15 Punca Permohonan BR1M 2017 Ditolak!

15 Punca Permohonan BR1M 2017 Ditolak! |Apa punca permohonan BR1M 2017 ditolak atau gagal? Sejak kelmarin lagi kecoh di media sosial selepas pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) memuatnaik dengan meluahkan rasa kecewa selepas permohonan mereka gagal disebabkan SSM dan Kad Debit Pelajar. Sudah pasti membuatkan pemohon rasa bengang kerana telah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan bagi penerima BR1M.

15 Punca Permohonan BR1M 2017 Ditolak!
Punca Permohonan BR1M 2017 Gagal

Kalau dilihat di Facebook penuh je moment di mana pemohon tidak puas hati kerana gagal permohonan hanya disebabkan SSM dan Kad Debit Pelajar. Lebih malang, ada pula yang status bukan pelajar pun turut ditolak permohonan. Mungkin ada sebab dan mengapa permohonan BR1M 2017 anda ditolak mentah-mentah.

Untuk makluman anda, setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru telah disemakan oleh beberapa agensi kerajaan yang ditetapkan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Akauntan Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan banyak lagi.

Berikut dikongsikan adalah beberapa punca dan sebab permohonan BR1M 2017 ditolak ;

1. Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak perlu pengesahan.

2. Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan perlu pengesahan.

3. Tidak mengemaskini permohonan BR dalam tempoh tiga tahun.

4. Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan SSM sekiranya perniagaan berdaftar.

5. Maklumat tanggungan tidak lengkap

6. Pemohon merupakan pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar.

7. Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan.

8. Nombor pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

9. Kesilapan semasa mengisi maklumat permohonan secara manual atau online.

10. Nama pemohon berbeza dengan data JPN.

11. Pemohon wujud sebagai suami atau isteri pada permohonan lain atau suami/isteri telah membuat permohonan lain.

12. Pemohon individu kategori bujang wujud sebagai tanggungan kepada pemohon kategori isi rumah.

13. Pemohon mendakwa sebagai ketua kepada isi rumah, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka atau nama tanggungan itu tidak benar.

14. Permohonan ditolak kerana nama yang digunakan oleh pemohon yang lain sebagai tanggungan.

15. Permohonan lebih satu kali

Baca juga: Cara Buat Rayuan BR1M 2017

Diharapkan informasi ini dapat menjawab persoalan dan tanda tanya mengapa permohonan BR1M 2017 anda ditolak atas kesilapan menyatakan maklumat yang sahih. Kongsikan semoga bermanfaat.

Gambar kredit mysumber

4 comments.. read them below or add one

ZULHILMI TEMPOYAK ZULHILMI TEMPOYAK March 07, 2017
byk jugak kena teliti ni. huhuhu
Seorang Syed Seorang Syed March 07, 2017
Macam sepupu saya BR1M dia kena tolak sebab dia ada daftar dengan SSM so dikira tak layak hmm.
Nur Alja Nur Alja March 08, 2017
Alja pun tak dapat, alasan sebab dapat kad debit pelajar T_T
Fieza Sani Fieza Sani March 08, 2017
Kesian pd yg betul2 perlukan bantuan & menunggu duit BR1M ni..