Header Ads

Bukti Payment Google Adsense Mac 2017

Bukti Payment Google Adsense Mac 2017 | Apabila tibanya tanggal 21 hari bulan bermula lah pembayaran Google Adsense kepada publisher-publisher. Anda akan perasan melalui pemberitahuan di email. Tak ketinggalan juga, sebenarnya ia memberi khabar baik kepada saya untuk menerima pembayaran melalui pengiklanan tersebut. Untuk payment Google Adsense bulan Mac 2017 agak merudum sedikit berbanding sebelum ni.

Bukti Payment Google Adsense Mac 2017
Pemberitahuan Payment Telah Dikeluarkan Bulan Mac 2017

Untuk pengetahuan anda, payment bulan 3 telah saya terima pembayaran mulai 21 April 2017 di mana duit itu akan terus ke akaun bank dalam 2 atau 3 hari selepas itu. Lihat hasil yang terkumpul untuk bulan Mac sejumlah USD225.17. Jika ditukarkan kepada nilai tukaran matawang ringgit semasa 225.17 x 4.4 = RM990.70. Agak tinggi kan! Itu sebabnya blogger yang benar-benar untuk janakan pendapatan rasanya perlulah mohon akaun Adsense.

Bukti Payment Google Adsense Mac 2017
Bukti Jumlah Pembayaran Bulan Mac 2017

Untuk bulan Mac 2017, prestasi blog lokmanamirul.com masih konsisten mendapat pv seharian lebih >5k ke atas dibantu pula dengan blog sukan celotehsukan.blogspot.com yang turut menyumbang dalam akaun Adsense tersebut. Cuba anda lihat di bawah peratusan blog yang menyumbang dalam akaun Adsense saya.

Bukti Payment Google Adsense Mac 2017
Peratusan Blog Penyumbang Akaun Adsense 

Untuk pengetahuan akaun Adsense yang dimiliki ini boleh diletakkan seberapa banyak blog di pelbagai platform termasuklah WordPress. Agak-agak anda ingin mencuba jana pendapatan melalui USD dengan Google Adsense? Memang tak disangkal lagi sangat berbaloi bagi anda yang mempunyai purata PV sehari 10k ke atas.

Faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah peningkatan penghasilan ini ;

1. Jumlah Blog

Buat masa sekarang 2 blog yang betul-betul saya struggle untuk menjana pendapatan dari Google Adsense. Sebenarnya ada banyak lagi...biarlah rahsia. Dengan mempunyai jumlah blog yang lebih daripada satu tak kiralah 2 ? 3 ? Atau 10... Peluang untuk anda memperolehi hasil Adsense akan lebih tinggi. Korang tak percaya? Cuba lihat blog lain yang mempunyai akaun Adsense...saya percaya mereka memiliki blog lebih daripada 1. Rugilah kalau tak guna peluang ini sebaik mungkin, kan?

2. Posisi Iklan

Jika anda perasan di blog lokmanamirul.com...cuba kira berapa posisi iklan yang telah diletakkan. Ada yang di bahagian sidebar? Tengah posting? Atas header? Iklan native? Ini semuanya membantu untuk penghasilannya. Dengan pemasangan template thesis dari Shah Danial ini, sebenarnya ia sangat membantu dan peluang sangat cerah lagi untuk mendapat hasil. Anda tak percaya cuba lihat blog Panduanmalaysia? Kenapa ia kekalkan template itu.....mesti ada sebab kan!

3. Mobile Template

Untuk mendapat hasil yang lebih tinggi... Saya syorkan guna template versi mobile dan responsif. Ini kerana hampir 80% pengguna masa kini adalah dari pengguna smartphone...tak percaya tengok dekat bawah. Selebihnya desktop dan tablet. Ini mencerahkan lagi untuk mengaut untung dari Adsense.

Bukti Pengguna Dari Smartphone Lagi Tinggi.

Okay. Ini antara sebab-sebab membantu penghasilan akaun Adsense saya.

Semoga pengalaman saya dan pencerahan tips di atas ini memberi inspirasi kepada anda untuk berjuang meraih dollar dari Google Adsense.

12 comments:

  1. Kagumnya dengan tuan ni!!! huaaaaa dahsyat juga income tu. Nak manage blog lain lagi boleh tahan susah.

    ReplyDelete
  2. Wah...sygnya blog akak tak.ada.adsence..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan berputus asa terus memohon..

      Delete
  3. tahniah lokman..xsia sia main adsense..

    ReplyDelete
  4. Menjadi inspirasi untuk Kak PC :)

    ReplyDelete
  5. Cayalah..baru terkedek kedek nak belajar

    ReplyDelete
  6. Pergh!!! Dasyat nye.. Bilalah adsense nak approve my application hm.. :(

    ReplyDelete
  7. Tahniah awak. Hebat lah blog ni

    ReplyDelete
  8. bulan lepas dpt payment 145 usd.. guna wire transfer maybank dpt rm580 jer.. kenapa mcm sikit jer ek? ade kena caj ape2 ke atau maybank pny exchange rate rendah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya akan dikenakan caj apabila masuk ke bnk...

      Delete
  9. Belum pernah merasa Income dari Adsense nih..bestnya. Masih lagi tengah belajar cara nak letak iklan adsense di dalam posting.. pernah try aritu tuh tapi tak menjadi..taktau kenapa. T__T

    ReplyDelete

Powered by Blogger.