Header Ads

Cara Daftar Akaun MyASNB Online Dengan Mudah

Cara Daftar Akaun MyASNB Online Dengan Mudah |Anda tahu kini ada pendaftaran akaun ASB secara online? Anda nak tahu cara mendaftar akaun ASB melalui Portal MyASNB? Untuk pengetahuan anda Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kini sudah menukar cara urusan mereka kepada sistem atas talian. Bagi anda yang membuat pelaburan di ASNB, sekarang tiada lagi urusan melalui buku simpanan. Mulai Ogos 2017, portal MyASNB akan melakukan proses transaksi kepada pelabur menerusi online. Lihat ini juga : Belajar Teknik Melabur Saham Menguntungkan

Cara Daftar Akaun MyASNB Online Dengan Mudah
Daftar Akaun MyASNB Portal online 

Dengan adanya sistem MyASNB, anda boleh lakukan segala jenis perkhidmatan seperti menyemak baki, tambah pelaburan, keluar duit atau sekali apa pun. Mudah kata, bila-bila masa sahaja anda boleh tahu maklumat tentang simpanan ASB anda. Jadi masalahnya sekarang anda tidak tahu cara daftar MyASNB. Okay! Di bawah saya kongsikan langkah-langkah mendaftar akaun MyASNB secara online.


Cara Daftar Akaun MyASNB Portal Online 


1. Sebelum mendaftar MyASNB, sila ke cawangan atau ejen ASNB untuk mendapatkan nombor akaun 12 digit dan mengemaskini nombor telefon bimbit anda. (Untuk penghantaran TAC).

2. Anda terus layari ke laman web http://www.myasnb.com.my.

3. Klik pada pautan "Mari Daftar Portal MyASNB Sekarang".

4. Anda ikuti langkah-langkah di bawah untuk pendaftaran portal ASNB seperti ;

Langkah 1 - Maklumat pemegang unit
Langkah 2 - Pengesahan melalui pesanan ringkas SMS
Langkah 3 - Hantar maklumat dan butiran peribadi pemegang unit
Langkah 4 - Mencipta ID Pengguna portal, frasa rahsia dan soalan keselamatan.

5. Setelah selesai pendaftaran, portal akan berikan satu password sementara. Sila simpan laporan pendaftaran untuk rujukan masa depan.

6. Anda akan menerima satu notification email untuk mengesahkan email yang anda gunakan untuk mendaftar akaun MyASNB. Klik 'VERIFY EMAIL'.

7. Selesai verify email anda boleh terus ke akaun MyASNB untuk login dengan klik pada 'Log Masuk Kali Pertama'. Isikan ID Pengguna dan 'TERUSKAN'.

8. Masukkan kata laluan (password) yang diberikan semasa pendaftaran tadi. Minta TAC sekali lagi dan masukkan TAC yang diterima. Klik 'SETERUSNYA'.

9. Masukkan kata laluan yang diberikan oleh portal dan kemudian masukkan kata laluan baru. Klik 'TUKAR KATA LALUAN'.

10. Selesai tukar kata laluan, klik masuk ke portal MyASNB dan klik 'LOG MASUK MyASNB'. Seterusnya masukkan ID PENGGUNA ANDA.

11. Kemudian, kotak maklumat diri akan muncul dan anda perlukan masukkan satu nombor akaun bank untuk transaksi pembelian unit. Dah selesai klik 'TERUSKAN'.

12. Tahniah pendaftaran akaun anda telah selesai.

Info tambahan :
Sistem portal ASNB masih dalam peringkat pernambahbaikan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 1 Ogos 2017. Buat sementara ini urusniaga ASNB di portal ini mungkin mengalami sedikit kelewatan.

Dengan adanya MyASNB portal anda tak perlu lagi beratur di kaunter untuk membuat pendaftaran akaun ASNB. Semoga perkongsian ini membantu mereka yang ingin mendaftar akaun ASNB melalui MyASNB Portal online. Selamat maju jaya!

2 comments:

  1. Senanglah ASB dah Ada online

    ReplyDelete
  2. kalau dia kata no ahli tidak kurg dr 12 digit tu,, means kena pi renew ke?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.