalam saga Star Wars tetapi pertama mengikut kronologi dalaman.Filem ini mengikuti Jedi Master Qui-Gon Jinn dan muridnya,Obi Wan Kenobi yang mengawal dan melindungi Queen Amidala dalam perjalanan dari planet Naboo ke planet Coruscant dengan harapan menemukan pedamaian akhir besar-besaran antara planet perdagangan pertikaian.

No comments

Powered by Blogger.