Header Ads

Tarikh Dan Lokasi Ujibakat Rockanova 2017 Astro

Tarikh Dan Lokasi Ujibakat Rockanova 2017 Astro |Sebuah program realiti nyanyian baharu bagi mencari bintang rock lelaki dan wanita terbitan Astro iaitu Rockanova. Rancangan realiti Rockanova ini akan bermula 29 Mac 2017 dan berlangsung selama 8 minggu itu adalah untuk mencungkil bakat penyanyi rock secara solo.

Tarikh Dan Lokasi Ujibakat Rockanova 2017 Astro

Rockanova akan dibarisi tiga ikon dunia rock muzik iaitu penyanyi Datuk Awie dan komposer Edry Abdul Halim sebagai juri tetap yang menilai persembahan peserta manakala Datuk Hattan menjadi guru vokal kepada para peserta Rockanova. Program realiti ini menggunakan format pemarkahan di mana 70% daripada juri tetap dan 30% hasil undian melalui SMS.

Tarikh Dan Lokasi Ujibakat Rockanova 2017 Astro


Berikut dikongsikan adalah syarat penyertaan, senarai lagu dan tarikh serta lokasi sesi ujibakat Rockanova :


Syarat-syarat Penyertaan Ujibakat Rockanova


● Lelaki dan perempuan berumur 20 tahun ke atas dan tidak melebihi 40 tahun
● Warganegara Malaysia dan Singapura serta penduduk TETAP Malaysia

Senarai Lagu Wajib Ujibakat Rockanova


Projector Band - Sudah Ku Tahu
Akim & Majistret - Mewangi
Faizal Tahir - Sampai Syurga
Search - Paw
Awie - Ingatkan Dia
Mojo - Romancinta
Stacy - Jahat
Shima - Setelah Aku Kau Miliki
Ella - Dua Insan Bercinta

Tarikh Dan Lokasi Ujibakat Rockanova 2017 Astro

Cara-cara Menyertai Ujibakat Rockanova 


Sesi Ujibakat Online Instagram

● Rakam nyanyian berdasarkan salah satu senarai lagu ujibakat yang terpilih
● Video yang dimuat naik tidak melebihi 1 minit
● Muat naik video ke Instagram anda dengan #BakatRockanova (Pastikan Instagram 'Public')
● Penyertaan dibuka bermula pada 23 Januari 2017 sehingga 12 Februari 2017
● Sesiapa yang terpilih melalui Instagram akan dapat "Fast Lane" ke sesi ujibakat terbuka

Sesi Ujibakat Terbuka

● Lokasi : Anggerik Mall Shah Alam
● Tarikh : Mulai 18 Februari 2017 dan 19 Februari 2017
● Kaunter pendaftaran dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Tarikh Dan Lokasi Ujibakat Rockanova 2017 Astro

Bagi yang berminat ingin menjadi rockers seperti Awie, anda boleh menyertai ujibakat rancangan realiti Rockanova pada tarikh yang dinyatakan di atas itu. Semoga informasi ini memudahkan anda untuk dapatkan info segera. Share kepada rakan kenalan anda yang turut berminat.

No comments

Powered by Blogger.