Header Ads

Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2017 Online

Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2017 Online |Anda anak jati Selangor? Untuk makluman anda, kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan satu kemudahan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor merupakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk anak-anak Selangor. Bagaimana cara memohon pinjaman ini? Okay baca selanjutnya....

Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2017 Online

Syarat Kelayakan Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 


Pemohon mestilah rakyat negeri Selangor dan mempunyai ciri-ciri kelayakan permohonan seperti ini ;

● Pemohon lahir di negeri Selangor, atau Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor
● Pemohon telah bermastautin lebih daripada lima (5) tahun di negeri Selangor dengan pengesahan dari ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung.
● Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja Pengajian secara jarak jauh (PJJ) / Luar Kampus (PLK) / A Level / O Level / Sijil-sijil profesional/ Pelajar Kolej Vokasional seluruh negara adalah tidak layak memohon.
● Hanya pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja layak memohon. Pelajar yang telah mendapat tajaan pinjaman atau biasiswa contohnya JPA, PTPTN, MARA dan sebagainya TIDAK LAYAK MEMOHON.
● Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan.
● Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN diberi tempoh pelanjutan pengajian.

Syarat Akademik Pinjaman Negeri Selangor 


1. Ijazah Sarjana Muda Pertama
- Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PGNK / CGPA 2.50 ke atas atau ;
- Memperoleh sekurang-kurangnya empat Gred C dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STPM atau ;
- Memperoleh sekurang-kurangnya lima kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

2. Diploma
- Memperoleh sekurang-kurangnya lima kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM atau ;
- Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PGNK / CGPA 2.50 ke atas.

3. Sijil (IPTA)
- Memperoleh sekurang-kurangnya empat kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM.

4. Sijil (bidang kemahiran dan teknikal sahaja)
- Memperoleh sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM.

Permohonan Pinjaman Negeri Selangor 2017


Bagi anda anak sejati Selangor boleh membuat permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor secara online di portal TKWBNS. Sila klik pautan di bawah ini ;

>> http://tkwbns.selangor.gov.my/

Ini adalah jadual permohonan pinjaman dibuka seperti berikut ;

√ Sesi pertama : 1 - 28 Februari 2017
√ Sesi kedua : 1 - 30 Ogos 2017

Kadar Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 


Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2017 Online


Kaedah Pembayaran Pinjaman Kepada Pelajar 


I. Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank Mualamat pelajar.
II. Pelajar yang hanya berjaya ditawarkan Pinjaman Pelajaran adalah diwajibkan untuk membuka akaun Bank Muamalat sahaja.
III. Pembayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan oleh Urusetia.

PERMOHONAN SESI KEDUA DIBUKA MULAI 1 OGOS 2017 HINGGA 31 OGOS 2017

Jangan lepaskan peluang ini bagi pemohon yang berkelayakan pinjaman pelajaran negeri Selangor tahun 2017. Selamat maju jaya.

1 comment:

Powered by Blogger.