Header Ads

Fungsi Lubang-Lubang Kecil Pada Biskut

Fungsi Lubang-Lubang Kecil Pada Biskut|Pernah tak anda terfikir kenapa kebanyakan biskut yang berada di pasaran tak kiralah supermarket atau kedai runcit mempunyai beberapa lubang di atasnya?Mungkin kita tidak tahu dan tak terfikir apa sebabnya biskut itu mempunyai lubang, tetapi di sini saya ingin kongsikan kepada anda apakah fungsi lubang-lubang kecil pada biskut tersebut.

Ya... kebanyakan daripada kita hanya pandai makan biskut je tanpa mengetahui sebab dan kenapa biskut itu mempunyai lubang-lubang kecil pada permukaannya. Biasalah nama pun makanan nak buat kaji pasal lubang-lubang yang terdapat pada permukaan biskut itu. Sebenarnya, lubang-lubang kecil pada biskut itu bukan untuk hiasan atau suka-suka tetapi ada fungsinya.

Biskut-biskut ini dibuat lubang adalah kerana untuk memastikan biskut-biskut ini masak secara rata. Benar tidak? Biskut akan mengeluarkan wap atau haba. Tanpa lubang-lubang ini, biskut ini akan menggelembung dan menjadikan biskut itu kelihatan buruk dan tidak elok. Lebih mudah kita fahami biskut itu tidak masak sempurna.

Fungsi Lubang-Lubang Kecil Pada Biskut
Biskut 


Selain itu juga dengan lubang-lubang ini, biskut akan lebih rangup. Kalau lubang-lubang biskut ini dibuat terlalu dekat ianya akan menyebabkan biskut akan menjadi sangat keras dan kering kerana terlalu banyak wap yang keluar dan kalau terlalu jauh sangat, gelembung yang hodoh akan ada pada permukaan biskut. Oleh itu, setakat itu sahaja perkongsian ilmu yang saya miliki untuk pengetahuan semua.

Terima kasih sudi membaca artikel Fungsi Lubang-Lubang Kecil Pada Biskut. Sampaikan pengetahuan ini kepada yang belum tahu akan tentang info ini.

No comments

Powered by Blogger.