Header Ads

Koleksi Resepi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa

Koleksi Resepi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa |Sepanjang bulan Ramadhan, tak terlepas juga persiapan kita untuk juadah berbuka puasa. Sebelum ini pernah saya kongsikan resepi lauk pauk dan juga resepi kuih muih istimewa untuk berbuka puasa. Untuk kali ini saya kongsikan koleksi resepi pencuci mulut mudah untuk berbuka puasa. Selalunya pencuci mulut pasti anda hanya beli di bazar Ramadan, banyak pilihan dan tak susah payah membuat pencuci mulut. Mungkinlah anda sibuk bekerja dan tiada masa yang cukup. Apa kata anda luangkan masa untuk mencuba resepi pencuci mulut untuk seisi keluarga anda.

Koleksi Resepi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa

Koleksi Resepi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa 


Berikut dikongsikan aneka resepi pencuci mulut yang ringkas dan mudah dibuat untuk berbuka puasa ;

1. RESEPI PUDING KARAMEL

Bahan-bahan :
● 1 tin susu air
● 1 setengah sudu besar agar-agar serbuk
● 2 tin santan
● 1 cawan gula Melaka
● 1 tin air
● 1 cawang gula pasir
● Daun pandan

Cara Menyediakan :
1. Sediakan gula hangus dengan memasak satu cawan gula dalam periuk sehingga ia menjadi perang.
2. Perlahan tuangkan air dan kemudian masukkam bahan-bahan lain dan biarkan ia mendidih.

2. RESEPI PUDING LUT SINAR

Bahan-bahan :

Bahan A
● 1 tin susu air
● 2 cawan air
● 1 cawan gula
● 15 gram agar-agar serbuk
● Pewarna hijau

Bahan B
● 2 ketul gula Melaka
● 1/2 cawan gula
● 15 gram agar-agar serbuk
● 5 cawan air

Cara Menyediakan :
1. Terlebih dahulu satukan semua bahan A dan didihkan.
2. Tuangkan dalam loyang dan biarkan ia keras.
3. Kemudian masak semua bahan B dan biarkan gula melaka larut.
4. Potong adunan hijau dan masukkan dalam loyang.
5. Kemudian tuangkan adunan B dan biarkan ia keras.

3. RESEPI PUDING ROTI COKLAT SUSU

Bahan-bahan :
● 8 keping biskut jagung
● 300ml susu air
● 2 keping roti
● 2 biji telur
● 2 sudu besar serbuk koko
● 1/2 cawan susu pekat

Cara Menyediakan :
1. Kisar roti, biskut cair dan susu cair.
2. Kemudian masukkan telur dan susu pekat.
3. Kisar lagi dan bahagia kepada dua bahagian. Dimana satu bahagian dimasukkan serbuk koko dan satu bahagian dibiarkan warna asal.
4. Panaksan kukusan dan mengukus bahagian serbuk koko.
5. Apabila nampak nak masak, tuangkan pula bahagian yang berwarna asal.
6. Kukus sehingga masak dan angkat. Biarkan sejuk dahulu.

4. RESEPI AGAR-AGAR LAICI

Bahan-bahan :
● 1/2 paket serbuk agar-agar
● 1 tin laici
● 1 tin krimer manis marigold
1 tin susu sejat krim Marigold
Setitik pewarna makanan hijau, merah dan kuning
500ml air
100 gram gula

Cara Menyediakan :
1. Campurkan air gula dan serbuk agar-agar dalam periuk.
2. Biarkan mendidih dan kacau sehingga gula larut.
3. Tuangkan ke dalam tiga buah mangkuk dsn masukkan setitik pewarna hijau, merah dan kuning ke dalam setiap mangkuk.
4. Kemudian, kacau agar-agar supaya warna jadi serata dan biarkan mengeras.
5. Potong agar-agar menjadi kiub kecil dan campurkan semua agar-agar.
6. Ketika hidang, cedukkam 2 sudu besar krimer manis marigold ke dalam gelas dan masukkan 2 sudu besar kiub agar-agar dan 3 biji laici.
7. Akhirnya tuangkan 50ml susu sejat penuh krim marigold, 100ml air dan sedikit ketulan ais.

5. RESEPI PUDING AISKRIM OREO

Bahan-bahan :
● 1 bungkus biskut oreo
● 1 paket agar-agar tali
● aiskrim perisa vanilla
● sedikit esen vanilla
● 1 tin susu cair
● 1250ml air
● 2 biji telur
● 100 gram gula

Cara Menyediakan :
1. Terlebih dahulu basuh agar-agar tali dan kemudian masak bersama 1250ml air di atas dapur.
2. Masukkan gula dan kacau.
3. Oreo dikisar dan kisar susu cair bersama aiskrim, telur dan esen vanilla.
4. Apabila agar-agar tadi sudah larut dan masukkan bahan yang diblend tadi (susu cair + telur + aiskrim) dan kacau perlahan.
5. Sejukkan dalam acuan dan masukkan peti ais.
6. Setelah sejuk boleh potong.

Baca juga : Koleksi Resepi Jus Segar Berbuka Puasa 

Banyak pilihan kan anda boleh cuba? Ini antara pencuci mulut sejuk dan sedap untuk berbuka puasa. Terima kasih membaca artikel Koleksi Resepi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa.

Kredit info : rasa

1 comment:

Powered by Blogger.