Header Ads

Kelebihan Pelaburan Emas di Public Gold

Kelebihan Pelaburan Emas di Public Gold. Anda seorang pelabur atau penyimpan emas? Sekarang nak beli emas sangat mudah, layari laman web yang sahih dan buat pembelian secara dalam talian (online). Tapi sebelum membuat pembelian emas kita kena pastikan organisasi atau syarikat yang membuka pelaburan emas ini benar-benar sahih dan tidak fake.

..

Kelebihan Pelaburan Emas di Public Gold
Gambar : Hiasan

Perkara ini juga bermain di benak fikiran saya. Syarikat mana yang menepati syarat dan kehendak saya? Benar kah simpanan emas ini boleh dijadikan pelaburan masa depan?

Itulah yang saya fikirkan panjang.. Saya mula selidik dulu artikel-artikel yang menceritakan tentang pelaburan emas. Dari situ ada yang kongsikan pelaburan emas dari public gold, maybank, ar rahnu dan sebagainya.
..

Saya mula terfikir tak silap saya salah seorang rakan FB adalah seorang dealer emas. Saya mula research namanya iaitu Azrin Ros. Masih ingat namanya haha! Dari situ saya mula bertanyakan beberapa soalan kepada dealer itu untuk dapatkan maklumat lebih tepat. Sebenarnya tuan Azrin Ros seorang dealer Public Gold. Tambahan lagi, beliau juga seorang blogger yang mempunyai web tentang pelaburan emas.

Kenapa Saya Pilih Public Gold? 


Selepas berbual panjang, saya tak buang masa lagi dengan membuat pendaftaran akaun Public Gold. Dari situ saya mula menyimpan emas sebagai pelaburan masa depan.

Kelebihan Pelaburan Emas di Public Gold
Bukti Pendaftaran di Public Gold 
..

Kenapa saya tertarik untuk membuat penyimpanan jongkong emas dari Public Gold?

Patuh Syariah Islam

Untuk pengetahuan, Public Gold merupakan syarikat yang dibina oleh seorang bangsa Cina tapi syarikatnya telah mendapat pengiktirafan sijil patuh syariah di Malaysia. Secara tak langsung ia menambah keyakinan saya untuk melaburkan emas di situ.

Emas Berkualiti Antarabangsa

Selain mendapat pengiktirafan sijil patuh syariah, emas dari Public Gold dikilangkan oleh Nadir Metal Refinery juga mendapat pengiktirafan pengilang berstatus LMBA Good Delivery. Untuk mudah fahamkan, emas Public Gold laku dijual di mana-mana sahaja sama ada di Malaysia mahupun di luar negara.

Cawangan Public Gold

Lebih meyakinkan syarikat Public Gold memiliki 18 cawangan di seluruh Malaysia dan satu cawangan di Singapore. Sekiranya emas yang dibeli mengalami kerosakan atau ada pertanyaan boleh terus direct ke cawangan yang berdekatan. Bagi saya sangat mudah dan bila-bila saja boleh pergi.

Nak tahu cawangan Public Gold boleh rujuk DISINI.

Masa Jual Beli Emas

Selain itu, sistem jual beli emas Public Gold dijalankan 24 jam. Maknanya anda boleh membuat pembelian emas bila-bila masa saja secara dalam talian. Secara tak langsung menjimatkan masa nak berurusan di cawangan Public Gold.

Simpanan Emas GAP

Yang paling menarik yang ada di Public Gold adalah anda boleh menyimpan emas secara sistem GAP. Apa yang saya faham Gold Accumulation Program atau ringkasnya GAP adalah satu kaedah pembelian emas secara dalam talian dimana kita boleh beli emas serendah RM100 atau 1 gram dan boleh simpan emas di Public Gold secara percuma.

Kelebihan Pelaburan Emas di Public Gold
Harga Public Gold di GAP 

Mudah cerita, pihak Public Gold simpan emas anda dalam sistem yang ditetapkan dalam GAP. Bagi yang takut simpan jongkong emas di rumah, anda boleh guna kaedah ini. Yang saya suka, anda boleh jual semula emas secara terus dari sistem GAP atau boleh ambil emas fizikal pada bila-bila masa di cawangan Public Gold.

Itu saja perkongsian saya tentang pelaburan emas Public Gold. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada pembaca. Nasihat saya jom kita mula simpan emas dari sekarang, nescaya tak rugi masa akan datang.

1 comment:

Powered by Blogger.