Header Ads

Sinopsis Drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Lakonan Idris Khan dan Raysha Rizrose

Sinopsis Drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Lakonan Idris Khan dan Raysha Rizrose| Drama terbaru slot Akasia Tv3 2017? Drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin akan menggantikan drama Ku Kirim Cinta dalam slot Akasia di tv3. Drama ini yang diadaptasi dari novel Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin karya Umi Syidah akan mula disiarkan pada 10 Julai 2017 jam 6.59 petang. Drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin telah dibintangi oleh beberapa pelakon baru dan lama antaranya Azrel Ismail, Idris Khan dan Raysha Rizrose. Jom baca sinopsis Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin!

Sinopsis Drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Lakonan Idris Khan dan Raysha Rizrose
Tonton Drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin


Sinopsis Drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Lakonan Idris Khan dan Raysha Rizrose 


Senarai Pelakon Drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin


● Azrel Ismail sebagai Sharul Nizam
● Raysha Rizrose sebagai Yuhanis
Idris Khan sebagai Saiful Mizan
Aprena Manrose
● Zera Hariz

Sinopsis Drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Lakonan Idris Khan dan Raysha Rizrose
Azrel Ismail dan Raysha Rizrose 

Sinopsis Drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin


Drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin ini mengisahkan Raysha Rizrose sebagai Yuhanis dikejutkan dengan berita tunangnya Azrel Ismail sebagai Sharul Nizam enggan menikahinya. Untuk menjaga maruahnya, Yuhanis sanggup dengan memaksa Saiful Mizan merangkap Sharul Nizam supaya mengahwininya.

Pada awalnya, Mizan telah menolak permintaan ini namun akhirnya beliau bersetuju dengan bersyarat. Mizan tidak mahu diganggu dan menganggap ikatan perkahwinannya bersifat sementara. Lama-kelamahan Mizan mula terpaut hati dan jatuh hati terhadap Yuhanis kerana sifat lembut dan patuh padanya.

Mereka mengecapi kebahagiaan, namun hubungan mereka semakin retak apabila bekas tunang Yuhanis dan Mizan yang mahu merebut cinta mereka kembali. Mampukah Mizan mempertahankan Yuhanis sebagai isterinya?

Dah baca novel Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin? Jika belum lagi sila baca novel ini dulu. Okay!

Sinopsis Drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Lakonan Idris Khan dan Raysha Rizrose
Novel Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin

Jom saksikan tonton drama terbaru Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin yang akan disiarkan di slot Akasia setiap hari Isnin hingga Khamis di tv3. Anda boleh tonton live di tonton.com.my jika anda terlepas menonton drama genre cinta ini.

2 comments:

Powered by Blogger.