Header Ads

Semakan PLKN 2018 : Senarai Nama, Penempatan & Permohonan Pelatih Sukarela Online

Semakan PLKN 2018 : Senarai Nama, Penempatan & Permohonan Pelatih Sukarela Online | Anda berminat nak menjalani Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2018? Jika sebelum ini pelatih PLKN akan menjalani latihan kursus ini dalam tempoh 6 bulan, kini format telah berubah dimana pelatih akan dipilih secara rawak dan hanya 3 bulan sahaja tempoh latihan serta mendapat elaun RM200. Bagi adik-adik lepasan SPM yang nak jalani latihan PLKN ini, anda boleh membuat semakan senarai nama PLKN dan penempatan yang boleh disemak secara online dan SMS pada minggu kedua bulan Disember 2017.

Semakan PLKN 2018 : Senarai Nama, Penempatan & Permohonan Pelatih Sukarela Online

Semakan Penempatan PLKN 2018 Online & SMS


● Aplikasi Semakan Online 👉 KLIKSINI

● Taip : PLKN<jarak>KEM<jarak>[No Kad Pengenalan] dan hantar ke 15888.

Semakan Kem PLKN 2018 Online & SMS


● Aplikasi Semakan Online 👉 KLIKSINI

● Taip : PLKN<jarak>SEMAK<jarak>[No Kad Pengenalan] dan hantar ke 15888.

Permohonan Kemasukan Pelatih Sukarela Online 


Bagi anda yang ingin menjadi pelatih sukarela PLKN, berikut adalah borang permohonan kemasukan pelatih sukarela PLKN siri 15/2018 yang dibuat secara online seperti :

Panduan Permohonan Pelatih Sukarela 

1. Penyertaan pelatih sukarela adalah untuk remaja berumur 18 tahun sehingga 21 tahun sahaja.
2. Pemilihan pelatih sukarela tertakluk kepada dasar JLKN.
3. Penempatan kem dibuat oleh JLKN dan bergantung kepada kekosongan kem.
4. Pelatih sukarela akan menikmati segala kemudahan dalam kem.
5. Kelulusan penyertaan tertakluk kepada keputusan JLKN dan akan dimaklumkan melalui Notis Pemberitahuan Pelatih.
6. Pengangkutan pergi dan balik ke kem bagi pelatih yang terpilih disediakan oleh pihak Jabatan.
7. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Kemasukan Sukarela PLKN yang boleh dimuat turun di Laman Web rasmi www.khidmatnegara.gov.my atau membuat permohonan secara online.
8. Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui kaedah :-
a) Pos ke alamat: Unit Sukarela, Bahagian Pengurusan Pelatih,
Jabatan Latihan Khidmat Negara,
Kementerian Pertahanan Malaysia,
Aras 2, Bangunan Zetro, Jalan 9/27C,
Seksyen 5, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur ; atau
b) Emel di alamat sukarela@khidmatnegara.gov.my ; atau
c) Faks di talian 03-4207 4333 / 4224

● Download borang 👉 KLIKSINI

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk mendapatkan maklumat tentang semakan penempatan dan nama PLKN 2018.

Sumber : http://www.khidmatnegara.gov.my/

No comments

Powered by Blogger.