Header Ads

Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya Umum Online 2017/2018

Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya Umum Online & SMS | Bilakah tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)? Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi? Jika belum! Mari segera daftar sebagai pengundi untuk pilihan raya kali ke-14. Bagi anda yang sudah mencapai umur 21 tahun ini tanggungjawab anda untuk menentukan calon yang layak memegang tampuk pemerintahan akan datang. Disini saya kongsikan cara semakan nama daftar pemilih SPR 2017/2018.

Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya Umum Online & SMS
Kredit gambar : ppnpulaupinang 

Cara Semak Nama Pendaftaran Pemilih Pilihanraya


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara daftar pemilih dan lokasi mengundi pilihan raya umum 2017/2018 :


Syarat Kelayakan Mendaftar Pemilih SPR 


● Warganegara Malaysia
● Telah mencapai umur 21 tahun
● Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia
● Tidak dihalang atau hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa


Semakan Nama Pendaftar SPR Online 


Bagi anda yang telah mendaftar pemilih SPR dan ingin mengetahui maklumat lanjut pendaftaran seperti lokasi tempat Daerah Mengundi, Dun dan Parlimen. Anda boleh membuat semakan nama pendaftaran pemilih SPR mengikut cara berikut :

Semakan Nama Daftar Pemilih SPR Online (Individu)


Untuk individu, anda boleh membuat semakan nama daftar pemilih SPR secara online menerusi pautan di bawah ;

==>> Aplikasi Semakan Daftar Pemilih Individu 

Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya Umum Online & SMS

Semakan Nama Daftar Pemilih SPR Online (Isi Rumah)


Untuk makluman anda disediakan kemudahan untuk menyemak lebih dari seorang pemilih secara serentak, klik pada pautan di bawah ;

==>> Aplikasi Semakan Daftar Pemilih Isi Rumah 

Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya Umum Online & SMS

Semakan Nama Daftar Pemilih SPR Secara SMS 


Cara membuat semakan daftar pemilih melalui sistem pesanan ringkas (SMS) seperti berikut ;

Taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar SMS ke 15888.

Contoh : SPR SEMAK 960629265099 dan hantar SMS ke 15888.

Semoga perkongsian ini membantu anda membuat semakan nama daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke-14. Selamat mengundi PRU14!

No comments

Powered by Blogger.