Header Ads

Kadar Tambang MRT Sungai Buloh-Kajang 2017

Kadar Tambang MRT Sungai Buloh-Kajang 2017|Berapa kadar tiket MRT Sungai Buloh - Kajang? Khabar baik kepada penduduk di sekitar Lembah Klang, dimana stesen di Laluan MRT Sungai Buloh - Kajang telah siap sepenuhnya dan pelancaran fasa kedua pada 17 Julai 2017. Bermula hari ini (17/7/2017) tambang akan dikenakan bermula RM1.10 hingga RM6.40. Tapi dengan pelancaran itu, tambang diskaun 50 peratus sehingga 31 Ogos 2017 ini yang melibatkan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan BRT kendalian RapidKL.

Kadar Tambang MRT Sungai Buloh-Kajang 2017

Untuk makluman anda, jajaran keseluruhan sepanjang 51km, Laluan Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh - Kajang (SBK) mempunyai 31 stesen, dimana 7 stesen daripada ini merupakan stesen bawah tanah manakala 24 stesen adalah stesen bertingkat.

Selain itu, jajaran ini turut mempunyai kemudahan sambungan dengan rangkaian Monorel, LRT, KTM dan ERL di Stesen Muzium Negara yang dihubungkan dengan stesen KL Sentral. Dengan adanya laluan MRT Sungai Buloh - Kajang, anggaran masa perjalanan dari Stesen MRT Muzium Negara ke Stesen MRT Kajang adalah 40 minit. Jimatkan masa ye ke tidak?

Senarai Stesen MRT Sungai Buloh - Kajang


Kadar Tambang MRT Sungai Buloh-Kajang 2017

1. Sungai Buloh
2. Kampung Selamat
3. Kwasa Damansara
4. Kwasa Sentral
5. Kota Damansara
6. Surian
7. Mutiara Damansara
8. Bandar Utama
9. Taman Tun Dr. Ismail
10. Phileo Damansara
11. Pusat Bandar Damansara
12. Semantan
13. Muzium Negara
14. Pasar Seni
15. Merdeka
16. Bukit Bintang
17. Tun Razak Exchange
18. Cochrane
19. Maluri
20. Taman Pertama
21. Taman Midah
22. Taman Mutiara
23. Taman Connaught
24. Taman Suntex
25. Sri Raya
26. Bandar Tun Hussein Onn
27. Batu Sebelas Cheras
28. Bukit Dukung
29. Sungai Jernih
30. Stadium Kajang
31. Kajang

Waktu Operasi Tren MRT Sungai Buloh - Kajang 


● Hari Isnin - Jumaat : 6 pagi hingga 12 tengah malam
● Hari Sabtu dan Ahad : 6 pagi hingga 11 malam

Kadar Tambang MRT Sungai Buloh-Kajang 2017

Frekuensi Tren MRT Sungai Buloh - Kajang 


Kadar Tambang MRT Sungai Buloh-Kajang 2017

Kadar Tambang MRT Sungai Buloh - Kajang 2017

Bagi wang tunai ;
● Minimum : RM1.10
● Maksimum : RM6.40

Bagi penumpang yang menggunakan kad Touch n' GO ia lebih menjimatkan dimana range tambang tanpa tunai antara RM1.10 dan RM5.50. Diskaun 50 peratus untuk tambang diberikan kepada warga emas, pelajar dan Orang Kurang Upaya (OKU). Kanak-kanak di bawah 7 tahun boleh baik percuma.

Di samping itu, tambang untuk perkhidmatan bas pengantara turut disediakan dengan harga ditetapkan pada RM1.00 setiap perjalanan. Anda boleh membayar tambang bas dengan wang tunai atau Kad Touch n' GO. Diskaun 50% turut diberikan kepada warga emas, student dan orang OKU.

Kadar Tambang MRT Sungai Buloh-Kajang 2017

Informasi Letak Kenderaan 


Kadar Tambang MRT Sungai Buloh-Kajang 2017

Jika anda ingin ketahui lebih lanjut mengenai MRT Sungai Buloh - Kajang ini, boleh terus hubungi Customer Helpline 03- 7885 2585 atau ke kaunter servis pelanggan berhampiran dengan pintu masuk stesen. Atau anda boleh layari terus ke laman web RapidKL di www.myrapid.com.my.

Bagus kan adanya MRT Sungai Buloh terus ke Kajang? Dengan hanya masa yang singkat dalam 84 minit anda dari Sungai Buloh boleh terus ke Kajang. Bagi anda yang belum cuba naiki Mass Rapid Transit ini, JOM NAIK MRT SEKARANG! Semoga perkongsian ini membantu mereka yang ingin tahu tentang Laluan MRT Sungai Buloh - Kajang.

7 comments:

  1. rasa nak naik jugak la.. hehehe skrg separuh harga kan..

    Jemput singgah ke blog MamaJue

    ReplyDelete
  2. Teringin nak naik..tp ntah bile

    ReplyDelete
  3. sekarang tgh promosi kan tambang mrt 50% sampai 31 Ogos...jimat la sebulan ni

    ReplyDelete
  4. Belum pernah naik lagi MRT ni walaupun dah lama pelancarannya. Boleh tahan tiketnya.

    ReplyDelete
  5. belom lagi berkesempatan cuba..

    ReplyDelete
  6. Info yg menarik..
    http://mudahonline.com/1449483

    ReplyDelete

Powered by Blogger.