Header Ads

Lirik Lagu Hikayat Benladin Nyanyian Ben Ladin

Lirik Lagu Hikayat Benladin Nyanyian Ben Ladin. Korang dah dengar lagu terbaru daripada komposer/ penulis lirik dan rapper terkenal, Malique bersama dengan Dedeq? Lagu yang diberikan adalah Hikayat Benladin yang dinyanyikan oleh Benladin. Pastinya anda kenali anak muda ini iaitu Benladin adalah seorang pelakon kanak-kanak dan juga seorang penyanyi masa kini. Sejak lagu Hikayat Benladin dimuat naik ke YouTube pada 19 Julai lalu, lagu ini mendapat pujian kerana puitis lirik lagunya dan mempunyai makna mendalam.

Lirik Lagu Hikayat Benladin Nyanyian Ben Ladin

Mungkin di antara anda tahu, rata-rata lagu karya daripada Malique mempunyai maksud tersirat yang perlu difahamkan. Kini lagu Hikayat Malique makin mendapat perhatian dimana lagu ini merupakan lagu balas kepada Mambang nyanyian Altimet iaitu salah seorang rapper di Malaysia. Cuba korang teliti setiap bait-bait rangkap lagu Hikayat Benladin yang mempunyai sindiran dan juga nasihat secara umum. Difahamkan Malique hanya menghantar sorang budak untuk serangan balas lagu Mambang yang sebelum ini menyindir dengan puitis 'kau acah deep tulis lagu untuk budak deep'!

Lirik Lagu Hikayat Benladin Nyanyian Ben Ladin


Berikut adalah lirik lagu Hikayat Benladin yang dinyanyikan oleh Benladin :

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat ingsun matakaji semar ngiseng
Akulah Ben Ladin...
Hikayat Ben Ladin...

Okey okey...
Suara dah bergema, suara sakti hamba
Dalam gelombang membawa aura ke udara
Separa manusia separa luar biasa
Gurau senda dengan kata-kata sang pujangga

Kalau main api janganlah tambah gasolin
Mesti hati-hati janganlah seperti lilin
Jika mahu terang biar terang dengan betul
Jangan jadi arang jadi arang buat kotor

Kerna atas muka ada selendang suci
Maka hias ia biar terpampang seri
Akulah ilustrasi definisi gergasi
Terhasil dari experimentasi radiasi bunyi

Buka mata minda luas seperti lautan
Usah fikir bukan-bukan kata bukan-bukan
Nenek tua si bongkok tiga
Cubalah nenek cari cucu dimana ada

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat ingsun matakaji semar ngiseng
Akulah Ben Ladin...
Hikayat Ben Ladin...

Masuk tempat orang jadi kucing bukan singa
Jangan cuba jadi cacing nak jadi garuda
Jika mulut murai tukar paruh jadi tiong
Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiong

Setakat dua tangan janganlah nak berangan
Si tikus datang bekal dua belas beruk baran
Telan lauk enak lepas makan pandai simpan
Pandai-pandai lah tanggung binasa perbuatan

Pecut laju-laju sampai dia terpelanting
Bukan perkara bijak lari-lari bawa gunting
Diajak berteman rupanya musang berjanggut
Pura-pura sejuk masuk berkongsi selimut

Baik berpada-pada jahat jangan sekali
Hidup punya hukum karma kau harus mengerti
Salam perkenalan dengan ritma dan puisi
Nama patik Ben Ladin mengundurkan diri

Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat ingsun matakaji semar ngiseng
Akulah Ben Ladin
Hikayat Ben Ladin

Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata

Oooh Oooh Ooh
Oooh

Bagi anda yang belum lagi dengar lagu Mambang dan Hikayat Benladin, jom layan lirik video di YouTube ..

Video Klip Lagu Mambang dan Hikayat Benladin 




1 comment:

  1. Baru tahu mcm ni liriknya rupanya..

    https://www.tipsummi.com/tips/set-penjagaan-kulit-skincare-bebas-paraben-merkuri-dan-1500-bahan-kimia-berbahaya/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.