Header Ads

Contoh Soalan dan Rujukan Peperiksaan Akauntan WA41

Contoh Soalan dan Rujukan Peperiksaan Akauntan WA41 | Adakah anda calon yang dipanggil untuk menduduki peperiksaan online Akauntan Gred WA41 pada 10 November ini? Terima kasih diucapkan kepada calon yang terpilih untuk exam ini! Untuk pengetahuan anda, peperiksaan Akauntan WA41 akan berlangsung pada 10 November 2017 jam 8.00 malam hingga 9.40 malam. Untuk exam kali ini, format peperiksaan Akauntan WA41 telah ditukarkan kepada 2 seksyen soalan iaitu Pengetahuan Am dan Daya Menyelesaikan Masalah sahaja, dimana kali terakhir peperiksaan bertulis Akauntan diadakan adalah pada tahun 2014.

Contoh Soalan dan Rujukan Peperiksaan Akauntan WA41

Kiranya anda di kalangan yang bertuah kerana dipanggil untuk menduduki exam ini. Sejauh mana persiapan anda? Anda sudah tahu kriteria-kriteria soalan dan skop yang perlu dibaca? Sudah tentu di antara anda sedang mencari-cari bahan rujukan dan contoh soalan peperiksaan Akauntan! Jom baca selanjutnya ..

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41


Seksyen A - Pengetahuan Am

Masa : 40 minit
Soalan : 50 soalan beraneka pilihan

Ujian ini mengandungi 50 soalan berbentuk aneka pilihan. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkenaan perkara berkaitan pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, pengurusan teknologi maklumat, politik, sosial, hal ehwal semasa, isu semasa dan keselamatan negara.

1. Bank manakah yang tidak tertakluk kepada Akta Bank dan Institusi Kewangan
Malaysia?
A. Public Bank Berhad
B. Bank Islam Malaysia Berhad
C. Malayan Banking
D. Bank Simpanan Nasional

4. Manakah antara perkara berikut yang tidak diambil kira dalam menghitung susut
nilai aset?
A. Kos Pembaikan                           
B. Harga Kos Belian
C. Nilai Skrap Aset                           
D. Jangka Usia Penggunaan Aset

3. Berapa peratuskah Cukai Jualan yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia?
A. 20%
B. 15%
C. 10%
D. 6%

4. Kitaran prosesan data adalah terdiri daripada
A. Input, Prosesan dan Output
B. Susun, Proses dan Kesimpulan
C. Penerimaan, Simpan dan Papar
D. Banding, Kira dan Output

5. Yang manakah antara berikut bukan keperluan komputer untuk berada 
dalam rangkaian? 
A. Sistem Pengoperasian (Operating System) 
B.. Perkakasan Komputer (Computing Hardware) 
C. Kad Antara Muka Rangkaian (Network Interface Card) 
D. Perisian Aplikasi (Application Software)

6. Apakah badan tertinggi di peringkat kebangsaan yang bertanggungjawab 
terhadap keselamatan negara? 
A. Majlis Tindakan Negara 
B. Majlis Angkatan Tentera 
C. Majlis Keselamatan Negara 
D. Polis Diraja Malaysia

7. Selain daripada Kementerian Kewangan, agensi Kerajaan yang memainkan 
peranan utama dalam pemeriksaan Belanjawan Pembangunan ialah 
A. Kementerian Pembangunan Luar Bandar 
B. Kementerian Pembangunan Usahawan 
C. Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri 
D. Unit Penyelarasan, Jabatan Perdana Menteri

Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah

Masa : 45 minit
Soalan : 40 soalan

Seksyen ini bertujuan menguji kebolehan daya menyelesaikan masalah, kecekapan
memahami permasalahan dan menguji kebolehan calon membezakan antara pertalian dan simbol abstrak. Anda juga akan diuji dengan soalan Matematik, dimana standard soalan seperti SPM sahaja. Seksyen ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Kemahiran Menggunakan Logik, Mengintepretasi Data dan Konsep Matematik.

i . Kemahiran Menggunakan Logik

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Akauntan WA41

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Akauntan WA41

ii . Kemahiran Mengintepretasi Data 

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Akauntan WA41

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Akauntan WA41

iii . Konsep Matematik 

1. Harga sebuah beg ialah RM 95 dan harga sebuah dompet ialah RM 11 kurang daripada harga sebuah beg. Kirakan jumlah harga bagi 22 buah beg dan 33 buah dompet yang sama.
A. RM 2090.    B. RM 4862
C. RM 4983.    D. RM 4762

2. Apakah nombor seterusnya 4, 10, 16, 22, ...
A. 26                 B. 38
C. 44.                D. 28

3. Anis mengambil masa 8 jam 45 minit untuk bergerak dari Mersing ke Ipoh. Dia tiba di Ipoh pada jam 1820. Pada pukul berapakah Anis bertolak dari Mersing?
A. 9.35 AM        B. 9.35 PM
C. 10.25 AM.     D. 10.40 PM

4. 18. 7 tan 29 kg – 3 tan 145 kg=
A. 4 tan 84 kg.   B. 4 tan 884 kg
C. 3 tan 84 kg.   D. 3 tan 884 kg

Sudahkah anda bersedia untuk menduduki Peperiksaan Online Akauntan WA41? Bagi anda yang masih belum bersedia, tercari-cari bahan rujukan dan juga contoh soalan yang lain, anda perlu dapatkan rujukan peperiksaan Akauntan WA41 terlebih dahulu sebagai persediaan! Bagaimana?


Rujukan Peperiksaan Akauntan WA41 2017


> Nota padat berkaitan jawatan Akauntan WA41
> Penerangan format terkini Peperiksaan Akauntan WA41 2017
> 60++ Contoh soalan Seksyen A
> 40++ Contoh soalan Seksyen B
> Latih tubi Akauntan terkini

Ebook Rujukan Akauntan WA41 2017

NAK DAPATKAN RUJUKAN AKAUNTAN INI?

KLIK LINK INI 👉 http://infotambahan.com/akauntan/37705

* Anda boleh membuat tempahan mulai 6 November 2017 (Isnin) jam 10 pagi hingga 9 November 2017. Rujukan ini dalam bentuk Ebook (PDF). BUKANNYA BUKU!

Bagaimana Nak Dapatkan Rujukan Akauntan Ini?


Isikan nama dan email anda di form 👇👇


Powered by 123ContactForm | Report abuse


Join Channel Telegram Akauntan 2017


Bagi anda yang ingin mendapatkan info terkini mengenai jawatan Akauntan WA41, anda boleh terus join group Telegram ini menerusi link di bawah.

KLIK LINK INI 👉 https://t.me/rujukanexamakauntan

Laman web www.lokmanamirul.com tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Akauntan Negara. Apa yang laman www.lokmanamirul.com sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan.

2 comments:

  1. Bagusnya boleh rujuk sini sesiapa yg dpt exam tu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.