Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim 2017 Online

Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim 2017 Online. Adakah anda anak bangsa Johor IC 01/23? Berita baik buat anda untuk rakyat di negeri Johor boleh merebut peluang mendapatkan rumah impian masing-masing dengan membuat permohonan pendaftaran Rumah Impian Mampu Milik Bangsa Johor yang baru saja diperkenalkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Dengan pelancaran skim perumahan mampu milik ini pada 22 Mac 2017, khususnya warga Johor dapat memiliki rumah banglo mampu milik yang mempunyai 3 bilik atau rumah berkembar pada harga bawah RM100,000. Ia akan dibina di tiga lokasi iaitu Bandar Dato' Onn, Bandar Baru Majidee dan Bukit Saujana yang merangkumi Rumah Impian Sultan Ibrahim dan Rumah Impian Bangsa Johor. Cuba lihat di bawah adalah cara permohonan, syarat asas kelayakan dan harga/ model skim perumahan ini.


Image result for permohonan rumah impian bangsa johor

Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim 2017

Berikut dikongsikan adalah cara permohonan Rumah Impian Mampu Milik Bangsa Johor yang telah dibuka secara online mulai 22 Mac 2017 :

Anda boleh membuat pra-pendaftaran secara online dengan layari laman web tertera http://www.yayasansultanibrahim.org.my/

Permohonan Rumah Impian Mampu Milik Yayasan Sultan Ibrahim 2017 Online
Pra-Pendaftaran 
NOTA :

* Pra-pendaftaran tidak boleh dianggap sebagai pengesahan tawaran
* Pendaftaran hanya akan dibuka kepada umum untuk mendaftar selepas seminggu dibuka kepada pemohon yang membuat pra pendaftaran
* Pemohon yang berjaya dalam permohonan Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim hanya perlu membayar deposit hanya RM1 sahaja bagi mendapatkan pinjaman penuh atau pembiayaan pinjaman sehingga 100%.

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Impian Mampu Milik Bangsa Johor

Berikut adalah kriteria atau syarat kelayakan permohonan pendaftaran Rumah Impian Mampu Milik Bangsa Johor :
  • Warganegara Malaysia atau menetap selama 5 tahun di negeri Johor 
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Masih bujang atau telah berkahwin
  • Permohonan rumah buat pertama kali
  • Satu permohonan bagi setiap pasangan yang telah berkahwin

Jenis/ Harga Rumah Mengikut Pendapatan Isi Rumah

  • Rumah Impian Sultan Ibrahim - RM80,000 - RM100,000 (Tidak lebih RM5k sebulan)
  • Rumah Impian Bangsa Johor (A) - RM100,000 - RM150,000 (Tidak lebih RM8k sebulan)
  • Rumah Impian Bangsa Johor (B) - RM150,000 dan ke atas (Terbuka pemohon)
Permohonan Rumah Impian Mampu Milik Yayasan Sultan Ibrahim 2017 Online

Permohonan Rumah Impian Mampu Milik Yayasan Sultan Ibrahim 2017 Online
Kriteria Permohonan

Contoh Model Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim


Permohonan Rumah Impian Mampu Milik Yayasan Sultan Ibrahim 2017 Online


Permohonan Rumah Impian Mampu Milik Yayasan Sultan Ibrahim 2017 Online


Permohonan Rumah Impian Mampu Milik Yayasan Sultan Ibrahim 2017 Online

NOTA :
* Diberi kemudahan kepada kesemua jenis kategori rumah yang dilengkapi seperti televisyen, peti sejuk, mesin basuh dan cook tap.

Diharapkan informasi ini dapat membantu anda untuk membuat pemohonan pendaftaran Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim dengan mudah dan rebut peluang keemasan ini sebelum tarikh tutup pada 31 Disember 2017.

2 comments.. read them below or add one

dear anies dear anies March 23, 2017
best nyer kalu sy jd org johor..
Jie Susanos Jie Susanos March 24, 2017
untung org johor ini.. dh tu pulak dengan dgn singapura..huhu