Header Ads

Syarat Kelayakan Pinjaman TEKUN Nasional 2017

Syarat Kelayakan Pinjaman TEKUN Nasional 2017|Anda ada buat perniagaan secara kecil-kecilan? Pernah anda membuat pinjaman TEKUN? Untuk pengetahuan anda, pembiayaan pinjaman TEKUN adalah satu inisiatif oleh kerajaan untuk membantu para peniaga kecil memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Bagi anda yang ingin mendapatkan dana atau modal bisnes, TEKUN adalah destinasi terbaik untuk anda buat pinjaman permulaan perniagaan. Sebelum itu, anda perlu ketahui syarat-syarat kelayakan pinjaman TEKUN 2017.

Syarat Kelayakan Pinjaman TEKUN Nasional 2017

Syarat Kelayakan Pinjaman TEKUN Nasional 


1. Bumiputera dan Masyarakat India (Program Khas Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India)

2. Berumur daripada 18 tahun hingga 65 tahun.

3. Telah menjalankan perniagaan

4. Mempunyai lesen/ permit/ daftar perniagaan yang sah (pinjaman di bawah RM5000 tidak perlu Pendaftaran Perniagaan SSM).

5. Mempunyai tempat perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak (mobile).

6. Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan (Pinjaman sehingga RM5000 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan).

7. Bayaran balik satu bulan permulaan akan ditolak daripada pinjaman yang diluluskan.

8. Satu pinjaman bagi satu isi rumah kecuali perniagaan yang berasingan dan rekod bayaran balik yang baik bagi isirumah.

9. Bayaran balik pinjaman RM20000 sehingga RM100000 menggunakan bayaran cek tertunda tarikh (Post-Dated Cheque).

10. Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM100,000.

Contoh Bidang-Bidang Perniagaan Untuk Pinjaman TEKUN 


● Peruncitan dan perniagaan
● Pertanian
● Perkhidmatan
● Penternakan dan Akuakultur
● Pemborongan
● Pembinaan kecil
● Pendidikan
● Pengangkutan

Sudah cukup dengan syarat kelayakan pinjaman TEKUN Nasional?

Bagi anda yang ingin membuat permohonan pinjaman TEKUN terlebih dahulu lengkapkan Borang Permohonan Pinjaman TEKUN dan hendaklah dikemukakan kepada pejabat cawangan TEKUN yang berdekatan dengan kediaman, premis dan lokasi perniagaan.

Semoga perkongsian ini membantu mereka yang ingin memohon pinjaman TEKUN tahun 2017. Jom mulakan bisnes dengan membuat pinjaman TEKUN Nasional. Sila bookmark artikel syarat kelayakan pinjaman TEKUN Nasional untuk dirujuk masa hadapan nanti.

2 comments:

  1. Peluang yang bagus untuk mendapat modal bagi para peniaga..

    ReplyDelete
  2. Mmg bagus utk para peniaga

    ReplyDelete

Powered by Blogger.