Header Ads

Koleksi Resepi Sahur Ringkas dan Mudah 2019

Koleksi Resepi Sahur Ringkas dan Mudah Bulan Ramadhan | Dengan kembalinya bulan puasa Ramadhan, pasti korang pening nak masak khususnya bagi kaum wanita dan juga hidup membujang. Mana tidaknya anda kena bangkit awal pada waktu pagi dan memasak pulak! Sudah tentu ia menjadi satu kesukaran untuk anda bersahur kala larut malam. Ya kan? Lagipun makan pada awal pagi kita kurang gemar makan banyak. Sekadar untuk lapik perut. Tapi perlu ingat sahur adalah salah satu sunnah puasa Ramadhan. Apa kata saya kongsikan koleksi resepi sahur yang mudah dimasak dan segera paling sesuai untuk disediakan.

Koleksi Resepi Sahur Ringkas dan Mudah Bulan Ramadhan

Boleh lah korang cuba menu-menu masak ala carte hidang panas-panas, lauk sup dan gorengan ringkas. Pilih yang mana sesuai untuk citarasa anda, mudah-mudahan resepi ini membuahkan idea anda untuk masak makan sahur. Jom cuba menu sahur yang mudah ini! Baca juga koleksi resepi kuih pilihan untuk berbuka puasa.

Koleksi Resepi Sahur Ringkas dan Mudah 2019 


1. RESEPI SUP AYAM KENTANG


Koleksi Resepi Sahur Ringkas dan Mudah Bulan Ramadhan
Kredit gambar : Dapur Malaysia 

Bahan-bahan :
● 100 gram isi dada ayam
● 100 gram tulang leher ayam
● 2 ulas bawang putih
● 1 biji bawang merah
● 2cm halia
● 1 bunjut sup bunjut
● 2 biji kentang mengikut pilihan anda
● sedikit serbuk pati ayam
● 250ml air
● Garam secukup rasa

Cara Memasak :
1. Terlebih dahulu panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih serta halia yang telah dihiris halus sehingga naik bau .
2. Kemudian masukkan air.
3. Setelah air sudah mereneh, masukkan tulang ayam dan rebus sehingga empuk.
4. Masukkan juga garam secukup rasa anda dan sedikit serbuk pati ayam.
5. Akhir sekali masukkan isi ayam yang telah dipotong dan tunggu beberapa minit.
6. Hidangkan sup itu dengan ditabur hirisan daun sup dan daun bawang.

2. RESEPI TELUR DADAR BAYAM


Koleksi Resepi Sahur Ringkas dan Mudah Bulan Ramadhan
Kredit gambar : kulinersehat 


Bahan-bahan :
● 50 gram bayam
● 2 biji telur ayam
● 1/2 bawang merah
● 5 gram cili api merah
● 10 gram daging cincang
● Sedikit serbuk pati ayam
● Garam secukup rasa

Cara Memasak :
● Pecahkan telur ayam dan pukul sehingga kembang
● Kemudian, masukkan pula bayam yang dicincang dan tambah sedikit serbuk pati ayam secukup rasa.
● Panaskan minyak dengan masukkan bahan-bahan seperti bawang merah, cili api sehingga naik bau.
● Masukkan daging cincang dan akhir sekali masukkan bancuhan telur ke dalam kuali.
● Masak dengan api perlahan dan angkat untuk dihidangkan.

3. RESEPI KUEY TEOW KERANG

Koleksi Resepi Sahur Ringkas dan Mudah Bulan Ramadhan
Kredit gambar : resepibonda 

Bahan-bahan :
● 300 gram kuey teow
● 150 gram kerang
● 2 biji telur
● 4 ekor udang
● Sedikit tauge
● Sedikit daun kucai
● 1 sudu makan sos tiram
● 1 sudu makan sos cili
● 1 susu makan pes cili kering
● 1 sudu makan kicap pekat manis
● Garam dan perasa secukup rasa

Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dahulu dan goreng udang sehingga bertukar warna kemerahan.
2. Kemudian, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau, lepas itu masukkan pes cili kering.
3. Kacau bersama udang yang digoreng tadi sehingga pecah minyak.
4. Masukkan pula kerang dan kuey teow, sos tiram, sos cili dan kicap pekat manis.
5. Pecahkan telur dan ratakan.
6. Tambah garam dan perasa dengan secukup rasa.
7. Sebelum angkat masukkan tauge dan kucai dan boleh hidangkan.

4. RESEPI MAGGI GORENG MAMAK

Koleksi Resepi Sahur Ringkas dan Mudah Bulan Ramadhan
Kredit gambar : dapurmalaysia 

Bahan-bahan :
● 1 bungkus mi segera
● 1 bungkus kecil perencah kari
● 1 bijibawang merah
● 2 ulas bawang putih
● 1 sudu makan cili boh
● 1 biji telur
● 1/2 tauhu goreng dihiris nipis
● 3 biji cili padi
● Kicap secukup rasa
● Gula dan garam secukup rasa
● Air secukupnya

Cara Memasak :
1. Tumiskan bawang putih dan merah sehingga bau wangi.
2. Masukkan cili boh dan tumis sehingga pecah minyak. Baru lah masukkan tauhu goreng dan kacau rata.
3. Bila dah kering masukkan telur ke dalam kuali kemudian hancurkan.
6. Masukkan sedikit air dan biar mendidih dan masukkan perencah mi segera.
7. Selepas itu masukkan mi segera dan hampir kering masukkan kicap secukup rasa. Gaul rata dan angkat.

5. RESEPI SUP BEBOLA AYAM & CENDAWAN

Koleksi Resepi Sahur Ringkas dan Mudah Bulan Ramadhan
Kredit gambar : rasa 

Bahan-bahan :
● 1 peket bebola ayam
● 6 biji bawang merah
● 10 biji cendawan shitake
● 5 ulas bawang putih
● 500ml air
● 1 tangkai daun bawang
● 1 sudu makan bawang goreng
● Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Cara Memasak :
1. Panaskan air di dalam periukdan kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, cendawan shitake dan bebola ayam.
2. Setelah itu masukkan garam, serbuk perasa secukup rasa setelah air mendidih. Kacau sehingga rata.
3. Akhir sekali angkat dan taburkan daun bawang dan bawang goreng ketika menghidang.

Mudahkan? Cepat dan jimatkan masa anda! Boleh lah korang cuba resepi yang ringkas untuk bersahur. Terima kasih membaca artikel Koleksi Resepi Sahur Ringkas dan Mudah Bulan Ramadhan.

BACA JUGA :

● Koleksi Resepi Kuih Muih Pilihan Berbuka Puasa
Koleksi Resepi Lauk Berbuka Puasa Sedap dan Mudah

Kredit info - Rasa (diolah ayat oleh lokmanamirul)

3 comments:

Powered by Blogger.